perjalanan umrah 3

Assalammualaikum..

24 Mac.. Ahad..
hari kedua di Tanah Arab.. Madinah..

hari ni kami dijadualkan untuk ziarah luar..
setelah selesai bersarapan..
kami siap sedia menaiki bas..

tempat pertama yang dituju ialah Masjid Quba..
fadhilat Masjid Quba ialah solat sunat 2 rakaat diberi ganjaran 1 pahala umrah..
Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh Rasullullah..

Masjid Quba
dan seterusnya kami melewati Masjid Qiblatain..
iaitu masjid dimana berlakunya pertukaran arah qiblat..
ketika Rasullullah sedang solat Zohor pada rakaat ketiga..
turunnya wahyu dari Allah menukar qiblat dari baitulmaqdis ke Madinah..

dan kemudiannya, ke Jabal Uhud..
tempat dimana berlakunya perang Uhud dan terdapat makam para syuhada Uhud..
dalam perang Uhud ni umat Islam kalah..
pada mulanya umat Islam telah menyangka mereka menang..
oleh yang demikian, umat Islam yang ditugaskan menjadi pemanah di Bukit Uhud telah turun dan mengambil harta kaum musyrikin..
walaupun Rasullullah telah berpesan kepada mereka jangan meninggalkan tempat mereka walaupun telah menang..
dan kemudian, kaum musyrikin datang menyerang dari arah yang lain..
*betulkan kalau ada salah info*
makam para syuhada

jabal uhud

seterusnya kami di bawa ke ladang kurma..
tapi bukannya di bawa ke ladang pon..
di bawa ke kedai yang terletak di ladang..
tak boleh masuk pon ladangnya..
ladang disini telah diwakafkan..
jadi masa nak beli tu, boleh rasa kurma yang dijual..
nak rasa sampai kenyang pon boleh.. tak ada masalah..

ladang kurma

kemudian.. kami melewati masjid tujuh..
disini lah tempat berlakunya peperangan khandak..

dan setelah itu..
kami pulang semula ke hotel..
bersedia untuk solat zohor berjemaah..

dan setelah selesai..
saya dan keluarga saya mengambil kesempatan ke pasar kurma..
lebih kurang lima belas minit berjalan kaki..
harga kurma di pasar kurma lebih murah sedikit dari di ladang kurma..
sebab... yang di pasar kurma sudah kurang fresh..

dan akhirnya..
hari itu berakhir dengan kepenatan yang amat....

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..