ada berani tegur?

kalau ada kesalahan dan kesilapan.. seringkali akan ada yang menegur..
TAHNIAH! 
sekiranya anda pernah menegur mereka yang melakukan kesilapan..
bukan mudah untuk menegur mereka yang melakukan kesilapan..

dalam hal kerja..
sudah tentu akan ditegur..
demi menjaga reputasi dan meningkatkan semula konsistensi..
ramai yang senang sekali untuk menegur mereka yang membuat salah dalam hal kerja..
kerana itu demi kepentingan sendiri..

tapi.. bagaimana pula dalam hal agama?
ternyata hal agama bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan..
dan untuk menegur mereka yang membuat salah adalah perlu..
kerana kita sudah faham dan mengerti hukum hakam yang telah terkandung di dalam al-Quran..
tetapi..
berapa ramai yang sanggup menegur mereka?
kawan anda yang melakukan perkara yang salah disisi agama..
adakah anda akan tegur atau membiarkan sahaja?
kadang2 kita hanya mampu melihat sahaja..
jauh sekali untuk menegur dan memperbetulkan mereka..
bimbang nanti akan diperkata kembali..


perkara yang salah ini jangan pula hanya memandang perkara yang besar..
seperti judi, minum arak dan berzina..
malahan perkara yang sangat sinonim..
buka aurat, solat, puasa..
yang seringkali kita pandang remeh..

ya.. bukan mudah untuk menegur mereka..
dan untuk menegur pula perlu dilakukan secara hikmah..
supaya tiada yang terasa hati..
dan pastikan juga kita tidak melakukan perkara tersebut sebelum menegur mereka..
dan kuatkanlah hati untuk menegur mereka..
dan semoga mereka akan sedar dan berubah dan meninggalkannya..

pernah ada kawan berkata padaku..

"jangan berharap mereka berubah apabila telah menegur"

tipulah sekiranya kita tak pernah mengharapkan perubahan daripada mereka..
itu fakta.. hehe..

**pernah menegur seseorang dan berharap semoga dia kembali berubah.. dan mencari ruang untuk menegur seseorang..
** pernah ditegur oleh seorang sahabat.. SYUKRAN.. tegurlah sekiranya ada yang diri ini terbabas..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..