perjalanan umrah 5

Assalammualaikum..

26 Mac.. Selasa.. 
hari keempat di Tanah Madinah..

hari ini..
selepas solat zohor..
kami akan berangkat ke Makkah..

sebelum itu..
sebelum berangkat..
terlebih dahulu perlu melakukan ziarah wada..
ziarah makam Rasullullah..

kami dikehendaki memakai pakaian ihram siap2 dari hotel..
kerana kami akan pasang niat umrah dan berada dalam ihram di miqat yang telah ditetapkan..


perjalanan Madinah ke Makkah..
mengambil masa lebih kurang empat jam..
kalau tak silap laaa.. huhu..

dan setelah semua siap sedia..
kami bergerak ke Bir Ali..
miqat yang telah ditetapkan sekiranya datang dari Madinah..

disunatkan untuk solat sunat ihram..
dan memasang niat umrah sebelum bergerak meninggalkan miqat..
selepas selesai berniat..
maka.. berada lah dalam keadaan ihram..
dengan meninggalkan 13 pantang larang..

benda yang susah nak jaga adalah rambut..
gugur sehelai dengan sengaja.. dam dikenakan 5 riyal..
dibayar pada pekerja2 di Masjidil Haram..

setelah berjam2 dalam perjalanan..

akhirnya tiba di Hotel Khenzi..
setelah selesai makan dan siap..
kami meneruskan menyelesaikan umrah..
dibantu oleh ustaz yang ditugaskan..

perasaan ketika itu sangat2 gugup..
dah lah jalan yang nak ke masjidil haram kena turun naik bukit..

setelah 15 minit berjalan kaki..
masuklah kami ke Masjidil Haram..
dan terus bergerak ke tengah..
dimana terletaknya Kaabah..
tidak tergambarnya perasaan pada ketika itu..
melihat Kaabah di depan mata..
Subhanallah..

tanpa melengahkan masa..
setelah diberikan panduan oleh ustaz..
kami bergerak menjalani tawaf..
sebanyak tujuh pusingan..
tiga perkara yang perlu dijaga..
wudhu, keadaan bahu dan niat mengelilingi kerana tawaf..
Kaabah mesti berada di sebelah kiri bahu..

setelah selesai tujuh pusingan..
solat sunat dua rakaat dibelakang makam ibrahim..
dan kemudian disunatkan minum air zam-zam..

kemudian..
terus ke Saie..
dari Bukit Safa ke Bukit Marwah..
sebanyak tujuh kali..


dan setelah selesai..
bertahlul dan bergunting..
dan terbebaslah dari ihram..

mudah sebenarnya nak melaksanakan umrah..
tapi sebenarnya memerlukan kekuatan fizikal yang kuat..

dan Alhamdulillah..
satu umrah telah selesai...


Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..