perjalanan umrah 2

Assalammualaikum..

23 Mac.. Sabtu..
hari pertama di Madinah..

setelah selesai bersarapan..
TH telah memperuntukkan ziarah dalaman..
iaitu sekitar Masjid Nabawi..

Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang didirikan oleh Rasullullah..
dan fadhilat solat disini.. 
1 solat bersamaan dengan 1000 solat..
dan juga barangsiapa yang solat 40 waktu berturut-turut akan terlepas dari api neraka, azab siksa dan sifat munafik..

pertama sekali kami dibawa melawat Makam Rasullullah dari luar..
untuk wanita yang period.. disinilah tempat untuk memberi salam..
kerana makam Rasullullah terletak di dalam Masjid Nabawi..

kubah hijau dimana Rasullullah disemadikan

kemudiannya..
kami dibawa ke perkuburan Baqi..
yang terletaknya bersebelahan dengan Masjid Nabawi..
kelebihan bagi orang lelaki.. dapat melihat dengan lebih dekat perkuburan Baqi ini..
Perkuburan Baqi merupakan kawasan perkuburan penduduk Madinah dan juga bagi sesiapa yang meninggal di Madinah..
di perkuburan Baqi ini jugalah terdapatnya kira2 10 ribu sahabat termasuklah para isteri baginda..

dan setelah itu..
barulah di bawa ke Raudhah..
iaitu juga dikenali sebagai taman syurga..
yakni terletak di dalam Masjid Nabawi..
dan terletak di antara mimbar dengan makam Rasullullah..
dan fadhilat di sini ialah antara tempat dimakbulkan doa..

setelah selesai..
maka tamatlah aktiviti yang tersedia..
dan kemudian aktiviti bebas..

dan yang bagusnya apabila berada di sana adalah..
berebut hendak ke masjid menunaikan solat jemaah..
seawal setengah jam lagi sudah kena ada di masjid..
kalau tak.. tak ada tempat lah yek..

perkarangan Masjid Nabawi


Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..