perjalanan umrah 9

Assalammualaikum..

30 mac.. Sabtu
hari keempat di Makkah..

hari ini kami dijadualkan lawatan disekitar Hudaibiyah..

tempat yang pertama sekali ialah ladang unta..
unta disini diletakkan dalam satu kumpulan..
dan dapat dilihat sepanjang jalan..
kami berhenti di sekumpulan unta..
dan dapat minum susu unta..
rasanya.. macam susu biasa..
mungkin sebab fresh..
so tak ada rasa apa..
lagipun saya memang minum susu.. heeee..


dan selepas itu terus ke Masjid Hudaibiyah..
bagi bermiqat dan berniat umrah dan ihram..

sepulangnya ke hotel..
saya dan keluarga mengambil keputusan untuk terus melakukan umrah..
pada ketika ini lebih kurang pukul 10 lebih..
hampir ke tengahari..
kurang sesak ketika ini..
mungkin agak panas siket..
tapi tak adalah panas mana..
cuma silau sedikit..
sebab marmar yang dipasang memantulkan cahaya..

alhamdulillah.. selesai umrah ketiga..

dan setelah selesai..
sambil menunggu zohor..
terjah kedai.... 
heeee....

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..