kawan yang baik..

tentang seorang kawan yang baik..
niat aku hanya sekadar untuk berkongsi..
 dah lama aku jumpa benda neh..
dan sememangnya ayat-ayat ini memberikan aku semangat untuk menjadi dan mencari kawan yang baik..

bukannya senang hendak mencari kawan yang baik..
bukan senang juga hendak menjadi kawan yang baik..
aku mengakui ayat ini.. sangat susah untuk mencari seorang kawan yang baik.. dan sangat susah juga sebenarnya hendak menjadi seorang kawan yang baik.. kita seharusnya terlebih dahulu menjadi kawan yang baik sebelum mendapat seorang kawan yang baik.. ramai yang mengharapkan untuk mencari seorang kawan yang baik.. tetapi bagaimana pula sekiranya dia sendiri tidak menjadi seorang kawan yang baik?? sangat penting untuk kita menjadi seorang kawan yang baik supaya kita dapat mencari kawan yang baik.. 
kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya..
kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya..
sebaliknya, kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan..
iyaa.. kawan yang baik tak pernah mengumpat dibelakang kawan baiknya kerana dia ialah kawan baiknya.. dia seharusnya menjaga nama baik kawan baiknya.. dan bukannya memburuk-burukkan.. dan kawan yang baiklah sentiasa membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan bukannya cemburu akan kejayaannya.. kerana apa?? kerana kawan yang baik sentiasa ingin melihat kejayaan kawan baiknya..
kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia..
kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat baik..
kawan yang baik tak akan memenpengaruhi kawan baiknya melakukan perkara yang buruk dan sia-sia.. malah dia akan menegur kawan baiknya sekiranya melakukan perkara yang buruk dan sia-sia.. kerana, kawan yang baik sayang akan kawan baiknya dan tidak mahu kawan baiknya melakukan perkara yang buruk.. kawan yang baik akan berasa sedih sekiranya kawan baiknya melakukan perkara yang buruk.. dan apabila ditegur, kawan yang baik akan menerima dengan hati yang terbuka.. kerana, dia tahu kawan baiknya sayang akannya dan tidak ingin dia berterusan melakukan perkara yang buruk..
kawan baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira..
kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa..
kerana kawan baik tahu apa yang kita mahukan.. dan tahu bagaimana hendak menenangkan kita diwaktu sedih.. dan kawan baiklah yang memberi semangat yang kawan biasa tidak dapat berikan..
kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya..
kerana dia tidak mahu menyusahkan kawan baiknya dengan sentiasa berada disisinya.. cukuplah hanya berada apabila diperlukan.. dan kadang-kadang kawan baik tidak dapat berada disisi kita semasa diperlukan.. sebab itulah seorang kawan yang baik tidak akan memaksa kawan baiknya sentiasa berada disisinya.. dan sangat beruntung kiranya kawan baiknya dapat sentiasa berada disisinya..
kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik..
kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik..
kerna..
kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya..
kerana kita kawan yang baik dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk kawan baik kita, kita seharusnya sentiasa menyokongnya.. tidak bermakna dengan mempunyai kawan yang baik, kita akan dilupakan.. tetapi, yakinlah bahawa kita tidak akan dilupakan kerana kita adalah kawan baiknya.. 

sesungguhnya bukan senang untuk mencari dan menjadi kawan yang baik.. adalah perkara biasa pergaduhan sesama kawan baik.. apa yang penting ialah tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku.. semoga daripada pergaduhan itu, masing-masing dapat memperbaiki diri masing-masing untuk terus berkawan baik..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..