book review :: relasi mencari sahabat sejati

Assalammualaikum..

Alhamdulillah selesai mengkhatamkan..
Relasi.. mencari sahabat sejati..
hasil penulisan hilal asyraf..

apa yang boleh dikatakan..
wow!!
memang sungguh membuka mata tentang mencari sahabat sejati..
sedikit sebanyak memang rasa kena tembak.. huhuhu..


penceritaan tentang Saifullah..
yang cuba mengupas tentang istilah bersahabat..
di sekolah.. dia bertemu dengan seorang senior..
dan ukhuwah yang utuh terbina antara mereka..
sehinggalah konflik datang menguji..
yang mengakibatkan mereka berenggang..

persekitaran sekolah di dalam penceritaan juga..
sangat menyenangkan..
dengan penerapan Islam yang sangat utuh..

di saat aku mencari sesuatu untuk pemangkin..
Alhamdulillah.. buku ini sedikit sebanyak membuka mata hati aku..

*****************
manusia akan rasa kesunyian dan rasa sendirian apabila dia meletakkan pergantungan kepada makhluk..
apabila berasa sendirian, sepatutnya kamu sedar bahawa kamu sudah jauh daripada Allah

********************
sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh ke dalamnya...
sahabat ialah orang yang ingin beriringan dengan kamu ke syurga..
sahabat ialah mereka yang ikhlas menghubungkan silaturrahim denganmu dan tidak mengharapkan apa-apa dalam perhubungan kamu selain redha Allah semata-mata..
sahabat ialah mereka yang sentiasa mendekatkan diri kamu kepada Allah dan RasulNya..

********************
terlalu banyak erti sahabat yang dapat dipelajari..
ini sedikit sebanyak buat aku berfikir..

untuk mencari sahabat sejati..
kita sendiri dulu perlu menjadi sahabat sejati..

rasanya belum mencapai piawaian tersebut..
walaupun salu saja ungkap di kata..
tapi untuk bertindak sebagai seorang sahabat sejati..
yang akan terjun ke neraka untuk menyelamatkannya..
yang akan beriringan ke syurga..
yang akan mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul..
masih terlalu jauh..
sangat terlalu jauh..

apa2 pon..
buku ini sangat menarik..
baru saja selesai mengkhatam buku ini..
kemudian terdengar pula lagu sahabat selamanya - padi..

sahabat untuk selamanya..
bersama untuk selamanya..
kau dan aku sahabat..
untuk selamanya.. setia..

terasa meruntun jiwa ini..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..