Posts

Showing posts from June, 2013

future planning..

Image
Assalammualaikum.. bila dah habis belajar sebagai student degree.. dan insyaAllah bakal memulakan bekerja sebagai jawatan tetap.. rasanya dah boleh buat a few planning for future.. bekerja sebagai jawatan sementara ini menyukarkan sedikit untuk future planning.. choi.. padahal p joli ja.. huhu.. okay.. its time to get serious.. apa yang oenting tuk future planning adalah saving.. saving yang dimaksudkan adalah untuk kereta, sambung belajar.. dan mungkin juga untuk kawin.. dan untuk kegunaan pada masa akan datang.. firstly kereta.. setakat ni target suzuki swift.. hamboilaaaa.. kalau dikira, harganya mampu milik.. cuma down payment lah.. kena gigih siket.. okay.. kereta pon tak berani bawa ada hati nak beli kereta.. second thing is.. further study for master.. menyimpan sangat2 hasrat nak sambung master.. sebab? untuk tebus kelemahan diri masa degree.. mula2 ingat nak amik full class.. tapi maybe nak pertimbangkan mix mode..

smartphone saya.. review..

Image
Assalammualaikum.. masuk bulan Jun ini.. maka secara tidak langsungnya.. sudah hampir 4 bulan saya menggunakan smartphone.. blackberry curve 9380.. hanya satu2 curve touch.. dan pengeluarannya pon sudah dihentikan.. sebelum memiliki.. memang mencari2 model blackberry yang sesuai.. disebabkan keinginan untuk menggunakan touch screen.. pilihan yang ada hanyalah model Torch.. dan seorang sahabat memberikan pamplet curve 9380.. barulah saya tahu kewujudannya.. dan terus lock target.. setelah beberapa bulan.. barulah keinginan memiliki membuak2.. haha.. dan semasa hendak membeli.. handphone ini sudah dihentikan pengeluaran.. dan sangat sukar bagi saya mencari model ini di Penang.. kebetulan seorang sahabat saya di Kuala Lumpur.. memintanya menegokkan sekiranya ada.. dan memang ada ready stock di sana!! duit ditransfer.. dan beliau membelikan.. heee.. sebenarnya ada survey di Low Yat.. dan kebanyakkan adalah AP set.. maaf AP set tidak di

menanti penempatan

Assalammualaikum.. sekarang dengan berdebar2 nya menanti penempatan.. sungguh!! sangat berdebar.. nak interview dulu pon tak sedebar ini.. hahaha.. risau.. akan ditempatkan di seberang laut china selatan.. iyaa.. tau.. once dah pi sana nanti.. then kita akan belajar untuk adapt.. nak ka tak nak.. kenalah terima.. iyaaa.. saya tahu itu.. tapi hati berasa gundah gulana memikirkan itu.. tapi sekiranya rezeki saya di sana.. pasti ada hikmah disebalik.. ketika ini.. saya mengharapkan untuk ditempatkan disini.. tetapi seandaianya tetapan Allah dan rezeki saya di sana.. saya bersedia untuk berkhidmat di sana.. :) apa pon.. doakan terbaik untuk saya.. sangat cuak menanti penempatan yang hampir tiba..

fairy tale wedding

Assalammualaikum.. sekarang ni banyak benar musim orang kawin.. tak pasal2 kita pon jadi mangsa.. jadi mangsa kena tanya bila giliran.. haishhhh... tak mampu nak jawab.. tolong doakan lah yek.. bila tengok orang lain kawin.. mulalah berangan diri sendiri.. choi!! firstly.. majlis tunang.. kalau boleh nak as simple as I can.. just datang then bagi cincin ja.. tak perlu nak bermajlis bagai.. sekurang2nya jimat siket bajet.. kalau nak lagi jimat.. xpayah tunang bagai.. nikah ja terus okay.. opssss~ tak adalah nak menyusahkan sedara mara yang jauhhhhhh nak datang.. (boleh ka nak macam ni...) then majlis nikah.. hmmm.. akad nikah pagi.. sanding tenghari.. sanding tu pon just nak amik gambar.. xpayah nak berair mawar bagai.. itu semua bid'ah.. malam plak buat kenduri kesyukuran.. okay tak.. jimat siket belanja.. sekali harung ja.. hahahaha! tak kesah lah macam mana pon.. jodoh semuanya Allah yang tetapkan.. ag

book review :: Anthem by Hlovate

Image
Assalammualaikum.. cuti lepas sempat saya mengkhatamkan ANTHEM.. karya HLOVATE yang terbaru.. seperti buku2 nya yang terdahulu..  ANTHEM berkonsepkan seperti VERSUS dan CONTENGAN JALANAN.. mengisarkan tentang titik perubahan.. well.. nice penceritaannya.. tapi macam ada kurang sedikit.. tak seperti VERSUS dan CONTENGAN JALANAN.. seperti macam ceritanya dipotong..  apa2 pon ANTHEM memberikan pengalaman terhebat.. apabila menceritakan tentang kehidupan seorang nomad..  yang sering berpindah randah mengikut bapanya.. dan telah hilang jati dirinya.. kerana telah mengikut acuan di luar.. Dash.. tidak menyangka bahawa tindakan ibu bapanya menghantarnya pulang ke Malaysia.. telah menerbitkan rasa ketidak senangannya dengan persekitaran sekeliling.. apabila manusia di sekelilingnya lebih gemar men'judge' dirinya dari cara perwatakannya.. Dash menghadapi waktu2 sukar apabila sering di 'torture' oleh Lee ketika menyertai pasukan panc

perjalanan umrah 11

Assalammualaikum.. 1 April.. Isnin.. hari keenam di Makkah.. hari terkahir.. setelah selesai solat zohor.. kami dikehendaki melakukan tawaf wada.. tawaf terakhir.. tawaf selamat jalan.. dan selepas itu.. kami terus menaiki bas.. dan bergerak ke Jeddah.. sepanjang perjalanan.. kami singgah di Masjid Qisas untuk solat Asar.. di masjid inilah dijalankan hukuman Qisas.. kemudian kami meneruskan perjalanan dan singgah di sebuah hotel.. bagi menikmati makan malam.. dan solat Maghrib dan Isyak.. dan selepas itu.. kami terus bergerak ke Jeddah airport.. pemeriksaan di Jeddah sangat ketat.. pemeriksaan fizikal pon ada.. dan terpaksa menunggu hampir 2 jam bagi menaiki kapal terbang.. penerbangan kami adalah pada 2 April.. 2.45 pagi.. dan sambil menunggu.. mencari port untuk berehat dan tido.. setelah dapat tempat di dalam kapal terbang.. tido saja lah kerjanya.. penat sangat rasa... selamat tinggal tanah arab... ins

perjalanan umrah 10

Image
Assalammualaikum.. 31 Mac.. Ahad.. hari kelima di Makkah.. hari ini aktiviti bebas.. memberi kesempatan untuk bershopping.. pagi2 lagi saya dan keluarga keluar menunaikan umrah.. kena keluar bermiqat di Tanaim.. dan kemudian baru kembali ke Masjidil Haram mengerjakan umrah.. alhamdulillah.. umrah yang keempat..  umrah yang terakhir.. sebenarnya kalau dapat buat umrah sebanyak tujuh kali.. ganjaran pahala seperti satu haji.. dan apabila sudah selesai.. kami bershopping2.. dan mengemas barang2.. kerana esok sudah mau pulang... satu pemerhatian yang dapat saya gambarkan tentang Masjidil Haram.. dijaga dengan sangat sangat rapi.. takkan jumpa lah segaris habuk.. dan pada hari ini juga.. saya mengalami kejadian pelik.. apabila dipeluk oleh dua orang hamba Allah.. yang pertama kali ketika hendak melangkah masuk.. dipeluk oleh penjaga masjid.. kemudian oleh seorang ketika menunggu Isyak.. seperti pelukan yang saya akan pul

perjalanan umrah 9

Image
Assalammualaikum.. 30 mac.. Sabtu hari keempat di Makkah.. hari ini kami dijadualkan lawatan disekitar Hudaibiyah.. tempat yang pertama sekali ialah ladang unta.. unta disini diletakkan dalam satu kumpulan.. dan dapat dilihat sepanjang jalan.. kami berhenti di sekumpulan unta.. dan dapat minum susu unta.. rasanya.. macam susu biasa.. mungkin sebab fresh.. so tak ada rasa apa.. lagipun saya memang minum susu.. heeee.. dan selepas itu terus ke Masjid Hudaibiyah.. bagi bermiqat dan berniat umrah dan ihram.. sepulangnya ke hotel.. saya dan keluarga mengambil keputusan untuk terus melakukan umrah.. pada ketika ini lebih kurang pukul 10 lebih.. hampir ke tengahari.. kurang sesak ketika ini.. mungkin agak panas siket.. tapi tak adalah panas mana.. cuma silau sedikit.. sebab marmar yang dipasang memantulkan cahaya.. alhamdulillah.. selesai umrah ketiga.. dan setelah selesai.. sambil menunggu zohor.. terjah kedai....  h