Friday, December 27, 2013

selamat pulang... selamat kembali..

Assalammualaikum..

cuti hampir tamat..
30hb ini bermula meeting..
maka..
telah pulang lah aku ke tanah yang memberi rezeki..

Alhamdulillah..
selamat tiba..
ketibaan aku di sambut hujan yang lebat..
yaa.. hujan yang lebat..
seperti hatiku dilanda ribut.. cehhh..

sedikit kecewa kerana ada urusan tidak dapat diselesaikan..
InsyaAllah akan kembali ke kota kinabalu untuk diselesaikan..
semoga dipermudahkan urusanNya..

tibanya di Sabah..
aku terasa..
terasa sepinya aku..
terasa kosongnya hati aku..
hmmm.. itu belum lagi tiba saat itu..
pasti lagi aku terasa..

keberadaan jauh dari sana..
sememangnya buat aku terasa..
terasa sangat jauhhhhh..
apa daya aku..
Allah telah tetapkan rezeki aku disini..

keseorangan ini membuatkan aku berfikir banyak perkara..
lebih2 lagi tentang hati..
kau begitu degil ya hati..
semoga aku dapat melupakan keributan hati apabila buka sekolah nanti..

aku harap aku dapat menyibukkan diri aku..
melupakan lara di hati..
sehingga suatu hari nanti..
suatu masa..
untuk aku kembali memikirkan tentang hati..

buat masa sekarang..
biarlah..
aku sendiri..
melayan kesepiaan hati..

Thursday, December 26, 2013

menutup jalan kah aku?

Assalammualaikum..

sering aku terfikir..
apakah aku menutup jalan untuk bertemu jodoh?

persoalan terjadi apabila kami berkumpul dan membincangkannya..

aku akui..
aku seorang yang bukan mudah untuk membuka jalan kepada seseorang..
tapi kata mereka..
aku perlu membuka jalan..
jodoh tidak akan datang jatuh dari langit..

tapi sebenarnya aku percaya yang memang jodoh itu akan jatuh dari langit..
hahahaha..
jodoh yang tanpa kita sedari..
yang akan datang dengan sendirinya..
dah macam fairy tale plak rasa..
hahaha..

dan usaha..
aku percaya usaha itu..
kepada memperbaiki diri kepada lebih baik..
tapi ada sesetengah berpendapat..
usaha itu kepada mengenali yang lain..
hmmmm..

entahlah..
aku sendiri tak tahu nak berkata tentang ini..
sebab aku mengamalkan dasar tutup pintu..
hahaha..
bukannya dasar tutup pintu sangat..
tapi aku lebih suka mengenali seseorang secara natural..
untuk secara maya..
aku kurang selesa..
dan untuk sebab tu laaa..
aku kena label tak terbuka..
huhuhuhu... T_T
tapi bukannya aku mengamalkan dasar tutup pintu sangat..
depends pada cara approach..
hahhaa..
mengada!!

seriously..
aku rasa benda tu jauh lagi..
untuk bertemu dengan seseorang yang telah dijodohkan..
tapi orang kata..
jangan pandang jauh..
salunya akan dapat yang orang yang dekat dengan kita saja..
hmmmmm...

buat masa sekarang..
sungguh!!
aku tak fikirkan pon lagi..
entah kenapa..
ketika ini aku hanya ingin bersendiri saja..
kerana hati aku ketika ini..
terasa kosong..
sekosong kosongnya..

seseorang pernah cakap kat aku..
bagi peluang untuk diri aku..
apa yang boleh aku kata..
biarlah rasa itu datang sendiri..
aku tak mahu paksa ianya hadir..
kerna..
terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan...

Tuesday, December 17, 2013

Semakin pantas waktu berlalu

Assalammualaikum...

Dalam tak sedar..
Semakin pantas masa berlalu..
Semakin menghampiri waktu itu..
Waktu yang mana tak ingin aku lalui..
Tak ingin aku tempuhi..
Pilu hati bila mengenangkan masa itu bakal tiba..
Sedangkan dia..
Menghitung saat bahagia..
Ohhh.. Alangkah tidak adilnya 

Perih hati aku..
Walaupun berkali sudah ku kata pada diriku..
Penat sudah ku pujuk diriku..
Tapi aku hanya aku..
Tidak sekuat mana pun..
Hanya linangan air mata menjadi peneman tidurku kala ini..

Aku seolah sudah kehilangan kesemuanya..
Kehilangan diri ku..
Kerna selama ini aku agak bergantung padanya..
Walaupun tidak sepenuhnya..
Kerna juga selama ini aku yang menjaganya..
Mana mungkin untuk aku melepaskannya..

Pasti kenangan saja yang akan menemaniku selepas ini..
Mungkin juga dia perlukan aku selepas itu..
Namun aku pasti tidak seperti sebelumnya..
Semuanya pasti berubah..

Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan..
Hanya doa...
Yang sentiasa mengiringinya..
Tak kira di mana saja dia berada..

Lirih jua hatiku untuk memeriahkan majlisnya..
Pilu untuk katakan iya menghadirkan diri..
Kerna itu sering saja aku katakan aku tidak akan datang..
Bukan niat untul tidak datang..
Tapi untuk aku menenangkan hati aku..
Menyenangkan hati aku..
Tapi aku tahu..
Kau sangat perlukan aku waktu itu..

Dan selepas itu..
Biarlaj aku membawa diriku..
Mencari semula erti hidup ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...