4 september yang lepas~

disebabkan tidak sempat untuk post blog.. aku tetap nak post neh walaupun sudah 4 hari yang lepas..

4 september yang lepas.. hari jadi ku yang ke-21.. sweet 21.. sweet ka?? hehe..
anyway, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah wish aku di malam itu.. sama ada secara mesej ataupun facebook.. terima kasih sangat2 diatas ucapan semua itu..

dan aku hanya meraikannya dengan sederhana sahaja.. iyelahkan bulan posa.. tambah pula, parents aku sampai johor hari sabtu tuh jugak.. itu semua tak kisah.. yang penting, menyambutnya dengan yang tersayang.. ;)

dalam sedar tak sedar, umur pon dah menjangkau 21 tahun.. alhamdulillah, aku diberikan kesempatan untuk hidup lebih lama lagi di dunia ini.. insya-Allah, sekiranya ada umur yang panjang, bertemu lagi dengan 4 september akan datang.. 

apa yang amat aku harap ialah aku tidak lalai dalam tanggungjawab terhadapNya.. seringkali kadang2 kita lupa dan alpa terhadapNya.. aku harap aku dapat meluangkan lebih banyak masa denganNya.. dan semoga dengan hidayahNya apa yang dilakukan akan seiring dengan apa yang dikehendakiNya..

aku juga berharap, agar aku sentiasa tabah dalam menghadapi dugaanNya.. dan mengharapkan agar dapat mengubah diri ini kepada yang lebih baik.. aku juga harap, dapat mencapai cita2 ku yang satu yang sedang dalam proses.. semoga aku dapat menjadi seorang guru yang tidak jemu untuk berbakti kepada anak bangsanya.. Insya-Allah..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..