Posts

Showing posts from August, 2011

selamat hari raya..

Image
Assalammualaikum... Selamat hari raya.. diucapkan kepada para bloggers.. mesti dah kenyang makan ketupat, rendang dan semuanya kan.. alhamdulillah.. di kesempatan ini.. saya... (nampak sopan sikit.. haha) ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.. ampun maaf diucapkan.. sekiranya.. ada kata tersentuh hati.. ada kata menyakitkan hati.. ada kata terasa di hati.. ada kata terkasar dihati.. terhedik.. termarah.. gurauan yang tak kena pada tempat.. ampun dan maaf diucapkan.. semoga kita dapat bergembira pada hari lebaran ini.. ok.. jangan asyik menghadap laptop ja.. rajin2 lah yek ziarah menziarah.. ;)

kembali ke johor..

Assalammualaikum.. cuti semester sudah hampir ke penghujungnya.. dan setelah 4 bulan beriang- ria di rumah.. kini aku sudah kembali ke johor.. rasanya baru semalam cuti semester.. waaah.. melampau aih.. hehe.. nak buat macam mana.. kampung mak dan ayah di johor.. belajar pula kat johor.. belum puas rasanya empat bulan tuh.. ditambah pula menaburkan bakti selama 3bulan.. dan yang pasti.. aku kena pulang awal ke UTM.. berbakti di UTM pula.. hahahaha.. (ayat sedapkan hati.. kerja menunggu saja) apa2 pon.. aku sudah selamat tiba di Johor.. perjalanan hampir 7 jam.. penat ohhhh.. kepada yang akan pulang ke kampung.. berhati2 lah yek semasa pulang.. :)

"KAD RAYA VS SMS RAYA"

Image
Assalammualaikum.. Entry kali ini aku nak cerita tentang kad raya.. dan dah alang2 tuh aku join segmen cik amalina kita neh.. kalau berminat nak join.. bolehlah ke SINI.. andai diberi pilihan.. sama ada kad raya atau sms raya.. aku memilih kad raya.. aku sanggup berhabisan untuk kad raya.. bagi aku kad raya ada nilai yang tersendiri.. dan sehingga sekarang.. aku masih lagi menyimpan kad2 raya yang diterima.. maaf lah yek tak dapat nak pamerkan kat sini.. sebabnya aku dah ada kat kampung.. dan kad2 raya semuanya ada dirumah.. tahun depanlah yek aku tunjukkan.. hehe.. biarlah orang kata kuno sekalipun.. tapi aku masih lagi tetap dengan kad raya.. mungkin dah dibiasakan oleh ayah aku.. aku masih ingat lagi masa kecik2 dulu.. tiap2 kali bulan puasa.. ayah aku akan membawa aku dan adik2 ke sebuah kedai neh.. memang tiap2 tahun beli kat sini.. kami akan memilih kad2 raya.. kalau ayah aku senang ja.. amik yang dah siap paket tu

berakhirlah kisah mereka..

Assalammualaikum.. tanggal 26 ogos.. 12.05 tengahari.. di kelas 5 Neptun.. berakhirlah kisah aku dan mereka.. kisah aku dengan SKBL.. 3 bulan aku menaburkan bakti.. 3 bulan aku bertahan.. 3 bulan aku menahan sabar.. 3 bulan aku menimba pengalaman.. 3 bulan yang cukup bermakna.. dan.. 3 bulan yang akan menjadi ingatan.. meski hendak dibezakan dengan sekolah sebelumny.. sekolah ini sangat menguji aku.. tapi.. alhamdulillah aku masih lagi boleh bersabar.. dan alhamdulillah aku masih lagi tidak berganjak dengan cita2 aku.. harapnya sepanjang 3 bulan itu.. walau tidak secekap guru mereka yang sebelum ini.. mereka beroleh sesuatu.. seperti mana aku peroleh daripada mereka.. ** dah 3 bulan dan dah tamat.. gaji bila nak masuk neh.. huhu..

hari-hari terakhir..

Assalammualaikum.. Alhamdulillah dah hampir 3 bulan rupanya aku memberikan khidmat kepada SK Bayan Lepas.. dan Insya-Allah aku akan menamatkannya pada Jumaat ini.. dan pada hari terakhir ini.. aku cuba memberikan khidmat yang terbaik yang sebolehnya.. bajetnya tak nak mengamok2.. marah2.. pukul2.. huh.. kirim salam lah.. mereka tetap mereka.. tadi kelas terakhir dengan kelas 4Bumi.. subjek KH.. nampak mereka gembira apabila guru mereka akan kembali.. iyelah.... aku neh bukannya cekap pon dengan KH neh.. huhu.. tiap2 kali aku masuk.. pasti mereka kena salin nota 3-4 muka surat.. haha.. merayu semerayunya nak masuk bengkel.. adehh.. tak paham aku kenapa perlu obses sangat dengan bengkel.. sekurang2nya salin nota.. mereka tahu apa yang mereka belajar.. lagipun sudah tidak ada keperluan untuk masuh ke bengkel.. kayu2..dan litar2nya semua sudah lengkap.. apa2 pon masih lagi berbaki 3 hari.. cuba dan cuba bertahan.. demi anak b

yeayyy.. ada kad raya..

Image
Assalammualaikum.. Minggu lepas, aku ada menerima kad raya.. melalui pos.. jangan main2 yek.. bukan by hand.. syok tak terkira.. almaklumlah dah lama tak dapat kad raya by pos.. sebenarnya.. sebelum puasa lagi aku bergurau2 dengannya di Formspring.. hahaha.. tanyakan padanya tak nak bagi kad raya ka nanti.. dan katanya bagi alamat.. aku hanya menganggap gurauan biasa.. dan pada suatu hari.. beliau post di wall Fb aku.. katanya dapat kad raya percuma.. kalau nak bagi alamat padanya.. dengan muka selamba dan tak malunya aku pon mesej beliau.. hahaha.. dan inilah yang aku terima pada minggu lepas.. nak tengok isi kad raya beliau? penuh kad raya tersebut.. excited katanya.. hahaha.. terima kasihlah cik dayahtaslim .. atas kad raya tuh.. kad raya pertama untuk tahun ini.. :)

waah2.. blog akan direnovate..

Image
Assalammualaikum.. Semalam ada terbaca post Nad  di group utm bloggers .. beliau mengatakan ada blogger hendak merenovate blog.. dan hanya 7 blog yang akan dipilih.. ini entry tuan yang hendak merenovate.. nak lagi jelas.. silalah ke blog beliau. . aku pon apa lagi.. menggediklah join.. dan.. dan.. dan.. pagi tadi ada di ruangan komen aku.. waaahhhh... thanks lah yek ayie ...

Follower ke-300

Image
Assalammualaikum... Alhamdulillah.. follower aku terus bertambah.. kali ini mencecah ke angka 300.. aku blogging untuk suka2.. jadi angka tak menjadi masalah bagi aku.. tapi sangan berTERIMA KASIH dan menghargai mereka yang follow blog ini.. tak adalah sehebat mana pon.. hanya biasa sahaja.. untuk itu.. aku akan review follower aku yang ke-300.. beliau ialah aisyahzack .. salah seorang utm bloggers .. yeahhh.. hidup utm bloggers.. hihi.. JOMLAH serbu beliau.. hehe..

wordless wednesday #7

Image
fasa 2 pengeposan kad raya.. :)

makanan WAJIB ketika berbuka..

Assalammualaikum.. apa yek makanan WAJIB ketika berbuka? kurma tuh dah semestinyalah kan.. makanan yang lain? ada sesetengah orang wajib makan nasi.. kalau tak lemah semacam ja.. ada sesetengah makan mee, bihun..  yang ala2 ringan ja.. apa2 pun ikut perut masing2 lah yek.. Ramadhan kali ini aku memberi aku peluang untuk berbuka dengan family.. jadi... makan pon sedap sikitlah.. dan makanan WAJIB bagi family aku.. 1. bubur lambuk.. amik kat masjid tuh.. perghh.. memang sedap ah.. 2. murtabak.. ini pon wajib.. mesti ada.. 3. air soya.. haaa.. sedap aih dapat minum soya.. lagipon bagus minum soya neh.. hehe.. 4. cucur udang/ pasembor.. yeahh.. ini pon ada.. walaupun hakikatnya aku hanya mengutip apa yang aku makan.. yang bakinya aku tinggalkan untuk yang lain.. hehe.. dan kebiasaannya aku hanya makan ringan2 ja.. mee.. bihun.. dan sekutu dengan nya.. kalau makan nasi.. yang lain2 dah tak boleh nak makan.. hehe.. se

GA | Kad raya dari Solicious StoriNori

Image
Assalammualaikum.. Kali ini terasa pula nak join GA kad raya.. mana tahu kan dapat kad raya.. tak ada siapa pon yang nak bagi kat aku.. huhu.. apa2 pon jom join GA neh.. nak join??? bolehlah klik di banner atas tuh yek..

apabila guru menanda kertas..

assalammualaikum.. hari tuh ada aku ceritakan tentang apabila peperiksaan menjelang .. bila dah periksa.. cikgu2 pon mulalah sibuk menyemak kertas student2 kesayangannya.. apa lagi yang menyenangkan hati seorang guru.. kalau tidak apa yang diajarnya.. pelajarnya dapat mengaplikasikan semula.. kelas2 aku kesemuanya hampir ke belakang.. jadi... sambil menanda kertas.. sambil mulut bising.. kadang2 kesilapan yang dilakukan adalah tidak boleh diterima akal.. huhu.. tambah pon silap.. huhu.. geram2.. itu belum lagi pelajar merapu ntah apa2.. setakat neh aku belum jumpa lagi pelajar merepek untuk kertas Matematik.. hehe.. antara kesalahan dan kesilapan yang mereka sering lakukan.. kecuaian yang sangat cuai.. tak kiralah masa tambah ka tolak ka.. sifir satu lagi..  haishhhh.. entah sifir mana dia guna pon aku tak tahu.. dan aku simpati dengan pelajar2 aku apabila mereka tak dapat mentafsir soalan penyelesaian masalah.. tidak tahu

cikgu tak ada suara?

Assalammualaikum.. minggu lepas dan minggu ini kesihatan kurang memuaskan.. selesema dan batuk2.. bila lah nak baiknya batuk neh.. alhamdulillah, sekarang makin ok.. tapi, masih lagi batuk2.. minggu lepas agak teruk.. apabila aku kehilangan suara.. weyh.. camna aku nak masuk kelas kalau tak ada suara.. seriusly........ aku memang tak ada suara.. nasib baik satu hari sahaja.. hari kemudiannya dah ada balik.. walaupun tak seberapa lagi.. hari itu hari rabu.. pening aku memikirkan macam mana nak masuk kelas.. kelas mula2.. KH.. okay.. bawak masuk bengkel.. buat pemasangan litar.. jadi kerja sendiri.. tak perlu aku mengeluarkan suara.. cuma pabila nak menyuruh mereka kemas.. adehhh..terpaksa aku berhempas pulas.. dengan saki baki suara yang ada.. kemudian.. kelas pendidikan sivik dan kenegaraan.. masuk kelas.. aku mengagahkan diri mengexplainkan student2 tentang sistem pemerintahan negara.. 15 minit berlalu.. "kamu salin

Allah itu Maha Adil kan..

Assalammualaikum.. kadang2 kita tak pernah sedar akan hakikat ini.. tapi inilah hakikatnya.. Alllah itu Maha Adil.. apa yang kita buat kat orang.. kita akan merasainya semula.. walaupun aku selalu beringat dengan segala tindakan aku.. tapi aku tak sangka aku tewas dengan satu ini.. ************************************************************************** peristiwa yang sudah lama berlaku.. bukan niat aku untuk mengungkit perkara yang lepas.. jauh sekali menyakitkan mana2 pihak.. hendak dikesalkan.. perkara sudah terjadi.. apa lagi pilihan yang ada selain TABAH menghadapi.. ************************************************************************** begini rupanya apa yang dirasainya suatu ketika dahulu.. aku merasainya kini.. tapi... satu perkara aku sangat kagum dengannya.. berani meluahkan apa yang dirasanya.. jadi tak adalah menanggung sakit menahan.. aku jauh sekali dapat berbuat begitu.. bagi aku.. biarlah aku yang menanggungnya..

Dunia Matematik edisi Julai 2011

Image
assalammualaikum.. kali ini aku nak update tentang PSM aku.. seperti sedia maklum.. untuk PSM.. aku membangunkan web.. bila masuknya bulan Ogos.. maka bulan Julai akan dipublish.. untuk tema bulan Julai ialah Nutrisi Matematik.. haaa.. apa yang ada dengan nutrisi matematik eh.. jomlah terjah yek.. Dunia Matematik Edisi Julai 2011.. owhh ya.. kalau nak tau edisi jun 2011.. boleh baca entry INI .. dan kalau nak terus ke Dunia Matematik Edisi Jun.. boleh saja ke SINI .. dan kalau rasa macam blur2 jugak apa benda neh.. boleh ke SINI ..

sistem analisis peperiksaan sekolah.. (SAPS)

Image
assalammualaikum.. baru-baru ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan SAPS.. sistem analisis peperiksaan sekolah.. aku berpeluang untuk mempelajarinya walaupun aku bukanlah guru kekal.. sistem ini mengkehendaki para guru memasukkan markah peperiksaan.. dan secara automatiknya analisis peperiksaan akan dibuat.. dan slip peperiksaan pelajar juga boleh diprint out dari sini.. owhh yaa.. sistem ini diguna pakai oleh satu Malaysia.. bayangkanlah kalau sistem jem.. haha.. sabar jelah nak masuk.. sistem ini masih baru lagi.. jadi masih banyak lagi kekurangannya.. dan bagi aku sistem ni tak berapa stabil lagi.. kerap kali selepas aku masukkan markah.. dan secara tiba2 akan keluar ke menu.. huhuhu.. sangat geram.. tapi sejak kebelakangan ini.. macam dah berapa stabil.. hehe.. cuma... apabila nak buat pertukaran peperiksaan.. terpaksa keluar sistem dan kemudian masuk balik.. hurmm.. agak menyusahkan disitu.. para cikgu sek

GiveAway EdY : still beauty...

Image
http://danielzaidi.blogspot.com/ http://edyzaiditravel.blogspot.com/ kali ini aku nak join GA.. gedik pula tangan nak join.. mana tau kan bernasib baik kan.. heeee.. dan aku nak tag cik dayahtaslim. . hehe.. sesiapa nak join lagi.. mailah ke SINI ..

hari ke-6 berpuasa..

assalammualaikum... alhamdulillah.. hari ini dah masuk hari yang ke-6 umat Islam berpuasa.. semoga puasa kita kali ini amat bermakna.. amacam dengan terawih? tak ke masjid.. di rumah pon boleh buat.. tak 20.. 8 pon jadilah.. sekurang-kurangnya ada daripada tak ada bukan? khatam al-quran pula apa perkembangan? harapnya masih lagi berterusan.. dan insya-Allah dapat khatam dalam bulan Ramadhan ini.. sekadar mengingatkan diri sendiri dan bloggers sekalian.. itu antara yang perkara sunat yang kebiasaannya dilakukan.. perkara sunat yang lain jangan lupa yek ;)

isnin neh dah mula puasa..

confirm! Isnin puasa.. jadi.. jangan nak skip2 pulak eh.. WAJIB tau.. kecuali kat sesiapa yang ada sebab.. dikesempatan ini.. bersempena dengan bulan mulia ini.. aku.. (macam kasar plak) saya ingin memohon maaf.. atas segala khilaf, kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.. dari bentuk perkataan hinggalah perbuatan.. sesungguhnya kita manusia tak pernah lepas dari membuat kesilapan.. selamat berpuasalah yek semua.. :)