bandong - indonesia eps 5

Assalammualaikum...

hari ketiga di bandong..
kami sepakat ke kawah putih..
melihat salah satu keindahan alam..
perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam..
ouchhh.. penat deh dok dalam keta saja..
dan setelah tiba.. kami dihidangkan dengan pemandangan yang.... subhanallah!
kawah gunung berapi dan tasik yang sangat cantik..
dan.. setibanya kami disini terdapat sepasang pengantin yang buat photoshoot disini..
kawasan di sini memang menjadi tarikan bagi photoshoot..
sangat cantik..
dan cuaca disini panas... tapi sangat sejuk..
tak payah pasang air-cond... tapi sejuknya macam pasang air-cond.. huhu..

yang kuning tu belerang.. hasil dari kawah ni..

subhanallah! cantik pemandangan di sini...

posing sikit

kemudian...
kami meneruskan perjalanan ke situ patengan..
iaitu sebuah danau atau tasik..
dan kami melepak2 sebentar di sini..
sambil menghayati keindahan alam..

inilah tasiknya.. kononnya.. tasik cinta.. errr..
dalam perjalanan tu..
kami disajikan dengan keindahan ladang2 teh yang sangat luas..
sungguh.. luas sangat..
teh kat sini wangi..
macam teh jasmin..
dan mostly mak dan kawan2 dia semua tak lalu..
aku ja sorang yang boleh telan.. hahaha..


keindahan ladang tehnya yang tidak tergambar

dalam perjalanan balik ke ibu kota bandong..
kami singgah di sebuah kedai untuk makan tengahari..
kedai kat sini menyajikan dengan pemandangan indah sayur-sayuran yang ditanam di kawasan itu..
almaklumlah kawasan tanah tinggi..
subur tanam sayur..

pemandangan indah semasa menikmati tengahari..
dah puas menikmati hidangan..
kami meneruskan perjalanan pulang..
dan kami singgah sebentar di cibaduyut..
cibaduyut ni terkenal dengan kawasan kulit..
kasut2, sandal2, selipar2... semuanya murah2 disini..
dan terutama sekali kasut kulit.. kulit sapi..
geram ja aku tengok..
tapi.... tak ada yang satu pon menepati citarasa aku.. huhu..

dalam perjalanan pulang...
kami singgah di sebuah outlet.. bali heaven..
sama saja macam outlet2 yang lain..
masuk keluar kosong saja.. heee..

dan hari pon dah gelap..
kami pulang ke hotel untuk berehat..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..