Skip to main content

practical life~

kehidupan praktikal bukanlah sesenang yang disangkakan.. begitu banyak cabarannya,, walaupun hanya TIGA BULAN sahaja ataupun 10 MINGGU sahaja.. tetapi.. kesabaranlah yang paling dituntuti.. sebelum ini, aku hanya mendengar cerita kawan2 aku yang praktikal yang bukan sama bidang dengan aku.. bosanlah.. apa lah.. tetapi mungkin sebab lain bidang.. tetapi kalau sebagai guru praktikal.. banyak betul dugaan dan cabarannya..

sesi petang.. bermula pukul 1.10 petang.. tetapi.. guru2 kena datang sebelum pukul 12.00 tengahari.. errrr.. awalnya.. lepas turunkan tandatangan di pejabat.. serbu kantin.. lapar beb.. bukannya makan kat rumah.. hehehe.. lepas makan.. naik bilik guru dan selesaikan apa yang patut.. salunya masa nehlah baru nak study balek apa yang nak diajar.. hehe.. lebih kurang pukul 12.40, turun ke bawah.. membantu guru bertugas menenangkan student2 sesi petang.. (membantulah sangatkan.. haha).. dan masa balik pula 6.45 petang.. sebelum balik, kena tengok budak2 neh jugak.. setelah semua student keluar dari sekolah, barulah cikgu2nya boleh balik.. so, almost 7.00 lah jugak aku balik.. ok.. isnin hingga jumaat walaupun lain jadualnya.. tetapi, almost sama..

kalau hari isnin.. kena attend perhimpunan.. pukul 1.00.. mak aihh.. masa nehlah segala rasa mengantuk nak keluar.. tapi kena control lah.. depan2 neh budak2.. paling2 tak boleh tahan masa lagu johor.. sabarlah hati.. tak boleh lawan lagu pulau pinang.. hehe.. anyway, dah hafal lagu johor.. err.. tak pasti plak dah lama tak dengar neh, leh ingat lagi ka tak.. hehe.. and lagu sekolah menyelamatkan keadaan dari terus rasa terlelap.. lagu sekolah yang sangat bersemangat.. pon dah hafal jugak.. hehe.. dan perhimpunan neh salunya tak mengambil masa yang lama.. just 30 minit.. tak mengganggu aku pon.. hehe.. hari isnin.. kelas aku satu masa sahaja.. dah tuh pukul 5.00 petang plak.. adoiii.. sabarlah nak tunggu.. tetapi yang pasti kak aisyah (kerani sekolah) pasti mencari aku.. "aina! ada relief".. erkkk.. inilah yang aku tak suka.. tapi tak apa.. mengisi masa lapang.. hahaha!!

kalau hari selasa plak.. pukul 12.40, budak2 neh ada program.. program citra bahasa.. untuk mantapkan BM mereka.. dan sekali lagi, kelas aku hari selasa, satu masa jugak.. lepas rehat.. 3.50 petang.. dan kak aisyah sah2 lah memburu aku jugak..

hari rabu.. pagi2 ada kokurikulum.. arghhhh.. malas rasanya.. hehe.. aku berpeluang mengikuti beberapa aktiviti.. aku mengikut guru pembimbing aku.. berpeluang untuk mengendalikan permainan bola jaring.. ada disuruhnya aku coach budak2 tuh.. tak pa.. kita ikut jek.. aku neh bukannya terer sangat kot.. men belasah jek.. hehe.. dan tak sangka diberi peluang untuk sign buku ko-q budak2 neh.. hehe.. bangga kejap.. habis aktiviti ko-q lebih kurang pukul 11.00.. terus balik rumah.. salin2 baju.. kami dibenarkan masuk sebelum pukul 12.30.. hari rabu juga bermakna guru2 kena pakai uniform.. disebabkan guru pembimbing aku adalah pengakap.. so, aku pon kenalah jugak.. hari rabu best sikit.. sebab pakai seluar pergi sekolah.. hahahhaa.. boringlah asyik pakai baju kurung jek.. kelas aku 2masa.. dengan budak 1upm plak tuh.. masa nehlah nak tunjuk gangster.. hehe.. gangsterlah sangat..

hari khamis.. pukul 12.40, student2 ada EW-20.. untuk memantapkan english mereka.. suka hatilah ko budak.. tunggang langgang jugak aku tengok.. hari khamis.. hari serabut aku.. perghh.. 4masa.. mula2 2masa kelas 1uum.. then disambung plak 2 masa kelas 1upm.. nasib baik dipisahkan dengan waktu rehat.. masa rehat nehlah, nak regain suara balik, dan waktu nehlah jugak baru kalot nak pi zohor.. hehe.. dalam masa 20minit.. dan yang pasti kak aisyah tak akan mencari aku hari khamis.. hehe.. tapi ada jugak dapat..

hari jumaat.. masuk sebelum pukul 1.40.. pukul 2.00 ada nilai murni.. sekali dengan budak2 neh.. kelas aku ada 2masa.. hari jumaat sekejap jek rasa.. alih2 dah nak balik.. hehe..


sapa kata praktikal leh senang lenang?? mana nak buat lesson plannya.. nak buat ABMnya.. nak buat refleksinya lagi.. kadang2 tuh sampai STAY UP sampai subuh siapkan keja.. lebih2 lagi kalau nak kena pantau.. memanglah.. serabut otak rasa.. dan suatu yang pasti banyak DUIT keluar.. huhuhu..

dan sekarang.. semuanya sudah berakhir~ XD

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku selama 3 bulan menjadi guru praktikal.. aku nak berkongsi tentang kelas relief.. tahu kan, kelas relief ini, guru-guru dikehendaki untuk masuk ke kelas yang kelas tidak ada guru.. sama ada guru tersebut berkursus, cuti atau ada hal-hal tertentu..

masa dulu sekolah, cukup seronok kan kalau cikgu tak datang.. dan kita boleh buat suka hati.. kalau ada cikgu yang jaga masuk pun, kebiasannya akan disuruh buat kerja sendiri.. betul tak?? hehhee~


setelah menjadi guru praktikal.. aku merasakan cukup FOBIA dengan kelas relief.. malas betul nak masuk kelas dan menjaga kelas tersebut supaya tidak bising.. iyelah, aku pun pernah merasai masa mereka pada dahulu kala.. sekiranya guru mereka ada meninggalkan kerja, senanglah sikit nak menjaga pelajar-pelajarnya.. kalau tidak, jenuhlah.. tuntutan disekolah yang aku praktikal mengkehendaki guru-guru mengadakan aktiviti bersama pelajar.. aku sering saja menyuruh mereka membuat kerja masing-masing.. hahahaha!! k…

perbezaan PRU 13 dan PRU 12 mengikut parti (parlimen)

Assalammualaikum..
nampak gayanya masing2 sudah mengetahui keputusan PRU 13.. tahniah kepada yang telah menang.. dan yang kalah jangan putus asa.. cuba lagi PRU 14.. heeee..
okay.. di sini saya hanya hendak membuat perbandingan parti yang menang.. dan sila analisis sendiri.. hehehe...

klik SINI untuk peringkat DUN
PRU 12PRU 13P1PADANG BESARBNBNP2KANGARBNBNP3ARAUBNBNP4LANGKAWIBNBNP5JERLUNBNBNP6KUBANG PASUBNBNP7PADANG TERAPPASBNP8POKOK SENAPASPASP9ALOR SETARBNPKRP10KUALA KEDAHPKRPKRP11PENDANGPASBNP12JERAIPASBNP13SIKPASBNP14MERBOKPKRBNP15SG PETANIPKRPKRP16BALINGPASBNP17PADANG SERAIBEBASPKRP18KULIMBEBASBNP19TUMPATPASPASP20PENGKALAN CHEPAPASPASP21KOTA BHARUPASPASP22PASIR MASBEBASPASP23RANTAU PANJANGPASPASP24KUBANG KERIANPASPAS

senarai tampal??

ehem.. budak2 UTM sekarang neh tengah kecoh dengan SENARAI TAMPAL.. yeah.. senarai tampal.. gerun.. gerun.. gerun..
apa2 pun senarai tampal.. kau keluar ka tak.. aku tak kisah langsung.. huhu..
aku tak nak tengok kau lagi.. even result yang sebenar pon aku tak nak tengok.. huhu.. sendiri tau resultnya akan teruk.. sendiri juga tak nak terima hakikat.. aishhhhh~ parah2..
yang pasti sila JANGAN tanya aku apa RESULT aku. itu sahaja yang aku nak bagitau.. thank you~