blok G08 KRP terbakar!!!!

jam: 12.15 pagi
tarikh: 26 Mac 2011

sedang aku nyenyak ketiduran disebabkan senggugut yang datang menyerang..
tiba-tiba aku dikejutkan dengan siren loceng kecemasan..
sangat benar2 mengganggu tidur aku..
sabar jelah..

sepantas kilat menyambar tudung dan hp yang kebetulan di tangan terus dibawa..
sebelum turun.. ditugaskan pula untuk bawa turun alat pemadam api..
weyhhh.. berat boleh tak???!!
okay.. turun2.. aku terus letak kat bawah..
tak kuasa aku nak mengheret ke tapak pengumpulan..

yeahhh!! latihan kecemasan kebakaran rupanya..
aku sudah tau..
roomate aku bagitahu.. sebab kami ditugaskan untuk bawa alat pemadam api yang BERAT tuh..
pusat pengumpulan di gelanggang bola keranjang..
berhampiran blok G08..

tiba2 ternampak asap di blok G08..
waaaahh.. lakonan yang mantap..
siap asap bagai semua..
okay, kalau aku di blok tuh pasti aku dah panik..
tak lama kemudian..
pasukan BOMBA pun sampai..
okay.. aku tak main2..
aku serius..
siap jirus air kat blok tuh lagi..
konon2 padamkan api..
okay.. lakonan yang sangat mantap!!
kemudian, AMBULANS pun datang..
erkkkkk???
ada orang 'injured' pula..
waaaahhhh!!!
kagum gila aku..
orang tersebut siap dibawa dengan kerusi roda lagi..
okay2.. itu semua sangat MENGKAGUMKAN aku..

setelah berakhir adegan tuh semua..
kami dibriefing oleh pengetua..
katanya.. fire drill ini adalah kedua sejak tahun 2006..
waaahh.. insan terpilih rupanya aku ini..
psstt.. pengetua.. nak kuota boleh?? hahaha!!
okay.. lepas tuh ketua pasukan bomba pula..
kami ditunjukkan cara2 untuk memadamkan api menggunakan alat pemadam api..
dan.. akhirnya..
pukul 1.30 pagi barulah dapat balik semula ke bilik masing2..

masa pulang ke bilik..
barulah aku sedar..
announcement beberapa jam sebelum kejadian..
"perhatian kepada pemilik kenderaan di hadapan blok G05, G06, G07, G08.. sila alihkan kenderaan anda buat sementara untuk penyelenggaraan"
penyelenggaraan lah sangat.. hahaha!! cis.. cis.. cis.. pandai betul..

disebabkan kecanggihan hp yang terlampau..
tidak dapat menyajikan anda semua dengan gambar2 menarik.. hehe~

pssssttt.. disebabkan terlalu panik..
aku dan roomate berani mati tinggalkan bilik TANPA dikunci..
hahaha!!
apa2 pun semua barang terselamat..

dan katanya nak buat fire drill lagi..
dan pada pukul 3, 4 pagi..
okay.. harapnya aku tidak terpilih lagi yek.. hehe..

okay.. aku rasa sangat bertuah..
sebab selama 3tahun aku di UTM..
inilah kali pertama aku terlibat dengan fire drill..
hahaha..
okay.. apa2 pun sangat menarik..
tahniah pengurusan KRP~

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..