"KAD RAYA VS SMS RAYA"

Assalammualaikum..

Entry kali ini aku nak cerita tentang kad raya..
dan dah alang2 tuh aku join segmen cik amalina kita neh..
kalau berminat nak join..
bolehlah ke SINI..


andai diberi pilihan..
sama ada kad raya atau sms raya..
aku memilih kad raya..

aku sanggup berhabisan untuk kad raya..
bagi aku kad raya ada nilai yang tersendiri..
dan sehingga sekarang..
aku masih lagi menyimpan kad2 raya yang diterima..

maaf lah yek tak dapat nak pamerkan kat sini..
sebabnya aku dah ada kat kampung..
dan kad2 raya semuanya ada dirumah..
tahun depanlah yek aku tunjukkan.. hehe..

biarlah orang kata kuno sekalipun..
tapi aku masih lagi tetap dengan kad raya..
mungkin dah dibiasakan oleh ayah aku..

aku masih ingat lagi masa kecik2 dulu..
tiap2 kali bulan puasa..
ayah aku akan membawa aku dan adik2 ke sebuah kedai neh..
memang tiap2 tahun beli kat sini..
kami akan memilih kad2 raya..
kalau ayah aku senang ja..
amik yang dah siap paket tuh..
lain pula dengan kami..
membelek setiap satu yang dipamerkan..
membaca isi2 yang ada..
berjam2 kami betapa disitu..
ambil saja berapa banyak pon..
ditanggung oleh ayah..
setiap kali nak pergi ke situ..
aku akan kira dulu nak bagi berapa orang..
selalunya dalam 30 orang yang terpilih sahaja..

bila dah beli..
masing2 khusyuk menulis kad raya..
sibok lah kami adik beradik dok tanya nak tulis apa..
pastuh nanti sibok baca yang dia neh punya..
hahaha..

bila dah siap..
ayah akan beli setem..
dan akan poskannya..

bila dah pos..
tiap2 harilah tunggu posmen..
hahhaa..
berlawan siapa yang paling banyak..
kenangan oo kenangan..

dan sekarang masih lagi aku praktikkan..
tak adalah secerewet dulu..
betapa berjam2 di depan kedai..
aku pun dah ambil yang paket punya..
walaupun paket punya tapi aku pastikan itu yang tercantik..

dan bilangannya pon dah berkurang..
tak adalah 30 keping macam dulu..
aku pon dah tak tau nak bagi siapa..
kebiasannya kenalan rapatlah yang aku bagi..
dan insya-Allah tahun depan..
aku akan peruntukkan pula untuk bloggers..
hehe..

tahun neh 5 keping saja yang aku dapat..
2 dari bloggers..
1 dari anak murid..
2 dari kawan..

terima kasih daun keladi lah yek.. ;)


Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..