Posts

Showing posts from May, 2013

perjalanan umrah 8

Image
Assalammualaikum.. 29 Mac.. Jumaat.. hari ketiga di Makkah.. hari ini tiada aktiviti.. kerana hari ini hari Jumaat.. di sini perempuan boleh turut serta menunaikan solat Jumaat.. tapi ada seorang pak cik ni kata perempuan duduk ja kat hotel.. nanti sesak bagai semua.. baiklah pak cik.. maka.. aktiviti hari ini adalah aktiviti bebas.. dan aktiviti pusing2 kedai.. hehehe.. persekitaran di makkah pada ketika ini sangat berhabuk.. kerana pembinaan sedang giat dilakukan.. pembinaan membesarkan Masjidil Haram.. dan cuaca disini sangat berbeza dengan di Madinah.. di sini panas.. manakalah di Madinah sejuk.. apa2 kesihatan kena jaga lah yek..

perjalanan umrah 7

Image
Assalammualaikum.. 28 Mac.. Khamis.. hari kedua di Makkah.. hari ini kami telah dijadualkan ke ziarah.. tempat pertama sekali ialah Jabal Tsur.. di Jabal Tsur ini terdapat gua Tsur.. dimana Rasullullah dan sahabatnya bersembunyi dari kafir Quraisy yang telah mengejar mereka.. kemudian.. kami melewati Padang Arafah.. kawasan di mana para jemaah haji berkumpul.. dapat dilihat disini kawasan yang sangat kosong.. pasti berbeza bukan pada hari haji.. setelah itu.. kami singgah di Jabal Rahmah.. tempat pertemuan Adam dan Hawa.. dan juga tempat dimana nabi Adam diampunkan Allah.. dan saya mengambil kesempatan untuk memanjat Jabal Rahmah ini.. heee.. tapi tak terdaya untuk ke puncak.. kerana terlalu sesak ramai orang.. dan setelah itu.. kami melewati kawasan Mina.. dimana para jemaah haji bermalam dan melakukan melontar batu di Jamrah.. selepas itu.. kami melewati Jabal Nur.. dimana tedapatnya Gua Hira.. tempat dima

perjalanan umrah 6

Image
Assalammualaikum.. 27 Mac.. Rabu hari kelima di Tanah Arab.. hari pertama di Tanah Makkah.. hari ini tiada apa aktiviti yang ditetapkan oleh TH.. hanya aktiviti bebas.. merehatkan diri setelah penat mengerjakan umrah di malamnya.. dan kaki saya sudah kejang.. huhuhu.. seriously.. terasa sangat kepenatannya.. nampak sangat tak fit.. pada malamnya.. mak ayah mengajak buat umrah lagi.. maaflah.. tidak kuat untuk mengerjakan lagi.. InsyaAllah esok hari.. di Masjidil Haram.. keadaannya lebih luas.. sebabnya terdapat dua tingkat.. kebiasaannya di tingkat bawah akan sesak.. dan di tingkat atas kurang sesak.. saya dan mak suka ke tingkat atas.. tak adalah sesak sangat.. dan fadhilat solat di Masjidil Haram.. satu solat bersamaan 100 000 solat.. pemandangan dari tingkat 2

perjalanan umrah 5

Image
Assalammualaikum.. 26 Mac.. Selasa..  hari keempat di Tanah Madinah.. hari ini.. selepas solat zohor.. kami akan berangkat ke Makkah.. sebelum itu.. sebelum berangkat.. terlebih dahulu perlu melakukan ziarah wada.. ziarah makam Rasullullah.. kami dikehendaki memakai pakaian ihram siap2 dari hotel.. kerana kami akan pasang niat umrah dan berada dalam ihram di miqat yang telah ditetapkan.. perjalanan Madinah ke Makkah.. mengambil masa lebih kurang empat jam.. kalau tak silap laaa.. huhu.. dan setelah semua siap sedia.. kami bergerak ke Bir Ali.. miqat yang telah ditetapkan sekiranya datang dari Madinah.. disunatkan untuk solat sunat ihram.. dan memasang niat umrah sebelum bergerak meninggalkan miqat.. selepas selesai berniat.. maka.. berada lah dalam keadaan ihram.. dengan meninggalkan 13 pantang larang.. benda yang susah nak jaga adalah rambut.. gugur sehelai dengan sengaja.. dam dikenakan 5 riyal.. dibayar pada pekerja2 d

perjalanan umrah 4

Image
Assalammualaikum.. 25 Mac .. Isnin.. hari ke tiga di tanah Madinah.. hari ini aktiviti bebas.. maknanya.. aktviti shopping.. shopping sakan laaaa... lepas ni dah nak ke Mekkah pula.. antara barang yang dicari ialah.. jubah.. dan juga souvenir untuk dibawa pulang Alhamdulillah.. dapat dua pasang.. :) dan Alhamdulillah juga.. pada hari ketiga ini.. berpeluang menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi.. hehehehe.. Masjid Nabawi suatu pengalaman yang berbeza dari di Malaysia.. lepas solat, mereka tidak ada bacaan doa.. mungkin baca sendiri2.. dan lepas solat.. mereka terus bersiap untuk solat jenazah.. setiap lepas waktu solat.. pasti ada solat jenazah.. solat jenazah.. solat 4 takbir dan diakhiri salam.. dan jangan terkejut lah.. kalau jumpa air zam-zam di masjid nabawi.. dibawa khas dari Makkah.. dan jangan terkejut juga kalau orang lalu lalang ketika tengah solat sunat.. memang keadaan sangat sempit kot..

perjalanan umrah 3

Image
Assalammualaikum.. 24 Mac.. Ahad.. hari kedua di Tanah Arab.. Madinah.. hari ni kami dijadualkan untuk ziarah luar.. setelah selesai bersarapan.. kami siap sedia menaiki bas.. tempat pertama yang dituju ialah Masjid Quba.. fadhilat Masjid Quba ialah solat sunat 2 rakaat diberi ganjaran 1 pahala umrah.. Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh Rasullullah.. Masjid Quba dan seterusnya kami melewati Masjid Qiblatain.. iaitu masjid dimana berlakunya pertukaran arah qiblat.. ketika Rasullullah sedang solat Zohor pada rakaat ketiga.. turunnya wahyu dari Allah menukar qiblat dari baitulmaqdis ke Madinah.. dan kemudiannya, ke Jabal Uhud.. tempat dimana berlakunya perang Uhud dan terdapat makam para syuhada Uhud.. dalam perang Uhud ni umat Islam kalah.. pada mulanya umat Islam telah menyangka mereka menang.. oleh yang demikian, umat Islam yang ditugaskan menjadi pemanah di Bukit Uhud telah turun dan mengambil harta kaum musyrikin.. walau

perjalanan umrah 2

Image
Assalammualaikum.. 23 Mac.. Sabtu.. hari pertama di Madinah.. setelah selesai bersarapan.. TH telah memperuntukkan ziarah dalaman.. iaitu sekitar Masjid Nabawi.. Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang didirikan oleh Rasullullah.. dan fadhilat solat disini..  1 solat bersamaan dengan 1000 solat.. dan juga barangsiapa yang solat 40 waktu berturut-turut akan terlepas dari api neraka, azab siksa dan sifat munafik.. pertama sekali kami dibawa melawat Makam Rasullullah dari luar.. untuk wanita yang period.. disinilah tempat untuk memberi salam.. kerana makam Rasullullah terletak di dalam Masjid Nabawi.. kubah hijau dimana Rasullullah disemadikan kemudiannya.. kami dibawa ke perkuburan Baqi.. yang terletaknya bersebelahan dengan Masjid Nabawi.. kelebihan bagi orang lelaki.. dapat melihat dengan lebih dekat perkuburan Baqi ini.. Perkuburan Baqi merupakan kawasan perkuburan penduduk Madinah dan juga bagi sesiapa yang meninggal di Madinah.. di p

perjalanan umrah 1

Image
Assalammualaikum... entry dah berbasi.. baru rajin nak meng'up' kan.. huhu.. Alhamdulillah cuti sekolah Mac yang lepas.. saya telah menjalani ibadat umrah bersama ibu bapa saya.. terima kasih mak kerana sudi bawa saya.. T_T kami pergi bersama TH travel.. dibawah Tabung Haji.. 22 Mac hingga 2 April 2013.. tempoh ibadat umrah.. 22  Mac.. juga bersamaan hari Jumaat.. jam 4.30 petang.. kami berlepas ke Madinah daripada Pulau Pinang dengan menggunakan penerbangan Saudi Arabia.. Saudi Arabia Airline  kapalnya besar sekali.. biasalah tak pernah naik kapal terbang besar.. selalunya Air Asia ja.. perjalanan ke Madinah mengambil masa 8 jam 30 minit.. dan di dalam penerbangan.. kami disajikan sebanyak 2 kali makan.. dan disajikan juga dengan stewardess yang comey2.. opssss.. bagasi.... 8 jam 30 minit.. sebenarnya satu perjalanan yang sangat lama.. penat sebenarnya duduk lama2.. dan setelah menempuh 8 jam 30 mini

welcome SK Seri Relau

Assalammualaikum.. saya telah selamat melapor diri di SK Seri Relau.. pada tarikh yang keramat 16 Mei.. yang juga suatu kebetulan pada hari guru.. untung lah kan..  masuk2 dah sambut hari guru.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meraikan hari guru.. SK Seri Relau.. GPK Pentadbiran.. Pn Morni Yusoff.. sebenarnya merupakan guru kelas saya di SK Sungai Ara pada darjah 6.. saya hanya mampu tersenyum apabila melapor diri padanya.. dan juga GPK HEM.. Pn Asiah.. salah seorang bekas guru di SK Sungai Ara.. sebenarnya kebanyakkan guru di SK Sungai Ara pada zaman saya.. mengenali saya.. kerana bapa saya juga adalah seorang guru di situ.. heee.. setelah selesai melapor diri.. saya diberi jadual waktu.. alhamdulillah.. hanya 3 kelas.. namun 2 kelas KSSR.. satu lagi kelas KBSR.. darjah 1.. darjah 2.. darjah 5.. KSSR telah memperuntukkan 10 waktu pengajaran.. maka total jumlah waktu saya adalah 26.. agak penuh lah jugak... namu

hari nakba

Assalammualaikum.. hari ini.. 15 MEI.. genap 65 tahun.. satu sejarah yang tidak mungkin dilupakan.. pada tahun 1948.. peristiwa dimana.. Israel telah menceroboh dan memusnahkan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin.. dan lebih hampir daripada 700,000 orang warga Palestin telah menjadi pelarian.. inilah suatu peristiwa penting yang telah berlaku.. dan masih sampai sekarang kesannya terasa.. semoga dengan ini dapat kita mengingati keperitan saudara2 kita..

One Piece Anime

Image
Assalammualaikum.. disebabkan masa senggang yang terlalu banyak.. saya berjaya meng 'catch up' anime one piece.. sebab cerita tu pon still on going.. dan sehingga sekarang episode yang latest adalah 595.. seriously... penat nak tengok.. ditambah dengan episode yang ntah apa2.. menjadi satu kepantangan saya bila menayangkan episode yang out of sudden.. dasar anime banyak episode.. macam tu laa.. tu belom tambah lagi dengan flashback episode2 sebelum.. sabar ja lah.. okay.. tentang cerita ONE PIECE.. mengisahkan pengembaraan krew lanun dalam mengejar ONE PIECE.. ONE PIECE adalah harta yang telah ditinggalkan oleh Gol D. Roger seorang lanun yang telah berjaya mengelilingi dunia yang dikenali sebagai PIRATE KING dan akhirnya telah dijatuhkan hukuman bunuh.. salah seorang krew lanun yang menyahut cabaran tersebut.. MONKEY D. LUFFY seorang manusia yang telah makan sejenis buah ajaib, devil fruit dan badannya bertukar menjadi getah.. dalam pe

hari ibu.. haram??!

Image
Assalammualaikum.. pada ketika ini.. dunia meraikan Hari Ibu.. tahukah anda.. hari ibu disambut pada hari yang berbeza bagi seluruh negara di dunia.. tapi kebanyakkannya.. menyambut pada hari ahad minggu kedua bulan Mei.. dan tahukah anda juga.. kita umat Islam diharamkan menyambut hari ibu.. kenapa?? kerana asal usul hari ibu ini.. menurut wikipedia.. perayaan ini lahir dari adat pemujaan ibu di Yunani Purba yang menyambut satu perayaan untuk Cybele iaitu ibu dewa dewi yang agung.. dan mengikut satu lagi sumber .. ia juga adalah perayaan orang-orang Greece kepada Rhea, ibu kepada tuhan mereka.. panjang lagi diceritakan dalam web tersebut.. rajin2 lah yek mengklik.. hoho.. dan disini juga ada video dari Ustaz Azhar Idrus jadi.. termaktub lah disini.. haram menyambutnya.. maka.. jadikan lah hari2 adalah hari ibu.. sayangi ibu anda.. kerana syurga bagi anak2 adalah di bawah telapak kaki ibu.. dan jangan lokek untuk

book review : 33 pesan nabi

Image
Assalammualaikum.. saya nak share satu buku yang sangat menarik.. 33 pesan nabi.. dan ianya diilustrasikan dalam bentuk komik.. sangat sangat menarik!!! secara tak langsung.. kita dapat menerima hadis bukhari-muslim dalam bentuk yang ringkas dan mudah.. buku ini sebenarnya diterbitkan di Indonesia.. dan mendapat bestseller.. dan apabila dibawa ke Malaysia.. buku ini menggunakan edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.. buku ni terdapat dua volume.. vol 1.. jaga mata, jaga telinga dan jaga mulut.. vol 2.. jaga hati, buka fikiran.. marilah dapatkan!!!!

Senarai Ketua Menteri & Menteri Besar 2013

Assalammualaikum.. apabila sudah selesainya pilihanraya umum.. maka ketua menteri dan menteri besar yang baru akan dilantik.. bergantung kepada pencapaian pilihanraya.. sama ada bekas menteri yang sebelum ini menang atau kalah.. dan ini adalah senarai ketua menteri dan menteri besar yang telah mengangkat sumpah.. PERLIS                         Azlan Man KEDAH                        Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir PULAU PINANG         Lim Guang Eng PERAK                         Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir SELANGOR                 Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim NEGERI SEMBILAN   Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan MELAKA                     Daruk Ir Idris Haron JOHOR                         Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KELANTAN                Datuk Ahmad Yakob TERANGGANU           Datuk Seri Ahmad Said PAHANG                     Datuk Seri Adnan Yaakob SABAH                        Datuk Seri Musa Aman

review movie : Ironman 3

Image
Assalammualaikum.. hari sabtu yang lepas.. saya berpeluang menonton Ironman 3.. what I can say is.. SUPERB!!!! memang sangat sangat best.. seriusly.. rasa berbaloi tengok Ironman 3.. dengan harga tiket RM 11.. dan berdurasi 2 jam 10 minit.. kalau berkesempatan.. nak tengok lagi.. heeee.. scene yang sangat incredible sekali.. bila mana kesemua sut Ironman 3.. yang berjumlah 42.. membentuk satu angkatan.. dan rasanya ini sekuel yang terakhir bagi Ironman 3.. kerana apa? tengok lah sendiri.. hehehe.. apa2 pon LIMA bintang!!! untuk Ironman 3..

demam PRU 13

Assalammualaikum.. masuk hari ini sudah dua hari berakhirnya PRU 13.. namun.. masih dan masih lagi ketidak puas hatian.. dan ada yang mengatakan SPR tidak telus dalam menjalankan tugas mereka.. isu blackout.. penggunaan dakwat kekal.. hai laaa.. tak tahulah macam mana nak cakap.. saya ada terbaca mengatakan tidak ada berlaku sebarang blackout pon.. sudah.. apa cita pula.. terpulanglah nak percaya mana satu.. pening rasanya dengan hal politik yang tidak habis2.. kadang2 rasa annoyed bila terlalu bersifat kepolitikan.. menyebarkan sesuatu yang tidak pasti.. arghhhhh!!!! tolonglah apa2 pon.. selidik dari mana sumber yang diperoleh.. sama ada angin yang bertiup semata2.. ataupun telah disahkan oleh pihak tertentu.. saya tidak menyebelahi mana2 pihak.. tetapi terasa kerimasan bila isu politik tidak habis2.. rakyat sudah membuat pilihan.. apa lagi yang nak diisukan.. sudah2 lah.. huhuhu.. sekian dari saya yang sudah jemu dengan

perbezaan PRU 13 dan PRU 12 mengikut parti (DUN)

Assalammualaikum.. kali ini saya paparkan perbezaan parti yang menang bagi PRU 12 dan PRU 13 mengikut DUN masing-masing.. klik di SINI bagi peringkat parlimen PERLIS PRU 12 PRU 13 N1 TITI TINGGI BN BN N2 BESERI BN BN N3 CHUPING BN BN N4 MATA AYER BN BN N5 SANTAN BN BN N6 BINTONG BN BN N7 NENA BN BN N8 INDERA KAYANGAN BN PKR N9 KUALA PERLIS BN BN N10 KAYANG BN BN N11 PAUH BN BN N12 TAMBUN TULANG BN BN N13 GUAR SANJI BN BN N14 SIMPANG EMPAT PAS BN N15 SINGLANG PAS PAS BN 13 13 PAS 2 1 PKR 0 1 sumber PRU 12 sumber PRU 13 KEDAH PRU 12 PRU 13 N1 AYER HANGAT BN BN N2 KUAH BN BN N3 NOTA SIPUTEH BN