Friday, January 29, 2010

lirik terpilih...

kali ni.. bukan niat aku nak berjiwang..
tapi neh adalah lirik lagu dari lagu yang aku dengar..
aku suka dengan lirik dia..
sangat menarik..
cuba hayati.. aisehh.. hehe..

sejauh manakah
ketabahan hati
menempuhi dunia..

walaupun kau jauh
kau tetap di hati
temanku..
percayalah..

begitu tulusnya
perhatian kamu
kepada diriku

hidupku berombak
namun kau selalu ada
kautkanku

oh mengapa.. dunia ini begini
ku cuma manusia biasa
yang hanya inginkan hidup
seperti yang lain
mengapa harus begini

sejak hari itu
hatiku terluka
namun ku sembunyi

ku juga mengerti
walaupun terselindung
kau teman
aku fahami

oh tuhan..
tunjukkanlah jalan Mu
padaku untuk bahagia
selamanya...

kuatkanlah diri menjalani semua ini...

dan ada satu lagi.. lagu neh dapat menyuntik semangat kalau down..

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

so, sapa terer silalah teka lagunya.. hehe..

Saturday, January 16, 2010

Trip to Singapore!!

-->Hurmm.. setelah satu sem plan nak ke Singapore, akhirnya terlaksana jugak plan neh.. 9 Januari 2010.. menjadi titik sejarah bilamana aku menjejakkan kaki ke Singapura (aiseh.. hehe..) sem lepas, dunia kita digegarkan dengan H1N1.. tuhlah sebab, tak nak pergi lagi.. neh, dah rasa selamat sikit.. barulah on plan neh..

Anyway, aku pergi under trip yang diorganisekan kat UTM.. (kat UTM neh ramai yang mengorganizekan trip ke Singapore.. just pilih tarikh dengan duit jek).. pelaburan sebanyak RM75, agak berbaloi jugak tuk one day trip neh.. aku pergi dengan coursemate aku.. semuanya 9orang.. najua, dayah, sherry, seha, aida, salwa, safia dan ijan.. sebelum nak pergi, kami diuji dengan beberapa halangan.. (halanganlah sangat.. haha) masa nak buat passport, ada gambar yang kena reject, ada yang kena tukar ic dulu dan ada gak nama yang tercicir.. (tapi, aku tak bersalah kat nama tercicir.. aku dah cakap kat orang tuh, kitaorang pergi 9orang.. sebab, mula-mula tuh 8orang jek.. aku tak bersalah!) tapi, akhirnya dapat gak selesaikan semua rintangan tuh.. sebelum pergi tuh, kitorang dah survey kat akak-akak coursemate kitaorang yang dah pergi..

Sebelum pergi tuh, beberapa persediaan kena buat.. (macam nak pergi mana jek.. haha) mula-mula sekali tukar duit Singapore.. nilai matawang dia, 2.4 dollar = RM 1. Aku tukar RM 50.. then, ada akak tuh dia tolak kat aku 12dollar.. duit lebih dia masa dia pergi harituh.. (thanks kak jah.. 12 dollar tuk RM20, kira cincailah ek.. hehe) then, malam sebelum bertolak tuh.. kitorang buat sandwich.. nak makan kat sana, payah sikit.. so, kitaorang dah wat preparation.. 3buku roti kitorang guna.. dengan 5ringgit yang kitorang collect sesama kitaorang, kitaorang beli megi, roti, tuna dengan air.. hopefully dapatlah menampung masa kat sana..

Pukul 7.00 pagi, kitorang dah gerak keluar dari bilik.. kena kumpul kat tapak FAB sebelum 7.15.. sesampainya kat sana, masing-masing dah jadi excited.. sebelum bertolak, kitorang dibriefkan sekejap.. 2bas yang pergi.. and tak pasal-pasal, aku jadi ketua kumpulan..(ketua kumpulan neh tuk passport kumpulan.. 1kumpulan ada 19orang) aku kena susunkan deorang, nanti senang kat imigresen.. and kat sinilah aku jumpa ‘seseorang’.. (hahahahah! Agak smartlah jugak penampilan dy.. ish3, teruk betul aku neh.. sempat lagi cuci mata) ‘seseorang’ tuh anak kepada tukang organizer neh.. dia jaga bas yang aku naik and dia ketua kumpulan tuk satu lagi group.. so, aku berurusan dengan dia pasal passport kumpulan.. (dia lebih arif, berapa juta kali dah pergi pon aku tak tau).. lebih kurang pukul 8.00 jugaklah baru bas bergerak..

Kira-kira pukul 9.00, kitaorang berhenti kat R & R.. (kotlah sapa-sapa nak makan ka, tukar duit ka.. watevalah..) kat sini, kitaorang kena isi satu kad.. ‘dia’ ajar aku camna nak isi and soh aku briefing kat group.. ‘dia’ gak bagi pinjam pen.. (hehehe.. bangga gila.. sempat gak aku menjelouskan kawan aku.. haha!) bila dah habis isi borang, pa lagi deorang neh.. sementara mengisi masa lapang, habiskan memory card kamera.. hehe.. setelah setengah jam, kitaorang pon bertolak ke Singapore.. tak sampai setengah jam, sampai kat imigresen Malaysia.. kena turun.. lepas dia semak semua, dan dia cop pasport tuh, naik semula bas.. bergerak ke Singapore.. sesampainya kat Singapore, kena turun lagi kat imigresen Singapore (penat tul lah asyik turun nek neh).. kat sini kena bawa turun semua barang.. barang-barang semua kena scan.. sorang-sorang kena masuk tuk disemak (gerun aku.. dahlah orang first) lepas habis tuh, kena scan barang plak.. aku tunggu lah kawan aku.. pastuh ‘dia’ datang suruh scan dulu.. pihak imigresen tak bagi tunggu kat dalam.. dia suruh tunggu kat luar.. (aku wat date sat dengan dia.. haha) lebih kurang setengah jam kot, barulah semua selesai..

destinasi pertama.. pusat sains Singapore.. kul 10, kitaorang sampai kat pusat sains Singapore.. kena bayaran 6 dollar.. masuklah jugak, tengok apa yang menarik.. agak menarik lah jugak.. tapi tak sempat nak spent masa sangat.. sejam jek dia bagi.. benda tuh dahlah 3tingkat.. kitorang bukannya baca sangat.. amik gambar jek lebih (teruk betul perangai.. huhu)

destinasi kedua, kampung Gelam.. kat sini, kitaorang ‘shopping’ sakan.. (shoppinglah sangat) just beli keychain dengan tshirt.. (satu jek formula nak beli barang, jangan convert ke duit Malaysia.. confrim2 lah tak beli) lepas shopping, sembahyang zohor kat masjid.. kat situ dekat dengan masjid.. so, jamak sekali dengan asar.. ingat nak makan megi kat sini, tapi tak sempat plak.. masuk jek bas, terus bukak sandwich.. (kebulur punya pasal)

destinasi ketiga.. merlion park.. kat sinilah kalau nak tengok singa yang pacut air tuh.. berapa juta gambar yang deorang neh amik pon aku tak tau.. hehe..

destinasi terakhir.. pulau sentosa.. lebih kurang pukul 3, kitorang sampai kat pulau sentosa.. tempat dia luas gila.. tempat dia neh cam theme park.. (tapi tak ada duit dah, so merayau jelah) kitorang pon melepak kat tepi pantai.. dok lama2 sikit kat sini.. rehatkan lutut yang dah nak longgar.. dah penat amik gambar, kitaorang pon naik bas kat dalam pulau sentosa, nak pergi tempat lain.. (tapi stil dalam pulau sentosa) pergi tempat lain pon sama gak, kena bayar.. so, kitaorang pon amiklah satu port.. duduk lah kat situ.. and nak dijadikan cerita, masa jalan2 tuh.. terjumpa dengan ‘dia’.. mana taknya dia dok panggil nama aku.. pelik aku.. rupa-rupanya ‘dia’ nak bagi aku tiket tuk tengok song of the sea.. tak pasal2 aku kena bising dengan dia..

jam pon dah pukul 6.. kitaorang pon bergerak lah ke tempat yang ‘dia’ cakap tuh.. tak sampai 15minit dah sampai.. dekat rupanya.. terpaksalah melepak sat.. nak masuk pon tak boleh lagi.. kat pulau sentosa tuh neh ada satu game.. memang menarik.. skyride.. game dia neh, kita akan naik kereta kabel.. bila kat atas kita nanti turun dengan satu kereta ala-ala go cart.. tengok deorang main, macam best.. TAPI 11 dollar.. manalah nak cekau duit banyak tuh.. tak palah, tengok orang main pon jadilah..

jam dah pon pukul 6.30.. kitaorang tunggu punya tunggu, pintu tuh tak bukak lagi.. so, jalanlah kedepan sikit.. tengok-tengok, yang lain dah beratur punya panjang.. (kitaorang salah pintu.. tuhlah, awal sangat hilang).. kitaorang dok kat tengah-tengah.. actually show tuh start kul 7.40.. sementara tunggu tuh, sempatlah menikmati sunset.. masing-masing agak dah terlentok, sempat lagi melayan perasaan.. tepat pukul 7.40, show pon bermula.. apa yang aku leh cakap pasal song of the sea neh.. wow, amazing! Pancutan air dengan laser.. adalah cerita yang cuba disampaikan.. memang menarik.. terpaku aku dibuatnya.. show tuh setengah jam jek.. tapi berbaloi ah pelaburan 10 dollar tuh.. habis jek show tuh, nak kuar tuh punyalah dahsyat.. mana taknya, semua nak kuar.. sampai kitaorang 9 orang terpisah.. aku, salwa dengan pia.. terkapai-kapai cari yang lain.. tiba-tiba, Nampak ‘dia’.. so, kitaorang pon followlah dia.. tengok2 deorang semua dah ada kat situ (hantu betul).. lepas check semua orang dah ada, kitaorang pon menuju ke bas..

dan itulah destinasi terakhir di Singapore.. bas pon menuju ke johor bahru.. dan seperti biasa, kena lalu imigresen.. (leceh betul) lepas check kat imigresen sigapore, ‘dia’ pesan kat aku.. “jangan sambung tidur lagi, nanti kena turun lagi”.. aku pon mengiyakan.. aku ngantuk, sedap elok tidur tak pasal2 kena turun check imigresen.. naik bas.. tak sampai 10 minit, sampai kat imigresen Malaysia plak.. kat sini group aku lambat sikit.. and of course lah aku paling last sekali.. nasib baik ‘dia’ tunggu aku.. (hehe.. padahal dia tunggu pasport yang aku pegang tuh) so, kami jalan ke bas bersama-sama.. (aisehh.. haha!)

kitaorang sampai kat utm lebih kurang pukul 10.00 malam.. penat sangat ahh.. macam nak pengsan jek rasa.. balek2 terus mandi, sembahyang.. pastuh terus landing atas katil.. betapa nikmatnya dapat landing.. so, aku rasa sangat seronok.. disamping dapat pergi tengok Singapore, I’ve spent quality time with my friends.. actually, Singapore sekarang tengah banyak construction.. masa akan datang, lagi banyak benda yang ada.. so, looking forward to visit once more time secara personal.. ntahlah bila..

so, itulah serba sedikit apa yang ada kat Singapore tuh..

Fakta menarik: actually, ‘dia’ yang aku maksudkan anak kepada yang handle trip neh.. and dia pond ah ada awek.. dia bawa awek dia sekali.. aku bukannya gedik sangat pon nak kat dia.. tapi, dia smartlah.. hehe.. nama dia firdaus.. umur 21 tahun.. yang lebih2 aku tak tau.. dan cerita tentang dia berhenti sampai situ saja.. sekadar suka2 untuk cuci mata.. hehe..

Tuesday, January 12, 2010

assignment oh assignment..

ASSIGNMENT! ASSIGNMENT! ASSIGNMENT!

serabut gila otak aku bila ada orang sebut perkataan tuh.. fobia rasanya..
mana taknya, kalau dikirakan semua assignment yang ada boleh kata ada nak dekat sepuluh rasanya..
kalau nak cari maklumat senang jugak..
neh tak.. wifi kat kolej tuh memang ah.. wat angin jek.. bila nak elok pon tak tau..
dah masuk minggu kelima dah..
sakit betul otak aku..
rasa cam nak balek rumah jek.. cepatlah cuti!! huhu..

Saturday, January 2, 2010

happy new year!!

waahh.. dah melangkah tahun 2010.. so, kenalah ada azam baru.. haha! hurmm, pa ek.. sebenarnya aku pon xtau pa azam baru aku.. pa yg aku hope sangat ialah NAIKKAN POINTER!! tuh jek aku harap.. yang lain tak nak pon tak pa.. (cewaah, bajet ah tuh)

and, insyallah.. kalau xada aral melintang aku akan p praktikal next sem.. so, hopefully im well prepared..

checklist tuk tahun 2009..
1. aku sangat sedih dengan pointer aku yang makin turun.. anyway, just let it go..
2. aku tak dapat biasiswa KPM.. best klu dapat tuh 5k.. try next tyme..
3. and i hurt somebody heart and i lost the oppurtunity, i guess.. nvm, the life is still faraway

and aku gak nak ucapkan selamat tahun baru.. semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.. haha! dan pa yang dah berlaku sama ada gembira atau sedih, kita jadikan kenangan sama ada terus diingati atau dilupakan terus.. dan terus tabah menghadapi tahun 2010.. semoga ada sinar bahagia yang menanti.. haha!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...