kisah pelik adik aku untuk balik~

kebiasannya selepas habis final exam.. apa yang kita akan buat?? mestilah semangat berkobar-kobar nak balik rumah.. rindu emak dan ayah.. haha.. iyelah sangat kan.. tiket nak balik dah beli awal-awal.. sesetengah tuh barang semua dah siap packing.. sok ni habis exam, malam neh dah kemas barang semua.. punyalah excited kan tak terkira.. kalau barang nak kena simpan dalam stor.. awal-awal lagi dah mencari kotak..



kisah pelik adik aku..

paper terakhir 29hb.. 28hb mak aku telefon.. bila nak balik? kena balik sebelum 30hb.. adik aku dengan selambanya, tiket tak beli lagi mak.. errrkk.. mau terkejut aku.. kalau aku dah gelabah dah.. dan nak dibuatnya cerita dia terpaksa kosongkan bilik.. dapat notis kena kosongkan bilik.. tapi, kotak semua tak mencari lagi.. waaahh.. cemerlang gila.. katanya lepas habis periksa nanti baru nak pergi beli tiket dan mencari kotak.. adoyaii.. sabarlah aku melayan karenah adik aku.. nasiblah aku tak ada kat johor sana.. kalau tak, mahu aku mengamuk kat dia..

orang lain excited nak balik.. dia pula buat endah tak edah jek.. ish3.. pelik sungguh adik ku ini.. nanti bila aku ada sekali, tengoklahh.. hehe.. tunjuk belang sebagai kakak pula..

sabarlah hati~

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..