Soalan SPM bocor...

Assalammualaikum..

Hari ini digemparkan dengan soalan matematik SPM dan matematik tambahan bocor..
Siapalah punya kerja bocorkan soalan ni..
Isk3..

Sedangkan security sangat terjaga..
Banyak prosedur yang perlu dilalui..
Biarlaaa.. Siapa yang punya kerja pon..

Semuanya berbalik pada integriti diri..
Eh bukan itu yang aku nak bebelkan di sini..

Isu nya disini soalan matematik dan matematik tambahan..

Bagi aku..
Disebabkan aku pelajar matematik..
Jadi aku tahu betapa toughnya ambil paper matematik..

Bagi aku..
Soalan bocor macam mana pon..
Kalau kau tak dapat konsepnya..
Still kau tak boleh jawab..
Sebab asas matematik kau perlu tahu serba serbi..
Kalau konsep asas kau boleh kuasai..
Datanglah soalan yang macam mana pun..
Mesti kau boleh buat..

Bagi aku matematik tak perlukan solan bocor..
Even di universiti pon..
Lecturer bocorkan soalan..
Still ramai yang tak boleh jawab..
Jadi apa asasnya?

Kita ambil contoh yang senanglah..
Bila mana peperiksaan akhir tahun..
Aku ingin membantu pelajar aku..
Aku membocorkan satu dua soalan..
But at the end..
Hmmmm..
Sabar ja lah..
Tak ramai yang boleh jawab..

Kalau soalan BM.. English..
Boleh lah kau pulon menghafal literature review..
Tapi matematik?
Iyaa.. Kau boleh hafal..
Tapi kalau bentuk nombor yang semacam datang..
Pasti tak boleh jawab..

Dan satu lagi..
Berbalik pada segala usaha..
Kalau kau ada soalan yang bocor sekalipun..
Kalau tak diizinkan Allah untuk kau tulis semula atas paper pada hari kejadian..
Still kau tak boleh skor..

Dan kalau kau dipermudahkan Allah untuk menjawab..
Pasti kau boleh jawab..

Oh.. Teringat aku cerita di universiti..
Kes soalan bocor..
Paper english..
Lecturer aku memberikan latihan sebagai final..
Dan aku sememangnya malas nak tengok semula..
Alih2 lepas exam..
Ada beberapa orang kawan bagitau..
Soalan sama sebijik macam latihan yang lecturer bagi..

See...
Bukan rezeki aku pon nak study benda tu..

Cuma menyedihkan bila kami kena reseat paper tu balik..
Sebab ada yang membawa ke pihak atasan..
Aku tak kisah pon sebenarnya pasal hal itu..
Aku hanya anggap sebagai rezeki mereka yang dapat..

Jadi..
Apa yang aku nak katakan..
Tak payah lah nak kecoh sangat dengan soalan bocor..
Kikikiki..

Till now..
Wassalam....

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..