Semoga kami sekeluarga tabah...

Assalammualaikum...

Ujian yang ditimpa pasti ada hikmahnya...
Itulah yang aku lihat apabila kami sekeluarga ditimpa ujian..

Bagi aku..
Aku terasa beratnya..
Walaupun aku hanya memerhatikannya..
Walaupun aku hanya mendengar berita..

Yang paling berat sekali adalah ibu bapa aku..
Dan juga adik aku sendiri..

Tiada kata2 yang dapat aku ungkapkan..
Aku terasa lemah sekali bila mana tidak dapat membantu apa2..
Kerna kami pun bukannya terlalu rapat..
Adik aku seorang yang sangat memendam..

Hatiku sangat pilu bila mengenangkan ujian yang ditimpanya..
Apatah lagi sekiranya melihat dia terlantar di katil hospital..
Aku tak betah untuk melihat semua itu..
Sesekali jatuh air mataku mengenangkannya..

Aku dapat lihat seolah2 dia tidk berdaya menampungnya..
Tapi tiada apa yang dapat aku katakan..
Aku hanya mampu berdoa dia mendapat kekuatan dalam meneruskan kehidupannya..
Dan aku juga harap ibubapa ku terus tabah..
Tabah dan sabar melayani adik aku yang agak keras sedikit..

Hanya doa sahaja yang mampu aku ungkapkan..
Dan sepanjang keberadaan aku disisi..
Aku cuba menemani nya..
Membawanya keluar dari rumah..
Menghirup udara yang segar..

Aku percaya..
Ini semua ujianNya..
Aku sendiri dapat melihat perubahan dalam keluarga aku..
Alhamdulillah..
Semoga suasana ini dapat berlanjutan..
Dan semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga..
Aku percaya akan ketentuanNya..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..