Skip to main content

2 guru 1 kelas..

sesiapa yang ada baca surat khabar baru-baru ini pasti sedar akan isu ini.. sebagai seorang bakal guru.. isu ini sangat menarik perhatian aku.. hehe..

sila lawat SINI untuk berita penuh..


2 guru 1 kelas.. ini adalah salah satu cadangan untuk menangani isu beban guru.. guru pembantu akan ditempatkan dalam kelas yang melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah.. guru pembantu ini tidak mengambil peranan sepenuhnya sebagai guru tetapi hanya membantu tugas sampingan.. seperti memasukkan data markah peperiksaan sekolah, mengawal disiplin murid dan menjaga kebajikan murid serta memudahkan guru memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran..

ini hanyalah cadangan yang dikemukakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).. dan kerajaan juga ada memaklum balas untuk syor menempatkan dua guru dalam satu kelas ini.. kerajaan memberi maklum balas bahawa, belum bercadang untuk melaksanakannya dan masih belum bersedia melaksanakannya atas faktor kewangan dan penjawatan..

walaubagaimanupun isu ini sangat menarik bagi pihak guru.. daripada apa yang aku dapati daripada hasil pembacaan.. aku dapati ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.. masing-masing melihat daripada mata masing-masing..

dan bagi aku sendiri.. mungkin aku kurang bersetuju.. sekiranya matlamatnya untuk memudahkan guru memberi penumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, adalah lebih elok sekiranya kelas saiz dikurangkan.. guru akan lebih mudah memberi tumpuan kepada pelajar dengan saiz kelas yang lebih kecil.. dan pelajar juga akan berasa kurang terganggu dengan rakan-rakan yang lain.. 


 penempatan pembantu guru  ini juga dapat dilihat sebagai cara untuk membantu guru.. guru dapat memberi penumpuan yang jitu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.. tanpa diganggu akan hal  kebajikan pelajar dan sebagainya.. mungkin pembantu guru ini tidak seharusnya terdiri daripada kalangan guru sendiri..

2 orang guru di dalam satu kelas juga boleh dilihat sebagai suatu yang menyerabutkan sekiranya mereka tidak dapat saling bekerjasama.. walaubagaimanapun, mungkin peranan dan tanggungjawab untuk guru boleh diperincikan sekiranya syor ini hendak dilaksanakan..

ok.. ini adalah pendapat aku.. jadi, apa pendapat anda?


Comments

  1. adkh ini bermaksud setiap mase...akan ad 2 guru dlm klas?

    ReplyDelete
  2. erkk.. mungkin juga.. ntahlah.. xtaulah nak cakap.. baru disyorkan..

    ReplyDelete
  3. cam xbest je...mcm jd lecturer lah plak....

    ReplyDelete
  4. 2 orang guru dalam 1 kelas nnti jadi carca marba kelas tu.. hehe.. bek kecilkan size kelas je

    ReplyDelete
  5. @ cik su

    yupp.. betul2.. better kecilkn saiz kelas..

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku selama 3 bulan menjadi guru praktikal.. aku nak berkongsi tentang kelas relief.. tahu kan, kelas relief ini, guru-guru dikehendaki untuk masuk ke kelas yang kelas tidak ada guru.. sama ada guru tersebut berkursus, cuti atau ada hal-hal tertentu..

masa dulu sekolah, cukup seronok kan kalau cikgu tak datang.. dan kita boleh buat suka hati.. kalau ada cikgu yang jaga masuk pun, kebiasannya akan disuruh buat kerja sendiri.. betul tak?? hehhee~


setelah menjadi guru praktikal.. aku merasakan cukup FOBIA dengan kelas relief.. malas betul nak masuk kelas dan menjaga kelas tersebut supaya tidak bising.. iyelah, aku pun pernah merasai masa mereka pada dahulu kala.. sekiranya guru mereka ada meninggalkan kerja, senanglah sikit nak menjaga pelajar-pelajarnya.. kalau tidak, jenuhlah.. tuntutan disekolah yang aku praktikal mengkehendaki guru-guru mengadakan aktiviti bersama pelajar.. aku sering saja menyuruh mereka membuat kerja masing-masing.. hahahaha!! k…

perbezaan PRU 13 dan PRU 12 mengikut parti (parlimen)

Assalammualaikum..
nampak gayanya masing2 sudah mengetahui keputusan PRU 13.. tahniah kepada yang telah menang.. dan yang kalah jangan putus asa.. cuba lagi PRU 14.. heeee..
okay.. di sini saya hanya hendak membuat perbandingan parti yang menang.. dan sila analisis sendiri.. hehehe...

klik SINI untuk peringkat DUN
PRU 12PRU 13P1PADANG BESARBNBNP2KANGARBNBNP3ARAUBNBNP4LANGKAWIBNBNP5JERLUNBNBNP6KUBANG PASUBNBNP7PADANG TERAPPASBNP8POKOK SENAPASPASP9ALOR SETARBNPKRP10KUALA KEDAHPKRPKRP11PENDANGPASBNP12JERAIPASBNP13SIKPASBNP14MERBOKPKRBNP15SG PETANIPKRPKRP16BALINGPASBNP17PADANG SERAIBEBASPKRP18KULIMBEBASBNP19TUMPATPASPASP20PENGKALAN CHEPAPASPASP21KOTA BHARUPASPASP22PASIR MASBEBASPASP23RANTAU PANJANGPASPASP24KUBANG KERIANPASPAS

senarai tampal??

ehem.. budak2 UTM sekarang neh tengah kecoh dengan SENARAI TAMPAL.. yeah.. senarai tampal.. gerun.. gerun.. gerun..
apa2 pun senarai tampal.. kau keluar ka tak.. aku tak kisah langsung.. huhu..
aku tak nak tengok kau lagi.. even result yang sebenar pon aku tak nak tengok.. huhu.. sendiri tau resultnya akan teruk.. sendiri juga tak nak terima hakikat.. aishhhhh~ parah2..
yang pasti sila JANGAN tanya aku apa RESULT aku. itu sahaja yang aku nak bagitau.. thank you~