Posts

Showing posts from November, 2010

tuisyen.. tuisyen..

Image
kita dapat lihat pada ketika ini, dimana-mana sahaja ada pusat tuisyen.. kerancakkannya seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. tuisyen dilihat dapat membantu pelajar-pelajar yang inginkan kecemerlangan..  tidak cukupkah dengan pengajaran di sekolah?? di sekolah, guru perlu mengambil kira pelbagai tahap mentaliti pelajar.. guru tidak dapat untuk memberikan perhatian yang khusus..ditambah pula dengan gangguan-gangguan yang terdapat di dalam kelas.. sesetengah pelajar tidak dapat memberikan perhatian yang khusus.. inilah pengalaman aku.. kasihan sesetengah pelajar yang ingin belajar tetapi dibantutkan oleh rakan mereka yang membuat pelbagai masalah di dalam kelas.. jadi, pengajaran akan menjadi sedikit terbantut.. hanya dapat memberikan perhatian yang khusus apabila mereka sendiri bertanyakan soalan.. pusat tuisyen dilihat dapat membantu para pelajar.. sekurang-kurangnya mereka mendapat pendekatan yang berbeza.. dan pengulangan yang berlaku akan membantu mereka mengingat pelajaran mere

soalan "spot"

Image
seperti kita sedia maklum.. sekarang neh musim peperiksaan.. calon-calon SPM dan juga semestinya pelajar-pelajar di universiti sedang berperang dengan peperiksaan masing-masing.. bila peperiksaan saja, mula tanya apa soalan "spot".. jikalau di universiti, bukan sahaja soalan "spot".. malahan soalan "bocor".. tapi, tak juga-juga boleh jawab.. hehehe~ berbeza pula nak dibandingkan bagi calon-calon SPM.. apabila mendapat soalan "spot", mula lah pulun nak mati soalan "spot" tersebut.. sekali tak masuk.. ngangalah jawabnya.. kalau masuk, Alhamdulillah.. aku sendiri pernah percaya 100% dengan soalan "spot".. mungkin masa PMR, untuk peperiksaan PMR.. aku hanya pulun untuk bab yang tersenarai sahaja.. sekali dalam dewan peperiksaan, aku hanya mampu termenung.. soalannya semua "OUT!!" sabar jelah hati.. dan selepas itu, aku kurang mempercayai untuk peperiksaan awam.. pernah saja untuk paper bahasa arab, "spot" k

idea.. idea.. reka cipta...

Image
IDEA.. Malaysian Inventors' Challenge.. ada sesiapa tak yang tengok program IDEA ini.. kat tv3.. pukul 7.00 malam.. setiap hari sabtu?? ada tak???? hurmm.. tak ada kot.. tak apelah.. program IDEA ini adalah program realiti yang mencari inovasi yang terbaik di kalangan rakyat Malaysia.. untuk maklumat lanju, sila layari ini.. http://www.1idea.com.my/  semalam, episod terakhir yang menunjukkan siapakah pemenang untuk IDEA ini.. pemenang tempat pertama telah dimenangi dengan ciptaannya "hanger dryer".. sejenis dry cleaning.. kita just sangkut baju kita, dan dry cleaning akan dimulakan.. menarikkk~ melihatkan program itu, teringat pula masa pada zaman sekolah menengah.. pada tingkatan 4, aku dapat mewakili sekolah menyertai program ala-ala reka cipta juga.. sekolah aku terpilih untuk mewakili pulau pinang.. macam mana sekolah aku terpilih, aku pun tak tahu.. aku bersama pasukan aku.. 8 orang.. kejap, aku nak recall balik siapa pasukan aku.. ermm.. kalsom, nazira, fatin jah

tag by elyn~

Image
1. Pernah tak anda rasa anda hot ? ~ laa.. petang2 macam ni semestinya rasa hot.. nak hujan kot.. heee~ 2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang. 3. Cerita pasal wallpaper tersebut. ~ nah cerita apa?? aku pakai windows 7 punya gambar ja neh.. heeee~ 4. Bila kali terakhir anda makan pizza? ~ ermm.. mungkin masa belanja kak tiqah.. sebab tumpangkan ke sekolah.. 5. Lagu paling terbaru anda dengar?  ~ amanda cinta oleh bob.. yang kat cerita ahamad durrah tuh.. lagu baru kan?? 6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini? ~ tengok NONA neh hah.. hehe.. 7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa? ~ aina, na.. tuh jek kot.. 8. Tag lagi 5 orang. ~  izzanie ~  najua syuhada ~  nur hidayah isa ~  cik su ~ bidadari hijau 9. Siapakah orang no. 1 kepada anda? ~ oo.. kawan aku.. satu fakulti 10. Katakan sesuatu kepada orang no.5 ~ jom kita jalan2.. ;) 11. No 3 ada hubungan dengan siapa? ~ err.. dengan family dia.. 12. Bagaimana pula dengan no.2 ? ~ oo.. dia coursemate aku.. 13. Kata-

ahh.. lega rasanya..

Image
jumaat yang lepas.. merayau lah aku ke quenssbay.. hahaha!! sebenarnya aku ada benda nak mencari.. seorang pun seorang jelah.. dan aku berasa sangat lega.. KERANA.. semua benda yang aku cari sudah jumpa.. mula-mula sekali, aku dah jumpa sandal yang selama ini aku mencari..  iyaa, aku agak cerewet nak cari sandal.. itu yang baru jumpa.. hampir satu semesterlah juga aku mencari.. hehehe~ kemudian, hadiah untuk pelajar-pelajar aku.. sudah jumpa juga.. hanya tinggal untuk diposkan sahaja.. dah asyik bertanya saja mereka ni.. tulah janji lagi.. hahaha!! dan aku juga dah survey hadiah untuk kawan aku untuk birthday dia.. hadiah birthday mungkin juga sekali sebagai hadiah perpisahan.. iyelah, semester terakhir untuk dia pada semester depan.. lepas itu, susah pula nak jumpa.. yang pasti semuanya sudah selesai.. hanya tinggal untuk urusan pos sahaja.. akan dilakukan sebaik sahaja aku bercuti panjang.. hahaha!! so, sesiapa yang menantikan hadiah.. sila sabar yaa~