Posts

Showing posts from 2013

selamat pulang... selamat kembali..

Assalammualaikum.. cuti hampir tamat.. 30hb ini bermula meeting.. maka.. telah pulang lah aku ke tanah yang memberi rezeki.. Alhamdulillah.. selamat tiba.. ketibaan aku di sambut hujan yang lebat.. yaa.. hujan yang lebat.. seperti hatiku dilanda ribut.. cehhh.. sedikit kecewa kerana ada urusan tidak dapat diselesaikan.. InsyaAllah akan kembali ke kota kinabalu untuk diselesaikan.. semoga dipermudahkan urusanNya.. tibanya di Sabah.. aku terasa.. terasa sepinya aku.. terasa kosongnya hati aku.. hmmm.. itu belum lagi tiba saat itu.. pasti lagi aku terasa.. keberadaan jauh dari sana.. sememangnya buat aku terasa.. terasa sangat jauhhhhh.. apa daya aku.. Allah telah tetapkan rezeki aku disini.. keseorangan ini membuatkan aku berfikir banyak perkara.. lebih2 lagi tentang hati.. kau begitu degil ya hati.. semoga aku dapat melupakan keributan hati apabila buka sekolah nanti.. aku harap aku dapat menyibukkan diri aku.. melupakan lara di hati.. sehin

menutup jalan kah aku?

Assalammualaikum.. sering aku terfikir.. apakah aku menutup jalan untuk bertemu jodoh? persoalan terjadi apabila kami berkumpul dan membincangkannya.. aku akui.. aku seorang yang bukan mudah untuk membuka jalan kepada seseorang.. tapi kata mereka.. aku perlu membuka jalan.. jodoh tidak akan datang jatuh dari langit.. tapi sebenarnya aku percaya yang memang jodoh itu akan jatuh dari langit.. hahahaha.. jodoh yang tanpa kita sedari.. yang akan datang dengan sendirinya.. dah macam fairy tale plak rasa.. hahaha.. dan usaha.. aku percaya usaha itu.. kepada memperbaiki diri kepada lebih baik.. tapi ada sesetengah berpendapat.. usaha itu kepada mengenali yang lain.. hmmmm.. entahlah.. aku sendiri tak tahu nak berkata tentang ini.. sebab aku mengamalkan dasar tutup pintu.. hahaha.. bukannya dasar tutup pintu sangat.. tapi aku lebih suka mengenali seseorang secara natural.. untuk secara maya.. aku kurang selesa.. dan untuk sebab tu laaa.. aku kena label tak t

Soalan SPM bocor...

Assalammualaikum.. Hari ini digemparkan dengan soalan matematik SPM dan matematik tambahan bocor.. Siapalah punya kerja bocorkan soalan ni.. Isk3.. Sedangkan security sangat terjaga.. Banyak prosedur yang perlu dilalui.. Biarlaaa.. Siapa yang punya kerja pon.. Semuanya berbalik pada integriti diri.. Eh bukan itu yang aku nak bebelkan di sini.. Isu nya disini soalan matematik dan matematik tambahan.. Bagi aku.. Disebabkan aku pelajar matematik.. Jadi aku tahu betapa toughnya ambil paper matematik.. Bagi aku.. Soalan bocor macam mana pon.. Kalau kau tak dapat konsepnya.. Still kau tak boleh jawab.. Sebab asas matematik kau perlu tahu serba serbi.. Kalau konsep asas kau boleh kuasai.. Datanglah soalan yang macam mana pun.. Mesti kau boleh buat.. Bagi aku matematik tak perlukan solan bocor.. Even di universiti pon.. Lecturer bocorkan soalan.. Still ramai yang tak boleh jawab.. Jadi apa asasnya? Kita ambil contoh yang senanglah.. Bila mana peperiksaan akhir tahun.. Aku ingin membantu pelaja

Semoga kami sekeluarga tabah...

Assalammualaikum... Ujian yang ditimpa pasti ada hikmahnya... Itulah yang aku lihat apabila kami sekeluarga ditimpa ujian.. Bagi aku.. Aku terasa beratnya.. Walaupun aku hanya memerhatikannya.. Walaupun aku hanya mendengar berita.. Yang paling berat sekali adalah ibu bapa aku.. Dan juga adik aku sendiri.. Tiada kata2 yang dapat aku ungkapkan.. Aku terasa lemah sekali bila mana tidak dapat membantu apa2.. Kerna kami pun bukannya terlalu rapat.. Adik aku seorang yang sangat memendam.. Hatiku sangat pilu bila mengenangkan ujian yang ditimpanya.. Apatah lagi sekiranya melihat dia terlantar di katil hospital.. Aku tak betah untuk melihat semua itu.. Sesekali jatuh air mataku mengenangkannya.. Aku dapat lihat seolah2 dia tidk berdaya menampungnya.. Tapi tiada apa yang dapat aku katakan.. Aku hanya mampu berdoa dia mendapat kekuatan dalam meneruskan kehidupannya.. Dan aku juga harap ibubapa ku terus tabah.. Tabah dan sabar melayani adik aku yang agak keras sedikit.. Hanya doa sahaja yang mamp

movie review :: ender's game [2013]

Image
Assalammualaikum.. dah lama rasanya tak update tentang movie review.. ya tak.. ENDER'S GAME.. movie paling latest yang aku tengok.. best laaaaa movie ni.. mengisahkan tentang Bumi yang akan menentang dengan makhluk asing yang telah ditewaskan suatu ketika dulu.. dan mereka datang semula untuk menakluki Bumi.. sebagai persediaan.. Bumi telah melengkapkan armada2.. dan mereka juga percaya bahawa akan ada seorang budak yang akan mengetuai armada tersebut.. Ender Wiggin.. anak bongsu kepada Wiggin.. kakak dan abangnya telah menyertai program persediaan.. namun, akhirnya Ender telah terpilih menyertai program persediaan tersebut.. dia dan beberapa orang budak telah berlepas ke angkasa lepas.. menyertai Command School.. sebagai persediaan menyertai peperangan yang bakal meletus.. dia akhirnya telah terpilih sebagai ketua yang akan mengetuai armada tersebut.. dalam movie ni.. dapat dilihat kecanggihan teknologi yang diggunakan.. san

let's ESCAPE..

Image
Assalammualaikum... salah satu tarikan baru yang menarik di Penang.. ESCAPE.. sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak.. sebenarnya dah lama sangattttttt aku pergi.. baru berkesempatan nak update.. hahaha.. ada aku kesah.. lalalala... entry untuk masuk ke ESCAPE.. bagi malaysian.. RM60 tuk adult.. dan Rm45 tuk kids.. kemudian.. kena sewa loker untuk memudahkan penyimpanan barang.. RM10 if not mistaken.. tu laa.. lama sangat tak update..   and kat sana.. urusan pembelian makan dan minum menggunakan kad.. kita tambah nilai saja kad tu.. dan semua pembelian akan dilakukan melalui kad itu.. antara tarikan utama di ESCAPE.. MONKEY BUSINESS.. aktiviti tali.. yang menguji kegayatan.. ada tiga level.. paling tinggi semestinya paling mencabar.. di sini..  kekuatan tangan sangat teruji.. tangan xkuat.. habis laaa.. hari tu pon.. sampai level 2 ja.. nak amik yang 3 pon fikir banyak2 kali..  hahha.

book review :: relasi mencari sahabat sejati

Image
Assalammualaikum.. Alhamdulillah selesai mengkhatamkan.. Relasi.. mencari sahabat sejati.. hasil penulisan hilal asyraf.. apa yang boleh dikatakan.. wow!! memang sungguh membuka mata tentang mencari sahabat sejati.. sedikit sebanyak memang rasa kena tembak.. huhuhu.. penceritaan tentang Saifullah.. yang cuba mengupas tentang istilah bersahabat.. di sekolah.. dia bertemu dengan seorang senior.. dan ukhuwah yang utuh terbina antara mereka.. sehinggalah konflik datang menguji.. yang mengakibatkan mereka berenggang.. persekitaran sekolah di dalam penceritaan juga.. sangat menyenangkan.. dengan penerapan Islam yang sangat utuh.. di saat aku mencari sesuatu untuk pemangkin.. Alhamdulillah.. buku ini sedikit sebanyak membuka mata hati aku.. ***************** manusia akan rasa kesunyian dan rasa sendirian apabila dia meletakkan pergantungan kepada makhluk.. apabila berasa sendirian, sepatutnya kamu sedar bahawa kamu sudah jauh daripada

I'm home...

Assalammualaikum.. Alhamdulillah.. akhirnya.. I'm home.. penerbangan pada malam jumaat.. alhamdulillah mendarat dengan selamatnya.. yang pastinya.. perasaan yang sangat SERONOK.. and for sure.. I need to take care of my little brother.. and a few things need to settle.. semoga cuti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.. insyaAllah.. ameen.. :)

perancangan 2014

Assalammualaikum.. sudah melangkah ke November.. tak lama lagi tirai Disember akan berlabuh.. maka bermulalah episod 2014.. macam terlalu awal saja nak buat perancangan kan.. tapi harapnya dengan ini aku sudah ada ketetapan.. firstly.. sambung master.. InsyaAllah.. nak sambung master.. offshore UTM.. master of educational technology.. insyaAllah.. secondly.. vacation.. nafsu nak berjalan memang tak boleh nak kawal lah.. heee.. ke mana? hmmmm.. nanti lah difikirkan.. hahahaha... actually yang main sekali nak further study.. tak nak simpan lama2.. tapi macam tak ada universiti lain plak kan.. owhh well.. utm sanjungan bangsa.. hak3.. tapi harapnya aku tidak dibebankan dengan perkara yang memerlukan komitmen yang tinggi.. tak tahulah nak kata sama ada tugas yang akan diberikan akan memerlukan komitmen yang tinggi atau tidak.. tapi harapnya okay saja.. owh ya.. lupa plak.. beban membawa pelajar fizik melangkah SPM..

bila ianya salah.. ia tetap salah..

Assalammualaikum.. aku diduga.. aku tahu ianya salah.. tapi entah.. hanya kerana aku tahu mana limitation kami.. jadi aku tak kisah dengan yang lain.. kerana tak mungkin ia akan menjadi lebih dari itu.. lagipun.. aku tahu dia bukan calang2 orang.. aku hanya selesa begitu.. tapi.. bila salah.. ianya tetap salah.. tak kan aku nak letak kesalahan atas orang lain.. sedangkan datang dari aku sendiri.. entahlaa.. aku tetap rasa bersalah.. aku tak sepatutnya sebegitu.. sedangkan aku datang sini.. nak pulihkan semuanya.. nak pulihkan hati.. tapi.. aku tak pasti.. sama ada aku dapat atau tak.. apa2 pon.. hanya padaMu yang aku harapkan..

12 days to go...

Assalammualaikum... 12 hari saja lagi.. untuk pulang ke pangkuan keluarga.. ahhh.. sudah tak tertahan rasanya hati.. rindu penang!!! ingin lari dari semua kesibukan ini.. tapi pasti.. banyak perkara yang perlu diselesaikan pulang nanti.. cuti untuk lebih kurang 6 minggu.. yeahhhhhh.. nak bercuti sepuas-puasnya.. nak makan sepuas-puasnya.. nak bersosial sepuas-puasnya.. terasa sangat seperti tak bebas di sini.. sob3.. tapi sebenarnya.. ada satu perkara yang merungsingkan di fikiran.. sama ada betah atau tidak.. aku tidak pasti.. untuk bertemu.. rindu jangan dikata.. amat sangat.. tapi bila mendapat tahu tentang perkhabaran itu.. aku sangat rasa tidak senang.. aku tau.. tak bagus untuk berperasaan sebegitu.. tak apalah.. biar masa yang tentukan segalanya.. biar Allah yang menetukan perjalanannya.. apa2 pon.. cuti ini.. aku nak ENJOY!!!! beberapa perkara sudah aku rangka kan.. doakan aku pulang dengan selamat

subahat?

Assalammualaikum.. gosip terhebat sedang marak di bilik guru.. tentang housemate aku dan seorang guru.. dan aku menjadi mangsa.. dikorek cerita.. aku akur.. aku bukan siapa2 untuk membuka cerita mereka.. kebanyakkannya aku hanya simpan saja.. dan paling mendukacita.. aku dikatakan bersubahat.. beratnya beban yang aku rasa.. menyimpan segala cerita.. dan ini sekarang.. aku dikatakan bersubahat pula.. sabar ja la.. aku dah penat sebenarnya dengan ini semua.. sungguh!! penat sangat.. mengharapkan semua ini akan berakhir dengan cepat.. aku sudah terlalu letih untuk berdepan dengan ini semua.. dah penat untuk dikatakan bersubahat sekali.. dah penat untuk melihat semua ini.. aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk mereka..

salam aidiladha

Assalammualaikum.. waaahh.. lama rupanya tidak membuat kemunculan disini.. almaklumlah.. sibuk.. cissss.. rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.. semoga kita mendapat ibrah daripada kisah qurban nabi ibrahim a.s dan nabi ismail a.s ini juga merupakan kali pertama aku merayakan aidiladha di perantauan.. aisehhh.. perantauan.. alhamdulillah.. aku menyambutnya dengan meriah di bumi ini.. tak adalah meriah mana pon.. tapi sekurang-kurangnya aku meraikan dengan rendang, lontong dan juga laksa penang.. kau hado? hahaha.. terima kasih kepada housemate yang sudi berganding bahu.. menyediakan juadah di pagi raya.. sekurang2 nya tak ada lah aku terliur.. kedua ibubapa aku meraikan aidiladha di Johor.. pasti gamat dan meriah.. itu aku pasti.. terbit rasa rindu.. sabarlah hati.. tidak sampai sebulan saja lagi.. semoga Allah mempermudahkan semuanya.. :)

melihat dunia luar

Assalammualaikum.. dah lama rasanya tidak mencatat apa2 disini.. kini sudah hampir 3 bulan aku di bumi Sabah.. yang pasti banyak perkara baru yang aku temui.. antaranya pecahan kaum yang berlainan.. kalau di semenanjung.. kebanyakkan adalah melayu, india dan cina.. tapi disini lebih banyak pecahan kaum yang ada.. dan pecahan kaum ini dipengaruhi oleh penempatan mereka.. contohnya di pekan Kudat.. kebanyakkan mereka adalah kaum pesisir pantai iaitu Ubian.. dan terdapat jugak kaum minoriti yang lain di pekan Kudat.. Suluk.. Dusun.. dan mereka mempunyai budaya mereka yang tersendiri.. aku juga telah merasa beberapa makanan tradisional mereka.. ada yang boleh ditelan.. dan ada yang hanya di lidah sahaja.. selain itu pecahan agama juga memang amat nyata.. walaupun mereka menganut agama Islam.. tapi ternyata Islam bukan cara hidup mereka.. sangat kasihan rasanya melihat asas mereka yang sangat goyah.. selain Islam.. agama yang ramai di

hati yang diduga..

Assalammualaikum.. dalam kehidupan ini.. hati mana yang tak diduga.. dugaan yang datang.. hanyalah untuk mematangkan kita dalam perjalanan.. sejak bergelar guru di SMK Kudat II.. terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuh.. murid.. hatiku senang terguris dengan tingkah laku mereka.. apa daya ku untuk melawan mereka.. aku terlalu takut.. takut minat mereka akan hilang.. tapi.. sekiranya dibiarkan.. mereka menjadi2.. kadang aku buntu dengan apa yang aku hendak lakukan.. aku tak terdaya.. kadang2 aku terasa putus harapan.. hanya masuk dan ajar kepada mereka yang mahu saja.. yang lain.. ku biarkan saja.. aku sudah penat.. aku tahu.. itu semua dugaan aku.. dugaan sejauh manakah kuatnya hatiku mengajar mereka.. aku kadang kasihan dengan mereka.. yang sangat lemah dalam mata pelajaran.. tapi apa yang mampu aku lakukan.. aku sudah melakukan sedaya yang mungkin.. tapi sekiranya sikap mereka yang menjadi penghalang.. aku ti

16 September.. terima kasih Malaysia

Image
Assalammualaikum.. hari ini 16 September.. cuti umum bagi Malaysia.. sempena penubuhan Malaysia.. pada tahun ini.. genap 50 tahun Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.. sabah bertemakan sabah maju jaya.. manakala sarawak bertemakan sarawak harmoni kemakmuran dinikmati.. bersempena dengan perayaan ini.. saya berpeluang menyertai beberapa program yang telah dianjurkan di peringkat daerah Kudat.. yang pertama larian sihat cergas sekolah telah menghantar penyertaan sebanyak 150 peserta.. dan paling gempak bila pengetua turun padang sekali.. cayalah!! and acara kemuncak ialah.. pertandingan kawad.. sekolah telah menghantar 3 kontigen.. kontigen pertama bagi kategori NGO disertai barisan kelab staf.. kontigen kedua bagi kategori unit beruniform disertai pengakap.. gimik pertandingan dan kontigen bagi kategori sekolah disertai pelajar tingkatan enam.. dan alhamdulillah.. kemenangan berpihak kepada sekolah kami.. apabila keti

genap 24 tahun..

Assalammualaikum.. Alhamdulillah.. beberapa hari lalu.. genaplah umur yang ke 24 tahun.. pertama kali menyambut di tanah Sabah.. hanya keluar makan besarrrr saja dengan beberapa orang cikgu.. dah besar dah pon.. 24 tahun.. jangan nakal2 eh.. opsss.. semoga dapat pindah dengan cepat.. semoga murah rezeki.. semoga dipercepatkan jodoh.. semoga menjadi insan yang lebih baik.. insyaAllah.. doakan saya yang terbaik.. doa daripada kalian amat bermakna bagi diri yang kerdil ini.. by the way.. I'm craving for cake.. heeee~

hidup tak selalu indah...

Assalammualaikum.. hidup kita ini tak selalunya indah.. kadang di atas.. kadang di bawah.. tika di atas.. ialah apabila bahagia datang.. ialah apabila aman dan bahagia.. ialah apabila hati merasa senang.. ialah apabila kita mampu bersyukur dengan apa yang ada.. tika di bawah.. ialah apabila masalah datang melanda.. ialah apabila hati sentiasa dalam gundah gulana.. ialah apabila hati sering disakiti.. ialah apabila kita sering merasakan hidup tidak adil.. semuanya ada pasang surut.. dan bergantung pada kekuatan minda untuk mereaksi.. comfort zone.. ataupun luar comfort zone.. tidak pernah menjanjikan hidup akan sentiasa indah.. adakalanya kita bahagia tika di luar comfort zone.. adakalanya kita derita tika di comfort zone.. itulah ujian dan dugaanNya.. menguji ketabahan kita.. dan Allah tidak zalim.. Dia tidak akan menduga di luar kemampuan kita.. di sebabkan kita mampu lah.. ujian itu datang.. semoga kita mampu redh

terasa lewat masa berlalu..

Assalammualaikum.. baru dua minggu sekolah dibuka selepas cuti hari raya.. hati sudah terasa rindu.. rindu nak balek semananjung.. terasa begitu lambat masa yang berlalu.. terasa seperti sudah dua bulan.. hakikatnya baru dua minggu.. 15 November.. masih jauh lagi perjalanan.. 2 bulan lebih lagi masih ada.. terasa lambatnya masa yang berlalu.. aku hanya ingin pulang ke semenanjung.. dan merasakan bebas dari segalanya.. sungguh.. aku terasa masa yang berlalu sangat lambat...

cerita raya

Assalammualaikum.. Its been a while.. I'm not updating my blog.. first of all.. SELAMAT HARI RAYA.. maaf zahir batin.. how's your Raya? hopefully celebrate with meaningfully.. mine? its not like as usual we used to celebrate.. my little brother fall sick.. and he had been admitted at hospital since second raya.. and for whole Raya.. my family and I spend days at hospital.. still today.. he's not been released yet.. I'm hoping everything will be fine.. InsyaAllah.. by the way.. on the seventh Raya.. I got the chance to Raya with my friends.. from Kluang.. me and my bestie travel to simpang renggam.. visiting Hidayah.. and from there.. we travelling together to the Johor Bharu.. visiting Shahruddin and Safia.. thanks for accepting us.. and its been a great time.. seeing old friends.. and do gossiping.. thanks my friends..  to make my Raya.. and on the tenth Raya.. everythings will be over.. I

hidden story sabah

Assalammualaikum.. aku telah ditempatkan di Sabah.. sebenarnya aku tak menyangka sekali untuk ditempatkan di sini.. dan walaupun Sabah adalah pilihan kedua aku.. tapi setelah satu tahun di rumah.. aku sedar.. aku tak mampu untuk tinggal berjauhan.. dan aku menyimpan expectation yang tinggi untuk ditempatkan di Pulau Pinang.. kerana apa? kerana aku mendapat tahu Pulau Pinang kekurangan guru.. dan paling2 pon aku akan dicampakkan ke Johor.. apabila sudah mendapat tahu berita penempatan.. sungguh.. hati aku luluh.. kerana aku menyimpan expectation yang sangat tinggi.. dan aku sudah berada dalam comfort zone.. Allah menguji aku.. Sabah.. langsung tak terlintas aku ditempatkan disini.. merintih aku untuk ke sana.. serabut memikirkan untuk ke sana.. aku sangat sedih.. bila memikirkan orang2 kesayangan aku.. sungguh.. aku sangat terasa.. sabah.. sangat jauh.. dan sejujurnya aku mendapat respon kehampaan dari sahabat karib aku.. yang sem

salam dari perantauan

Assalammualaikum.. ketika ini sudah seminggu di bumi sabah, kudat.. Alhamdulillah.. semuanya masih lagi indah.. kesulitan sedikit2.. insyaAllah boleh di atasi.. yang pasti Ramadhan kali ini tanpa ibu bapa.. kerana jauh di perantauan.. insyaAllah hujung Ramadhan pasti ketemu.. perasaan ketika ini.. tak sabar nak balik semenanjung!!! dua minggu sahaja lagi.. semoga diberi kekuatan untuk terus tinggal di sini.. p/s batasan internet tidak mengizinkan aku untuk terus update.. maaf~

future planning..

Image
Assalammualaikum.. bila dah habis belajar sebagai student degree.. dan insyaAllah bakal memulakan bekerja sebagai jawatan tetap.. rasanya dah boleh buat a few planning for future.. bekerja sebagai jawatan sementara ini menyukarkan sedikit untuk future planning.. choi.. padahal p joli ja.. huhu.. okay.. its time to get serious.. apa yang oenting tuk future planning adalah saving.. saving yang dimaksudkan adalah untuk kereta, sambung belajar.. dan mungkin juga untuk kawin.. dan untuk kegunaan pada masa akan datang.. firstly kereta.. setakat ni target suzuki swift.. hamboilaaaa.. kalau dikira, harganya mampu milik.. cuma down payment lah.. kena gigih siket.. okay.. kereta pon tak berani bawa ada hati nak beli kereta.. second thing is.. further study for master.. menyimpan sangat2 hasrat nak sambung master.. sebab? untuk tebus kelemahan diri masa degree.. mula2 ingat nak amik full class.. tapi maybe nak pertimbangkan mix mode..

smartphone saya.. review..

Image
Assalammualaikum.. masuk bulan Jun ini.. maka secara tidak langsungnya.. sudah hampir 4 bulan saya menggunakan smartphone.. blackberry curve 9380.. hanya satu2 curve touch.. dan pengeluarannya pon sudah dihentikan.. sebelum memiliki.. memang mencari2 model blackberry yang sesuai.. disebabkan keinginan untuk menggunakan touch screen.. pilihan yang ada hanyalah model Torch.. dan seorang sahabat memberikan pamplet curve 9380.. barulah saya tahu kewujudannya.. dan terus lock target.. setelah beberapa bulan.. barulah keinginan memiliki membuak2.. haha.. dan semasa hendak membeli.. handphone ini sudah dihentikan pengeluaran.. dan sangat sukar bagi saya mencari model ini di Penang.. kebetulan seorang sahabat saya di Kuala Lumpur.. memintanya menegokkan sekiranya ada.. dan memang ada ready stock di sana!! duit ditransfer.. dan beliau membelikan.. heee.. sebenarnya ada survey di Low Yat.. dan kebanyakkan adalah AP set.. maaf AP set tidak di

menanti penempatan

Assalammualaikum.. sekarang dengan berdebar2 nya menanti penempatan.. sungguh!! sangat berdebar.. nak interview dulu pon tak sedebar ini.. hahaha.. risau.. akan ditempatkan di seberang laut china selatan.. iyaa.. tau.. once dah pi sana nanti.. then kita akan belajar untuk adapt.. nak ka tak nak.. kenalah terima.. iyaaa.. saya tahu itu.. tapi hati berasa gundah gulana memikirkan itu.. tapi sekiranya rezeki saya di sana.. pasti ada hikmah disebalik.. ketika ini.. saya mengharapkan untuk ditempatkan disini.. tetapi seandaianya tetapan Allah dan rezeki saya di sana.. saya bersedia untuk berkhidmat di sana.. :) apa pon.. doakan terbaik untuk saya.. sangat cuak menanti penempatan yang hampir tiba..

fairy tale wedding

Assalammualaikum.. sekarang ni banyak benar musim orang kawin.. tak pasal2 kita pon jadi mangsa.. jadi mangsa kena tanya bila giliran.. haishhhh... tak mampu nak jawab.. tolong doakan lah yek.. bila tengok orang lain kawin.. mulalah berangan diri sendiri.. choi!! firstly.. majlis tunang.. kalau boleh nak as simple as I can.. just datang then bagi cincin ja.. tak perlu nak bermajlis bagai.. sekurang2nya jimat siket bajet.. kalau nak lagi jimat.. xpayah tunang bagai.. nikah ja terus okay.. opssss~ tak adalah nak menyusahkan sedara mara yang jauhhhhhh nak datang.. (boleh ka nak macam ni...) then majlis nikah.. hmmm.. akad nikah pagi.. sanding tenghari.. sanding tu pon just nak amik gambar.. xpayah nak berair mawar bagai.. itu semua bid'ah.. malam plak buat kenduri kesyukuran.. okay tak.. jimat siket belanja.. sekali harung ja.. hahahaha! tak kesah lah macam mana pon.. jodoh semuanya Allah yang tetapkan.. ag

book review :: Anthem by Hlovate

Image
Assalammualaikum.. cuti lepas sempat saya mengkhatamkan ANTHEM.. karya HLOVATE yang terbaru.. seperti buku2 nya yang terdahulu..  ANTHEM berkonsepkan seperti VERSUS dan CONTENGAN JALANAN.. mengisarkan tentang titik perubahan.. well.. nice penceritaannya.. tapi macam ada kurang sedikit.. tak seperti VERSUS dan CONTENGAN JALANAN.. seperti macam ceritanya dipotong..  apa2 pon ANTHEM memberikan pengalaman terhebat.. apabila menceritakan tentang kehidupan seorang nomad..  yang sering berpindah randah mengikut bapanya.. dan telah hilang jati dirinya.. kerana telah mengikut acuan di luar.. Dash.. tidak menyangka bahawa tindakan ibu bapanya menghantarnya pulang ke Malaysia.. telah menerbitkan rasa ketidak senangannya dengan persekitaran sekeliling.. apabila manusia di sekelilingnya lebih gemar men'judge' dirinya dari cara perwatakannya.. Dash menghadapi waktu2 sukar apabila sering di 'torture' oleh Lee ketika menyertai pasukan panc