Thursday, October 24, 2013

subahat?

Assalammualaikum..

gosip terhebat sedang marak di bilik guru..
tentang housemate aku dan seorang guru..

dan aku menjadi mangsa..
dikorek cerita..

aku akur..
aku bukan siapa2 untuk membuka cerita mereka..
kebanyakkannya aku hanya simpan saja..

dan paling mendukacita..
aku dikatakan bersubahat..

beratnya beban yang aku rasa..
menyimpan segala cerita..
dan ini sekarang..
aku dikatakan bersubahat pula..

sabar ja la..

aku dah penat sebenarnya dengan ini semua..
sungguh!! penat sangat..

mengharapkan semua ini akan berakhir dengan cepat..
aku sudah terlalu letih untuk berdepan dengan ini semua..
dah penat untuk dikatakan bersubahat sekali..
dah penat untuk melihat semua ini..

aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk mereka..

Thursday, October 17, 2013

salam aidiladha

Assalammualaikum..

waaahh.. lama rupanya tidak membuat kemunculan disini..
almaklumlah.. sibuk..
cissss..

rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
semoga kita mendapat ibrah daripada kisah qurban nabi ibrahim a.s dan nabi ismail a.s

ini juga merupakan kali pertama aku merayakan aidiladha di perantauan..
aisehhh.. perantauan..

alhamdulillah..
aku menyambutnya dengan meriah di bumi ini..
tak adalah meriah mana pon..
tapi sekurang-kurangnya aku meraikan dengan rendang, lontong dan juga laksa penang..
kau hado?
hahaha..

terima kasih kepada housemate yang sudi berganding bahu..
menyediakan juadah di pagi raya..
sekurang2 nya tak ada lah aku terliur..

kedua ibubapa aku meraikan aidiladha di Johor..
pasti gamat dan meriah..
itu aku pasti..

terbit rasa rindu..
sabarlah hati..
tidak sampai sebulan saja lagi..
semoga Allah mempermudahkan semuanya..
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...