Posts

Showing posts from September, 2010

trust & kepercayaan..

menurut Wikepedia..  Kepercayaan  secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan. Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih. kepercayaan adalah sesuatu yang sangat subjektif.. dalam cerita Mann.. ada disebutkan  " mudah untuk mendapatkan kepercayaan seseorang dan lebih mudah untuk mengkhianati kepercayaan itu, tetapi adalah sukar untuk mengekalkan kepercayaan terhadap seseorang"  ada benarnya apa yang diperkatakan itu.. susah sebenarnya kita nak mengekalkan kepercayaan kita terhadap seseorang..  dalam apa

kawan yang baik..

tentang seorang kawan yang baik.. niat aku hanya sekadar untuk berkongsi..  dah lama aku jumpa benda neh.. dan sememangnya ayat-ayat ini memberikan aku semangat untuk menjadi dan mencari kawan yang baik.. bukannya senang hendak mencari kawan yang baik.. bukan senang juga hendak menjadi kawan yang baik.. aku mengakui ayat ini.. sangat susah untuk mencari seorang kawan yang baik.. dan sangat susah juga sebenarnya hendak menjadi seorang kawan yang baik.. kita seharusnya terlebih dahulu menjadi kawan yang baik sebelum mendapat seorang kawan yang baik.. ramai yang mengharapkan untuk mencari seorang kawan yang baik.. tetapi bagaimana pula sekiranya dia sendiri tidak menjadi seorang kawan yang baik?? sangat penting untuk kita menjadi seorang kawan yang baik supaya kita dapat mencari kawan yang baik..  kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.. kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.. sebaliknya, kawan yang baiklah yang paling banyak membantu ka

selamat hari raya aidilfitri..

Image
dikesempatan ini.. aku ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf kepada.. keluarga terdekat.. kawan2 SK Sungai Ara, P.Pinang.. (1996-2001) rakan2 SMKA (P) AlMashoor, P.Pinang (2002-2006) kawan seperjuangan PLKN kompeni Bravo, Kumpulan 1, Siri 4, Tahun 2007.. Kem Rekreasi Belia Baling, Kedah.. rakan sepraktikum, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2007/2008) kenalan2 Universiti Teknologi Malaysia, (2008/2012) warga SMK Kota Kulai.. (2010) sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata yang terkesan di hati.. diharapkan dapat memaafkan diri ini.. semoga lebaran kali ini membuka satu lembaran baru di dalam hidup kita.. selamat menyambut hari raya aidilfitri..  maaf zahir dan batin.. ikhlas.. Nur Aainaa Muhammad..

sekadar renungan~

malam ini merupakan malam Ramadhan yang terakhir.. insya-Allah.. bagaimana dengan amalan yang telah kita lakukan pada Ramadhan kali ini?? adakah benar2 cukup untuk menandingi Ramadhan sebelum ini?? ataupun hanya sekadar sahaja?? tiada gunanya kita menyesali sekiranya kita tidak dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan sewajarnya.. apa yang mampu ialah berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan lagi.. Ramadhan yang terdapat banyak kelebihannya.. tersangat rugi kiranya tidak mengejar satu persatu kelebihannya.. iyaa.. aku merasa sangat rugi apabila tidak dapat mengejar kelebihan2 di bulan Ramadhan ini.. terawih hanya seminggu awal puasa sahaja.. kemudian, kadang2 sahaja.. tadarus plak.. jangan cakaplah.. ntahlah, kenapa Ramadhan kali ini sangat teruk bagi ku.. ku mengharapkan dapat lagi bertemu dengan Ramadhan pada akan datang.. dan berusaha untuk mengejar kelebihan di bulan Ramadhan.. insya-Allah jika ku berkesempatan.. aku sangat menantikan Ramadhan yang akan datang...

saat yang dirindui~

setelah hampir 3minggu berpuasa di rumah sewa.. dengan housemate2 ku.. najua, sherry ngan aida.. sahur yang simple.. itu pon kalau bagunlah.. hehe.. nasi putih dengan telur goreng.. muahhh.. kadang2 ada telur masin.. kalau rajin cket, goreng ikan masin.. cukuplah tuh.. tambah 2 kali tuh.. itu kalau malas beli ah.. kalau beli pon, beli ayam percik.. tak pon ayam goreng ka.. kalau berbuka plak, lepas habis sekolah berjalan p bazar kat depan tuh.. kadang2 singgah jugak kat Temenggung.. nasi beryani dia memang umpphhh lah.. hehe.. itu ceritanya bila berpuasa dengan housemate2.. tapi, dua tiga hari yang lepas.. terlerailah rindu untuk berpuasa dengan keluarga.. yeszzzaa.. sahur2 mak gerak, so sah2 memang akan sahur.. dengan lauk yang best2.. umphhhh.. berbuka plak, macam2 ada.. mintak jek nak apa.. petang2 nanti sibuk sikit.. iyelah kena masuk dapur.. jenguk2 tengok apa yang boleh ditolong.. best2.. tapi, apa yang paling dirindui... berpuasa di Penang.. huhuhu.. harapnya adalah Ramadh

4 september yang lepas~

disebabkan tidak sempat untuk post blog.. aku tetap nak post neh walaupun sudah 4 hari yang lepas.. 4 september yang lepas.. hari jadi ku yang ke-21.. sweet 21.. sweet ka?? hehe.. anyway, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah wish aku di malam itu.. sama ada secara mesej ataupun facebook.. terima kasih sangat2 diatas ucapan semua itu.. dan aku hanya meraikannya dengan sederhana sahaja.. iyelahkan bulan posa.. tambah pula, parents aku sampai johor hari sabtu tuh jugak.. itu semua tak kisah.. yang penting, menyambutnya dengan yang tersayang.. ;) dalam sedar tak sedar, umur pon dah menjangkau 21 tahun.. alhamdulillah, aku diberikan kesempatan untuk hidup lebih lama lagi di dunia ini.. insya-Allah, sekiranya ada umur yang panjang, bertemu lagi dengan 4 september akan datang..  apa yang amat aku harap ialah aku tidak lalai dalam tanggungjawab terhadapNya.. seringkali kadang2 kita lupa dan alpa terhadapNya.. aku harap aku dapat meluangkan lebih banyak masa denganNya
never thought it happened.. but its happened.. really need to cope the situation.. because it is not supposed to be like that.. just give some times.. just give some spaces.. really need to breath.. i'll try my best to cope.. i'll try my best to give what i can give..