trust & kepercayaan..

menurut Wikepedia.. Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan. Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.

kepercayaan adalah sesuatu yang sangat subjektif.. dalam cerita Mann.. ada disebutkan 
" mudah untuk mendapatkan kepercayaan seseorang dan lebih mudah untuk mengkhianati kepercayaan itu, tetapi adalah sukar untuk mengekalkan kepercayaan terhadap seseorang" 
ada benarnya apa yang diperkatakan itu.. susah sebenarnya kita nak mengekalkan kepercayaan kita terhadap seseorang.. 

dalam apa2 perhubungan sekali pun, kepercayaan adalah sangat penting.. tidak kira antara keluarga, kekasih mahupun antara sahabat.. kepercayaan adalah kunci dalam sesuatu perhubungan.. contohnya, kalau dalam keluarga, ibubapa seharusnya memberi kepercayaan kepada anak2 untuk berbuat sesuatu seperti keluar dengan kawan2.. kalau ibubapa tidak mempercayai anak2 mereka, maka anak2 mereka akan terperap jek kat rumah dan tidak bergaul dengan kawan2nya.. sama jugak bagi sepasang kekasih.. si perempuan memberi kepercayaan kepada pakwenya untuk membina mahligai indah bersama..  bagi sahabat pula, menaruh kepercayaan terhadap sahabatnya supaya tidak membelakanginya.. itu adalah antara contoh2..

dalam hidup ini.. kita tidak dapat lari daripada memberi kepercayaan dan diberi kepercayaan.. kepercayaan yang diberi seolah2 adalah amanah.. amanah yang diberi yang seharusnya dijaga dengan baik.. pepatah ada menyebut.. "lembu dipegang pada talinya, tetapi manusia dipegang pada janjinya" 


berilah jua kepercayaan kepada yang lain.. kerana tidak hidup dalam bermasyarakat yang memerlukan kita untuk mempercayai orang.. tiada ruginya untuk mempercayai orang.. malah, kadang2 kita akan mendapat kebaikan.. 


tetapi.. kadangkala, kita tidak terlepas jua dari memungkiri kepercayaan tersebut.. samada dalam keadaan sedar ataupun tidak..

 terasa sakitnya apabila kepercayaan yang diberi telah dimungkiri.. lebih sakit lagi apabila setelah dimungkiri kepercayaan itu, dilepaskan segala tanggungjawabnya tanpa rasa bersalah.. iyaaa.. sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas membuat kesilapan.. kemaafan dipinta, kemaafan jualah yang diberi dengan harapan semoga disesali apa yang telah berlaku.. 

mendapatkan kembali kepercayaan seseorang yang telah dimungkiri adalah sangat sukar.. ada yang mengambil sekejap sahaja masa.. dan ada juga yang mengambil masa bertahun2.. malah mungkin ada juga yang mengambil masa selama-lamanya..


sesetengah mempercayai dalam peluang kedua.. tetapi peluang kedua yang diberi mungkin tidaklah seteguh sebelum itu.. bagi sesetengah yang tidak mempercayai peluang kedua, bagaimana pula.. hanya diri masing2 yang ada jawapan itu..

apa yang boleh diperkatakan.. jangan memberi kepercayaan 100% pada seseorang.. simpanlah sedikit untuk diri sendiri supaya apabila kepercayaan dimungkiri, kita mampu untuk bangun kembali.. dan sekiranya kita diberi kepercayaan, berusahalah untuk mengekalkannya.. (pandainya cakap kat sini.. tapi praktiknya.. hampeh.. haha!)

hanya "setitik nila, rosak susu sebelanga" itulah umpamanya.. hanya kerana kepercayaan dipersoalkan.. retaklah sesuatu perhubungan.. berusahalah untuk mengekalkan kepercayaan seseorang..


Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..