kelas relief..

hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku selama 3 bulan menjadi guru praktikal.. aku nak berkongsi tentang kelas relief.. tahu kan, kelas relief ini, guru-guru dikehendaki untuk masuk ke kelas yang kelas tidak ada guru.. sama ada guru tersebut berkursus, cuti atau ada hal-hal tertentu..

masa dulu sekolah, cukup seronok kan kalau cikgu tak datang.. dan kita boleh buat suka hati.. kalau ada cikgu yang jaga masuk pun, kebiasannya akan disuruh buat kerja sendiri.. betul tak?? hehhee~


setelah menjadi guru praktikal.. aku merasakan cukup FOBIA dengan kelas relief.. malas betul nak masuk kelas dan menjaga kelas tersebut supaya tidak bising.. iyelah, aku pun pernah merasai masa mereka pada dahulu kala.. sekiranya guru mereka ada meninggalkan kerja, senanglah sikit nak menjaga pelajar-pelajarnya.. kalau tidak, jenuhlah.. tuntutan disekolah yang aku praktikal mengkehendaki guru-guru mengadakan aktiviti bersama pelajar.. aku sering saja menyuruh mereka membuat kerja masing-masing.. hahahaha!! kalau ada guru yang meronda, memang matilah aku.. hehe..

ada juga kadangkala, aku mendapat kelas yang aku ajar.. niat dihati, hendaklah sambung mengajar.. tapi, mereka merayu supaya aku mengajar hanya pada masa MATEMATIK.. aku terpaksa memujuk mereka untuk aku meneruskan pengajaran.. ada sahaja yang mogok.. suka hati kaulah pelajar.. dan aku menaburkan janji manis.. "kita belajar dulu, nanti kalau dah habis.. masa Matematik kita tak belajar eh".. mereka mengikut sahaja kemahuan aku.. masa Matematik, aku tetap mengajar juga.. hahha!! tak ada masa aku nak ikut kau wahai pelajar ku.. ada juga kadangkala, mereka meminta.. "cikgu, kita pergi bilik PINCH eh, boleh main".. aku hanya menurut sahaja kemahuan mereka.. boleh jugak aku tumpang sekaki main congkak ka karom ka.. hehehe~ dan seringkali, aku membuat kuiz dengan mereka.. bosan juga eh jaga kelas mereka ni..


pengalaman aku juga selain kelas relief.. aku dapat relief blok.. terkejut badak kot masa aku dapat tahu aku kena relief blok.. mesti semua tertanya apa itu relief blok kan.. relief blok ni kebiasaannya apabila ramai guru yang tak ada.. kebetulan masa aku jaga, musim peperiksaan PMR.. ramai guru yang menjadi pengawas peperiksaan.. dan banyak kelas yang tidak mempunyai guru.. itu sebablah adanya relief blok.. aku diberikan sehelai kertas.. kiranya untuk laporan.. melaporkan kelas mana yang ada guru dan tidak ada guru.. dan apa tindakan aku.. semasa aku relief blok, ada 4 kelas bersebelahan yang tidak mempunyai guru.. waaahhh.. mati aku kot nak pantau kelas..

haa.. itulah dia tentang kelas relief.. kadang-kadang bosan jaga kelas relief ni.. kadang-kadang ok.. depends keadaan juga..

**tiba-tiba macam rindu nak masuk kelas pula.. hahaha!!

Comments

Popular posts from this blog

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

book review :: relasi mencari sahabat sejati