Posts

Showing posts from March, 2011

mengertilah dan fahamilah..

seringkali kita mengadu bahawa kita tidak pernah difahami.. dan kita seringkali menyalahkan orang lain kerana gagal memahami kita.. iyaa.. sangat sering kali terjadi.. tetapi.. sedarkah kita.. pernahkah kita juga memahami mereka?? dalam meminta difahami.. kita lupa bahawa mereka juga perlu difahami.. jadi tak usahlah kita mengatakan orang gagal memahami kita.. sedangkan kita tak pernah cuba untuk memahaminya.. fahamilah mereka sebaiknya.. dan sudah pasti mereka juga akan memahami kita sebaiknya.. jadi.. mulakan langkah dengan memahami orang lain.. ;)

berhati-hati dengan apa yang ingin dikatakan..

rasanya semua sedia tahu bukan, lidah umpama pedang.. setiap apa yang kita perkatakan perlulah difikirkan terlebih dahulu.. kerana tidak semua boleh menerima apa yang kita perkatakan.. mungkin niat kita cuma untuk bergurau senda.. tetapi mungkin juga dia terasa dengan gurauan senda kita itu.. itu dari satu sudut.. dan aku ingin pula bawa dari satu sudut yang lain.. percaya  tak.. setiap apa yang kita perkatakan akan diuji.. lebih2 lagi apabila melibatkan hati dan perasaan.. contohnya.. beria2 kita mengatakan kita bencikan dia.. dan jangan terkejut pula suatu hari nanti apabila kita mula sayangkan dia.. sebelum berkata tentang sesuatu.. fikirlah menggunakan akal dan bukan menggunakan emosi.. kalau tidak, kata2 yang kita perkatakan itu akan memakan diri kita.. kalau benda2 yang simple tak menjadi masalah.. pasti suatu perkara yang serius apabila melibatkan hati dan perasaan.. lagi parah lagi apabila melibatkan hati dan perasaan orang lain.. kita kadang2 tak sedar apabila berada dala

jadual final exam dah keluaq!!

akhirnya.. final draft untuk jadual final exam dah pun keluar.. maknanya apa eh??? MAKNANYA..... final exam tak lama ja lagi.. yeahhh.. tinggal 3minggu kuliah sahaja lagi.. tambah 1 minggu ulangkaji.. kemudian....... FINAL EXAM.. jadual final exam yang tak begitu padat.. tetapi..... ok lahhhh~ 25 April  Analisis Nyata 29 April Teori Set dan Mantk 30 April Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 4 Mei Sejarah dan Falsafah Matematik 5 Mei Kimia Analisis Asas 9 Mei Telekomunikasi dan Rangkaian  okay.. GUDLUCK~

entry lepas geram..

okay.. ini adalah entry lepas geram.. korang tak nak baca pun tak apa.. aku tak kesah pon.. janji aku dapat lepas geram.. ketidakstabilan emosi 2, 3 hari ini.. dan kegagalan mengawal emosi.. tercetuslah entry ini.. kisah semalam.. yang tidak ingin aku ingati.. dalam keadaan ketidakstabilan emosi.. kisahnya....... assignment research method yang perlu disiapkan ala2 PSM.. questionaire.. dan analisis data.. untuk analisis data kami dikehendaki menggunakan software SPSS.. okay.. 40 soalan untuk 100 responden.. itulah data2 yang harus dimasukkan dalam SPSS.. hampir 2hari aku bertungkus lumus.. akhirnya siap sepenuhnya.. tetapi.. hanya kesilapan kecil.. KECIL.. ohh tidak.. dah jadi BESAR.. setelah siap memasukkan data.. aku bermain game seketika.. setelah puas bermain game.. lalu aku keluar dari game tersebut.. tanpa disangka.. laptop aku ada error.. dan terpaksa restart semula.. okay.. RESTART laptop.. keja2 aku tadi apa cerita.. habislah jawabnya.. huhu.. tak pasal separuh tension

SPU 4902..

SPU 4902.. SPU 4902.. kod apakah itu??? huaaa~ itulah kot subjek untuk projek sarjana muda 1 yang bakal aku ambil semester depan.. waaa.. dah nak grad rupanya aku ini.. tempoh hari baru sahaja menghadiri taklimat PSM a.k. FYP.. pensyarah yang memberi taklimat berkata.. jangan risau dengan PSM nih.. mudah sahaja.. tidak ada kelas.. tidak ada assignment.. tidak ada final exam.. ada 365 hari untuk menyiapkan 100 helai muka surat.. waaahh.. bukan main positif kan ayat.. hahaha.. okay.. langkah yang pertama yang aku perlu lakukan.. cari masalah.. weyhhhh.. mana aku nak cari masalah neh??? huhu.. sapa2 ada idea tak?? berkaitan dengan dunia pendidikan.. huhu.. aku kebuntuan nehh.. lepas dah dapat masalah.. kenalpasti pensyarah yang dirasakan sesuai.. okay.. langkah pertama still pending.. ini tak dapat diteruskan.. langkah ketiga.. JATUH CINTA dengan masalah.. okay.. tak kenal maka tak cinta.. tapi aku nak jatuh cinta dengan apa?? masalah pun tak ada lagi.. huhu.. semua ini per

e-ppp dah buat ka???

Image
wahai budak2 UTM.. sudah kah anda melaksanakan tanggungjawab anda dengan masuk ke e-PPP?? cepat2.. masih belum terlambat lagi.. masih lagi dibuka.. sehinggalah 15 April ini.. aku dengan jayanya telah pun selesaikan tanggungjawab yang satu ini.. penat pikir nak jawab apa.. inilah senarai pensyarah2 aku.. mesti lain dengan korang kan.. hehe.. of courselah.. apa2 pun.. jangan lupa jenguk e-pp tuh.. nanti bising pula pensyarah2 tuh.. hehehe~ untuk memudahkan anda ke e-ppp.. sila klik sahaja di gambar e-ppp tuh.. hehehe..

normal bukan kalau nak cemburu..

CEMBURU.. JELES.. normal bukan?? tapi kenapa perlu cemburu?? masih lagi gagal aku fahami.. kenapa perlu cemburu.. tapi.. normal bukan untuk cemburu.. kata orang cemburu tandanya sayang.. betul kah?? ntahlah.. yang pasti berlaku antara dengan orang yang rapat.. kenapa yekk.. sebab takut kita diketepikan?? sebab benci?? sebab kita tak merasa sebegitu?? sebab...... ntahlah.. aku tiada jawapan.. yang pasti bila terasa sebegitu.. susah sangat nak hilangkan.. hari ini hilang.. esok2 datang balik.. fikirlah positif mana pun.. tetap akan berasa sebegitu.. susah sangat kah kau nak pergi wahai cemburu????? dan kenapa kau harus wujud dalam kamus aku wahai cemburu.. cop2!! apakah ini cemburu????? rasa tidak senang hati akan sesuatu.. yeahh.. itu lebih tepat.. okay.. unstable emotion mencetuskan unstable post.. tidak ku mengerti~

blok G08 KRP terbakar!!!!

jam: 12.15 pagi tarikh: 26 Mac 2011 sedang aku nyenyak ketiduran disebabkan senggugut yang datang menyerang.. tiba-tiba aku dikejutkan dengan siren loceng kecemasan.. sangat benar2 mengganggu tidur aku.. sabar jelah.. sepantas kilat menyambar tudung dan hp yang kebetulan di tangan terus dibawa.. sebelum turun.. ditugaskan pula untuk bawa turun alat pemadam api.. weyhhh.. berat boleh tak???!! okay.. turun2.. aku terus letak kat bawah.. tak kuasa aku nak mengheret ke tapak pengumpulan.. yeahhh!! latihan kecemasan kebakaran rupanya.. aku sudah tau.. roomate aku bagitahu.. sebab kami ditugaskan untuk bawa alat pemadam api yang BERAT tuh.. pusat pengumpulan di gelanggang bola keranjang.. berhampiran blok G08.. tiba2 ternampak asap di blok G08.. waaaahh.. lakonan yang mantap.. siap asap bagai semua.. okay, kalau aku di blok tuh pasti aku dah panik.. tak lama kemudian.. pasukan BOMBA pun sampai.. okay.. aku tak main2.. aku serius.. siap jirus air kat blok tuh lagi.. konon2 padamkan api..

tahniahhhh~

memandangkan hari ini keluarnya result SPM.. first of all.. aku nak ucapkan TAHNIAH kepada mereka yang telah berjaya dengan cemerlang.. bagi yang tidak berjaya.. jangan bersedih hati.. berusaha lagi yek.. dan tak lupa juga kepada adik aku sendiri.. yang telah berjaya mendapat straight A's.. erkkk.. kalah rekod aku.. tak apa.. itu rezeki dia bukan.. masing2 ada rezeki masing2.. dan mungkin juga ada hikmah disetiap apa yang berlaku.. dan sekarang rebutlah peluang2 yang ada yek.. jangan dilepaskan peluang yang ada..

hati dan perasaan..

hati dan perasaan.. dua perkara yang sangat berkait.. dan semua orang memilikinya.. iyaa.. SEMUA orang.. tak kira jantina, umur dan kecacatan.. cuma apa yang membezakan adalah cara menjaganya.. ada yang kurang menjaganya.. ada yang terlalu menjaganya.. ada pula yang tak ambil peduli pun.. penting sangat bagi kita menjaga hati dan perasaan.. dan selalunya, kita sangat sangat menjaga hati dan perasaan orang tersayang.. sehinggakan kita terlupa bahawa kita jua ada hati dan perasaan.. pernah seorang kawan baik aku berpesan.. "dalam menjaga hati dan perasaan orang lain, jangan lupa hati dan perasaan sendiri" macam mana nak jaga hati dan perasaan orang lain sedangkan hati dan perasaan sendiri bercelaru.. kita seringkali nampak hati dan perasaan orang yang tersayang.. kita berusaha menjaganya.. tapi, bagaimana pula dengan hati dan perasaan sendiri? tak perlu kot rasanya untuk mengorban hati dan perasaan sendiri untuk orang lain.. sedangkan mungkin kita boleh peroleh kehidupan

kuda dan intan..

"seseorang hanya boleh membawa kuda ke kolam.. TETAPI dia tidak boleh untuk memaksa kuda tersebut minum air kolam itu" "arang batu tidak akan menjadi intan kalau tidak kerana tekanan" dua2 proverb tuh diberikan oleh cikgu aku.. yang mula2 sekali diberikan oleh pensyarah aku di UTM.. dan satu lagi oleh cikgu biologi aku di sekolah menengah..  dua2 membawa maksud tersendiri.. bahkan terlihat seolah2 sangat bercanggah antara satu sama lain.. bagi pandangan aku proverb yang pertama itu jelas menunjukkan bahawa sesuatu itu tidak boleh dipaksa oleh orang lain.. hanya diri sendiri yang boleh menentukannya.. kalau diri sendiri tak berhendakkan melakukan sesuatu, masakan dia boleh peroleh sesuatu itu..  proverb kedua pula.. kalau tidak ada tekanan, sesuatu yang bernilai tidak mungkin beroleh.. yaa, ada betulnya bukan.. cuba kalau kuda yang diatas itu tadi dipaksa minum.. rasa-rasanya kuda tu minum tak?? walaupun tak semua, pasti akan terminum sedikit..  renung2kan.. 

nilai sebuah MAAF..

3MAAF.. SORRY.. suatu perkataan.. tetapi impaknya sangat besar.. seringkali digunakan apabila telah melakukan kesalahan.. dan ungkapan MAAF digunakan untuk mengakui kesalahan yang dilakukan.. MAAF.. walaupun hanya sekadar 4 huruf.. kuasa yang ada cukup besar.. hati manusia bisa menjadi lembut apabila menerima ungkapan MAAF.. kesalahan yang dilakukan juga dilupakan.. tetapi.. bukan dengan semua kesalahan yang dilakukan.. MAAF boleh menjadi penyembuh.. tetapi, kesakitan hati yang dirasa masih lagi ada.. berhati-hatilah dengan penggunaan MAAF.. jangan direndahkan nilai MAAF itu dengan sering membuat kesalahan.. dan tanpa segan2 menyatakan MAAF.. seseorang itu tidak akan mudah menerima MAAF apabila sering diucapkan.. dan apabila MAAF diucapkan tetapi masih lagi mengulang kesalahan yang sama.. kerana MAAF yang diungkapkan itu sudah tiada nilai lagi.. sesungguhnya MAAF itu mempunyai nilai yang sangat tinggi.. gunakanlah perkataan MAAF pada waktu yang memerlukan.. insya-Allah MAAF itu

pertandingan boling FP UTM~

Image
perhatian.. perhatian.. perhatian.. kepada warga Fakulti Pendidikan, UTM.. pertandingan bowling FP 2011 akan diadakan pada 19 Mac 2011.. bayaran HANYA RM40 sahaja untuk 1 team.. penyertaan daripada anda amat kami harapkan.. dan semoga ukhuwah antara warga FP dapat dipereratkan.. 

mereka berkata apabila melihat..

adalah sesuatu perkara yang lumrah bagi masyrakat untuk berkata tentang sesuatu apabila melihatkan sesuatu.. sudah menjadi lumrah dunia.. adakalanya menjadi umpatan.. dan adakalanya boleh berlaku fitnah.. sungguh hebat bukan penangan mulut.. yaa.. apa gunanya ada mulut kalau bukan untuk berkata.. tapi ada kalanya perlu untuk berfikir dahulu sebelum berkata tentang sesuatu apabila melihatkan sesuatu.. dan telah menjadi lumrah apabila kesimpulan yang mudah diambil apabila melihatkan sesuatu.. tanpa memeriksa dan bertanyakan hal yang sebenar.. dan ini boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan.. contohnya pasangan suami isteri.. si isteri ternampak si suaminya keluar berdua dengan seorang perempuan.. dan terus menyimpulkan bahawa suaminya telah curang.. dan secara tidak langsung telah mencetuskan pergaduhan.. mungkin hakikat sebenarnya suaminya keluar site visiting.. itulah yang berlaku sekiranya terus membuat andaian apabila terlihat sesuatu.. sepatutnya dapatkan penjelasan terlebih

tips2 untuk stayup malam..

pernah stayup malam?? tak kesahlah sama ada untuk belajar.. ataupun siapkan assignment.. tapi, jarang stayup untuk belajar.. hanya bila revision week atau nak test kan?? hehe.. selalunya stayup sebab nak siapkan assignment.. dah lumrah kan buat kerja last minit.. last minit kaa??? hahahha.. pa ehh yang salunya yang aku buat untuk bagi aku tahan malam.. 1. mandi lewat.. erkk.. aku tau ini tidak patut diamalkan.. tapi, kebiasannya aku akan mandi lewat dari kebiasaan.. mungkin pukul 11 lebih.. pasti akan lebih segar lepas tuh dan tak akan mengantuk.. 2. bancuh air panas.. selalunya aku akan bancuh air neslo.. haha.. kononnya untuk tahankan mata lah sangat kan.. tak pun, teh o.. 3. makan.. aku akan pastikan ada snek berdekatan dengan aku.. sambil buat kerja sambil makan.. hehe.. 4. bermesej.. cara ini dah jarang aku guna.. tak tau nak text dengan siapa.. hehe.. text akan mengurangkan tahap kemangantukan.. disamping itu, kita tahu ada orang temankan kita.. hehehe~ okay.. itulah anta

bukan pelakon terhebat di depan mata kawan baik..

kalau dah namanya kawan baik.. mestilah semua tingkah laku kita di dalam genggaman dia kan.. even tak semua..  sedikit sebanyak dia pasti tahu.. suatu perkara sahaja yang aku tak dapat nak elakkan daripada mereka.. aku bukan pelakon yang terhebat di mata mereka.. berlakonlah secemerlang mana pun.. dan sembunyilah seceruk mana pun.. pasti akan diketahui.. lebih2 lagi apabila berada dalam keadaan jiwa kacau.. tak payahlah nak membohong cakap okay bila dalam keadaan tak okay.. (tapi, aku still buat.. hehe) nanti keluar lah ayat2 yang memang terpaksa aku mengalah.. " i know you well" " aku kan baru kenal hang"  (beliau membawa maksud yang sebaliknya) dan ada seorang kawan baik aku.. kami jarang berhubung.. cukup sekadar ingatan yang kuat..  (aisehhh...) tapi, cukup aku katakan senses beliau sangat tinggi.. belum sempat aku buka mulut lagi.. beliau dah tanya.. jangan tanya aku macam mana beliau buat.. ada juga situasi apabila aku berbual dengan kawan baik aku di YM..

terubat juga rinduku..

weekend yang lepas.. dari pagi.. ke tengahari.. aku menanti.. menunggu.. dengan penuh sabar.. akhirnya petang baru menjelma.. baru kunjung tiba.. yeahhhh!! sukanya.. dah lama tak jumpa.. padahal baru sebulan.. (suka hati akulah) terubat juga rindu aku.. kami spent time bersama untuk seketika.. membeli belah.. dan makan bersama2.. bertukar2 cerita.. bergelak ketawa.. rindu betul aku dengan situasi ini.. setelah puas .. then kami berpisah.. harapnya dapat jumpa lagi bulan depan.. insya-Allah.. mak.. ayah.. thanks for the visitting your son and daughter.. and the pizza too.. heeee~

ermmm.. result test RA~

hurmm.. ermmm.. hurmmm.. aku tau.. result test korang tinggi2 kan.. even separuh dari 15% pun.. kira bersyukur kan.. aku??????? ermmm.. waaaahhh.. tak sanggup aku.. huhuhu~ result test yang paling TERUKSSSS.. hurmm.. suka hatilah.. aku malas nak pikir.. cuba untuk possitifkan diri sekejap.. " tak apa.. ini baru permulaan.. jadi, berusahalah lebih gigih lagi.. kegagalan hari ini tak bermakna kita gagal selamanya.. usaha kan yang terbaik.. dan insya-Allah Dia akan sentiasa membantu umatNya" okay, ayat yang cukup positif untuk diri sendiri.. dan kononnya untuk menyedapkan hati.. better tido kejap untuk menenangkan hati..  ada banyak keja yang perlu disiapkan.. p/s hurmmm.. bergenang air mataku apabila melihat markah kertas ujian.. dan secara tak langsung menitis dengan lajunya.. dan sekarang.. masih lagi~

stalking.. stalking and stalking~

stalking.. siapa yang tak pernah stalking?? yeahhh.. nampak sangat membohong kan.. hehe~ rasanya stalking suatu perkara yang normal.. tak kesahlah stalk orang yang rapat dengan kita.. ataupun stalk orang yang kita minat.. tetapi.. kenapa kita stalk someone yekk.. bagi aku..  aku stalk untuk mengetahui perkembangannya.. yeaaahh.. siapa pula yang aku stalk?? mereka2 insan yang terpilih.. hahhaa!! rahsia lah.. mana boleh bagitahu.. dari facebook.. hinggalah ke blog.. facebooknya aku akan perhati segalanya.. gambar2 akan digeledah semuanya.. segala post akan diperhatikan.. bahaya betul kan.. hahhaa! dan dalam stalking itu.. 2benda ja hasil yang akan dapat.. perkembangan dirinya.. ataupun.. hati sendiri yang sakit.. kalau tau perkembangan dirinya yang positif.. kita akan berasa turut gembira.. TETAPI.. kalau kita jumpa benda yang tak sepatutnya.. yeahh.. apa tuh?? pandai2 lah tafsir sendiri.. jadi, mangsanya.. HATI SENDIRI .. jadi, bila nak stalk tuh.. pastikan hati cukup kuat..  (pand

kami blogger aktif UTM..

Image
aku blogger aktif UTM?? hahhaa~ disebabkan kelajuan internet yang tidak memuas hati.. aku tidak dapat nak mengaktifkan selalu.. tapi still nak mengaku blogger aktif UTM boleh tak? hehe~ okay.. satu gathering akan diadakan khas untuk blogger UTM.. waaaa.. menarik2.. heeee~ untuk itu.. perlu perkenalkan diri dan cadangkan tempat.. nama: AINA umur: 22 tahun dan nak cadangkan TASIK UTM.. heee~ senang sikit nak pergi sana.. dahlah tak ada transport.. huhu.. harapnya dapat joinlah.. dan slogan yang perlu dilengkapkan.. SAYA RASA BLOGGER UTM  ermmm.. perlu cadangkan kepada HEMA untuk meluaskan liputan wifi-UTM.. hahhaa!! supaya senang blogger2 UTM nak update blog.. contohnya macam aku lah.. huhu.. (mintak simpati pula kan.. heee) okay.. kepada UTM bloggers.. apa lagi.. jom2 meriahkan lagi keadaan.. sila ke sini lah yek..

waahh.. baru lepas satu test~

yeahhh.. aku baru sahaja habis satu test.. baru satu test dah kecoh2 kan.. mana taknya.. killer paper beb.. memang killer betullah.. paper REAL ANALYSIS .. bayangkan.. soalannya semua pasal PROVING sahaja.. waaaaahhh!! gi-la ahh.. huhu.. disebabkan test tuh jugaklah.. aku tak dapat nak update blogku ini.. (err.. salahkan test pula.. padahal tak ada idea.. heee) oklah.. setelah satu jam suku berperang.. errr.. berperanglah sangatkan.. aku hanya siapkan dalam masa 45minit.. 30 minit lagi aku dah mengelamun.. bunyi macam terer ja kan siap awal.. hahhaa.. weyhhh.. aku tak taulah nak jawab soalan tuh.. nak merapu2 pun mana ada idea.. so, aku tinggal lah kosong.. hehehe~ setelah tamat test tuh.. kami pergi makan dulu.. lapar lah beb.. dah makan2.. TIBA-TIBA........ cadangan diusulkan untuk tengok wayang.. erkkk.. eloklah tuh eh.. habis tensen lah kan.. kebetulan pula malam tuh jumaat malam.. so, adalah midnight movie.. heeee.. kami tengok cita drive angry.. disebabkan cerita tuh start

yeaaa.. sukanya..

Image
minggu lepas.... aku JELES gila dengan mereka yang dok tayang baju utmbloggers.. sedangkan aku tak dapat lagi.. huhu.. serius punya jeles ahhh.. mereka dah dapat.. aku tak dapat lagi.. dan akhirnya..... aku dah dapat baju tuh.. heeee~ sukanya.. sukanya.. hurmm.. bila ehh nak pakai.. hehehe.. inilah designnya.. simple ja kannn... tunggu next design pula.. heeee~