Posts

Showing posts from January, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA

Image
dengan itu.. aku nak bagitau kat hangpa semua.. yang aku blogger utagha! dan untuk pengetahuan hangpa.. aku asai dari penang.. tapi lani blajaq kat johor.. apa2pon.. aku masih lagi orang penang.. hehe~ okay2.. sapa2 rasa yang dia asai dari perlis, kedah, penang dan perak.. pakat2 join eh.. ke SINI lah untuk maklumat lanjut..

most memorable moment contest~

Image
kali ini..  aku nak join satu contest.. menarik bagi aku.. anyway, thanks to en Areef kerana sudi menjemput.. okay.. untuk itu.. aku perlu upload satu gambar yang ada most memorable moment.. oleh itu.. aku mempertaruhkan gambar ini.. aisehhh.. huhu.. nampak ceria kan?? yeahh.. itulah moment terakhir kami bersama.. malam graduasi KMPP 07/08.. mereka berdua merupakan antara teman rapat aku disana.. ema dan putri.. tak mungkin aku akan melupakan kamu berdua.. kerana kamu berdua banyak membantu.. bukan saja dalam pelajaran.. tapi.. ketika dalam kesusahan juga.. kini.. masing2 sudah jauh.. walaupun aku masih belajar satu universiti dengan ema.. tapi, kami juga akan berpisah.. ema sudah tahun terakhir.. aku pula masih berbaki satu tahun lagi.. putri jauh di UKM.. hanya penghubung di YM sahaja.. dan seringkali berkongsi masalah.. pernah sekali aku berYM dengannya.. meluahkan perasaan hingga menangis.. dan dia juga turut menangis di sana.. okay, tak mahu memanjangkan post ini.. dan t

melawat Penang..

Image
baru2 ini ada saudara aku dari Johor datang melawat ke Pulau Pinang.. mereka datang mengikuti rombongan Felda.. dan sudah tentunya aku dan keluarga aku mengambil kesempatan untuk bertemu dengan mereka.. sambil bertemu.. sambil melancong di penang.. wahaha.. orang penang sendiri juga nak melancong di negeri sendiri.. mula2 sekali.. rumah P. Ramlee.. kali terakhir aku pergi.. mungkin masa aku masih kanak2 lagi.. jadi.. kali ini aku mengambil peluang untuk melawat tempat sekeliling.. apa yang ada? rumah beliau..  dan ada beberapa barangan peribadi beliau turut dipamerkan.. selepas itu.. ke masjid terapung.. percayalah cakap aku.. aku tak pernah pergi pon lagi.. hahaha.. solat Asar disitu dan kemudian bersiar2 di kawasan perkarangan masjid.. kemudian, rombongan bas ke Batu Feringhi.. aku dan keluarga tidak menyertai.. perlu balik ke rumah dan menjemput mereka ke rumah.. dalam perjalanan pulang ke rumah.. singgah sebentar di Padang Kota Lama.. bungkusk pasembor.. dah lama kot aku ta

masa untuk balas dendam..

Image
masa yang seminggu ini.. akan aku gunakan untuk BALAS DENDAM.. yeahhhh!!! disebabkan kelajuan wifi dan kelajuan broadband yang cukup cukup meyeksakan jiwa aku semasa di UTM.. banyak aktiviti online aku terpaksa dikawal.. jadi masa di UTM.. aku hanya fokus pada blogging saja.. itu pun.. nak blogwalking susah.. kadang2 tak boleh nak update.. huhu.. sesak betul rasanya.. facebook jangan cakaplah.. aku jarang buka.. slowwwwwwww sangat.. segala game aku terpaksa lupakan.. jadi.. cuti seminggu ini.. akan dimanfaatkan sepenuhnya.. hehe.. blogging+ blogwalking sepuas2nya.. dan main game di facebook.. TAPI.. assignment jangan dipinggirkan pula.. kerja2 persatuan pun ada yang perlu diberekan.. so, semuanya perlu diplan dengan teliti dan cermat.. supaya semuanya dapat dibereskan.. assignment selesai.. hati pun puas dapat blogging dan blogwalking.. ohh yeahh, main game juga.. hehehe..

Alycia 1st Giveaway

Image
dah lama aku tak join Giveaway.. kali ini aku nak join GA oleh alycia .. okay.. itu banner nya.. dan sudah followed!! ohh.. itu saja yang diperlukan.. jom2.. tamat 31hb Januari.. kalau berminat.. bolehlah ke SINI ..

wishlist ditunaikan dengan serta merta

petang tadi masa tengok televisyen.. aku terlihat satu rancangan.. yang dihoskan oleh Alex Raja Lawak tuh.. erkk.. warung kita eh? entahlah.. aku tak pasti pula.. ternampak pula aku ikan bakar.. waaahh.. terliur kot.. lantas aku bersuara kepada mak aku.. "dah lama tak makan ikan bakar" waaahh.. set induksi yang bagus.. hahaha.. mak aku pun cakaplah.. nak sedap makan kat teluk tempoyak.. tapi nak tunggu sangat sangat menguji kesabaran.. ada satu lagi kat seagate.. memang bestlah kat segate tuh.. lepas maghrib tadi.. mak aku menyuruh aku bersiap.. yeahhh!! permintaan ditunaikan.. eh silap.. tak mintak pun.. hanya menyatakan hasrat ja.. hehe.. perghhh.. memang sedaplah.. habis sambal kat ikan tuh  aku kaut.. tak terlawan dengan yang mana2.. thanks mum!! ermm.. lepas neh wishlist apa pula yang akan ditunaikan? hehe..

home sweet home..

yeahhh.. HOME SWEET HOME.. muahhhh.. walaupun berasa bersalah dengan memonteng kelas pada hari Jumaat.. ada dua kelas.. Set Teori Mantik  dengan Analisis Nyata.. tapi.. perasaan bila berada di rumah.. adalah suatu yang SUKAR digambarkan.. hehe.. bas pukul 10 malam tadi.. hampir setengah jam menunggu.. akhirnya.. sampailah bas KONSORTIUM.. sudah menjadi kebiasaan menaiki bas itu.. dan hampir 9 jam perjalanan.. sampailah aku di PENANG.. pukul 7.00 pagi tiba di Penang..  tapi sementara tunggu driver .. 7.00 ++ lah jugak aku sampai di rumah.. sampai ja rumah..  aku nampak katil sudah melambai2.. aha.. apa lagi.. aku pun menyahut lambaian katil.. kesejukan yang teramat membuatkan aku tak boleh lena dalam bas.. dan sakit belakang weyhhhhh.. anyway.. cuti SEMINGGU ini akan dimanfaatkan dengan sebaiknya.. :)

minggu terakhir yang sibuk..

yeah.. sudah minggu terakhir kuliah.. lepas itu, mahu bercuti sepenuhnya.. gaya macam dah habis semester pula.. padahal cuti pertengahan semester ja pon.. okay.. menghitung hari untuk balik.. tapi sebelum itu.. aku STRESS sangat.. ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dahulu.. tak apa.. perlahan2 kan.. segala assginment akan dikumpulakn untuk dibuat dirumah.. erkkk.. buat ka?? hehehee.. yang pasti sebelum dapat bercuti.. perlu menempuh hari2 yang mendatang dengan penuh kesabaran.. ermmm.. esok ada kuiz.. risaunya beb..

teater primadona.. perahu mimpi..

Image
okay.. nampak banner itu.. teater primadona.. perahu mimpi.. yang akan berlangsung di UTM.. tiket hanya RM10 untuk pelajar UTM.. cepat2.. jadi promoter kejap.. hehe.. okay bersempena dengan teater ini.. satu showcase telah diadakan.. yang bersempena juga dengan Fiest'U yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan UTM.. bersempena dengan itu Ann Ngasri dan Bell Ngasri turut memeriahkannya.. Ann Ngasri dan Bell Ngasri oleh itu, peluang direbut dengan pantas.. hanya sempat bergambar dengan Bell Ngasri.. tak sempat nak mengejar Ann Ngasri.. huhu.. tapi, tak apelah..

#1 usrah~ peringatan menempuh hari akhirat

seperti biasa setiap minggu.. aku akan mengikuti usrah.. dan kali ini.. aku ingin berkongsi apa yang aku dapat daripada usrah yang lalu.. berkaitan dengan persediaan untuk menempuh hari akhirat.. maaf sekiranya anda bosan dengan entri kali ini.. kalau TIDAK SUKA dipersilakan untuk pangkah.. ini sekadar perkongsian aku.. dan semoga kita sama2 sentiasa berada dalam redhaNya pertama sekali.. perbincangan tentang ayat Al-Hasyr ayat 18-21.. yang membicarakan tentang beberapa peringatan.. 18. hai orang2 yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 19. dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. mereka itulah orang2 yang fasik. 20. tiada sama penghuni2 neraka dengan pernghuni2 syurga; penghuni2 syurga itulah orang2 yang beruntung. 21.

kanta sentuh~

Image
baru2 ini aku da bersembang dengan seorang kawan aku.. aku tidak memakai cermin mata ketika itu.. bajet macam nampak.. dan ala2 pakai kanta sentuh.. beliau menegur.. "pakai kanta sentuh ka?" "tak adalah.. tak retilah nak pakai" beliau sememangnya memakai pakai sentuh.. lalu mempromosikan kat aku.. ala2 salesgirl gitu.. sebulan HANYA RM20 katanya.. dan tak susah pon nak pakai katanya.. mungkin pada permulaan saja.. dah lama2 nanti oklah katanya lagi.. setelah difikir dan direnung.. macam BEST ja pakai kanta sentuh.. hahaha~ sudah berangan.. tak apa.. satu hari nanti yek.. hehe~

ada tanda SETIAUSAHA ka kat dahi aku?

petang tadi telah berlangsungnya AGM bagi persatuan mahasiswa pendidikan (PMP) fakulti pendidikan UTM.. aku dan kawan aku, NS turut memeriahkan keadaan.. iyelah tiada siapa lagi kot yang nak menyambung kepimpinan tuh kalau kami tak turun.. hehe.. ditambah pula sogokan MT pimpinan yang lepas.. percaya atau tak aku dicalonkan untuk naib presiden II.. waah2.. tapi.. kalah undi ah.. xpa.. xkesah pon.. kemudian dicalonkan untuk setiausaha agung.. yang neh.. aku menang.. aiyooo.. kat dahi aku neh ada cop SETIAUSAHA ka? kat mana2 aku asyik dapat setiausaha ja kot.. sejak sekolah.. sampai sekolah.. huhuhu.. tapi tak apelah.. ada pengalaman lepas yang boleh membantu.. dan mungkin ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.. dan lepas ini bolehlah jadi setiausaha yang berjaya.. (ohh.. perasan pula) dan dengan pembentukan pimpinan PMP yang baru.. maka bermulalah tugas2 yang perlu dijalankan.. dan selamat maju jaya kepada pimpinan yang baru ini.. hehehe~

GA:: ole-ole dari Semporna

Image
kali ini pula aku nak join GA dari missfyda .. aha.. mana tau kan kalau murah rezeki.. dapatlah ole-ole dari Semporna.. hahaha.. tag berapa ramai kawan yang mahu.. ermm.. makanya.. aku tag korang yang baca.. aha.. hehe~ okay.. sila ke SINI untuk maklumat lanjut..

JOM GEGAR BLOG

Image
okay.. aku nak join segmen beliau.. simple saja.. ini saja yang diperlukan.. berminat?? sila ke SINI ..

Blog Aku, Bukan Privasi Lagi

Image
kali ini aku nak join segmen yang dianjurkan oleh shaofie.. apa yang perlu dilakukan ialah describe tentang blog aku.. ermm.. blog aku ini hanyalah untuk aku menulis tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian aku.. sebagai perkongsian dan luahan.. dan sudah tentunya semuanya berkaitan dengan diri aku sendiri.. okay.. itu sahaja..  perlu tag 3 orang.. NS ejan nazriey sekiranya anda berminat nak join segemen ini..  sila ke SINI ..

bermeeting.. bukan berdating~

Image
setelah sekian lama aku tidak mengaktifkan diri dalam persatuan.. akhirnya, aku kembali menyambung.. tidak mengaktifkan disebabkan menjalani praktikal.. ingatkan aku tidak akan terlibat lagi.. tapi rupanya tak.. ingin terasa juga nak berehat daripada persatuan.. attend meeting.. run program.. tapi.. tak apelah.. apa salahnya.. berbakti.. hehe.. ajakan oleh naqibah aku semasa usrah.. menyatakan ketidak senangan hatinya dengan jabatan kelab.. yang dipelopori oleh muka2 baru.. cuba untuk menarik aku kembali.. disamping membantu muka2 baru.. ohh tidak.. berasa kasihan pula.. lalu mengagahkan diri menghadirkan meeting pada esok harinya.. walaubagaimanapun.. niat mesti betul.. supaya apa yang dilakukan sentiasa mendapat kerahmatanNya.. minit meeting~ bukannya aku tak sudi untuk mengaktifkan diri.. tetapi.. kerisauan yang melanda.. dan melampau batas2 yang sepatutnya dijaga.. apa2 pun.. insya-Allah semuanya akan OK saja.. **mencari kau untuk bertanyakan.. tetapi, sudah buat keputus

usrah ku kembali..

Image
setelah satu semester aku meninggalkan usrah.. akhirnya aku join semula dalam usrah.. kak rawaida kembali menjadi naqibah aku setelah beberapa kali bertukar naqibah.. kumpulan usrah yang baru.. selama ini kumpulan usrah aku terdiri dengan budak2 fakulti Sains.. kali ini dengan budak2 fakulti FAB pula.. dan ada beberapa junior fakulti pendidikan.. aku harapkan aku dapat join usrah pada masa akan datang.. iman didada bukannya cukup kuat.. kalau tak ada yang tolong menarik.. confirm2 lah hanyut.. jadi, aku hanya mampu bersandarkan pada usrah supaya tidak terus hanyut.. bukan senang kan nak mengistiqamahkan sesuatu yang baik.. tak apa.. niatkan hati.. supaya apa yang dilakukan mendapat keberkatanNya..

one day girls outing~

Image
pelan yang dirangka pada hari Khamis lalu secara spontan.. akhirnya berjaya dilaksanakan dengan gahnya.. hehe.. seawal 7.30 pagi.. kami telah menuju ke air terjun Kota Tinggi.. tempoh perjalanan hampir 1 jam lebih.. awal2 pagi, tidak ramai lagi pengunjungnya.. jadi, sangat BEST.. bayaran masuk RM7.50 seorang.. agak mahal rasanya.. tapi biarlahh.. bila lagi kan.. hehe.. setibanya di sana..  perkara yang pertama dilakukan ialah ambil gambar semaksimum mungkin.. biasalah keterujaan melihat air terjun yang sangat gah.. hehe.. selepas itu, barulah kami mencari port yang sesuai untuk mandi.. batu2 sangat licin.. jadi, terpaksa menjaga langkah semasa mandi.. sambil mandi.. sambil makan sandwich yang dibawa.. dah masuk air.. mulalah perut rasa lapar kan.. yang pastinya air terjun Kota Tinggi sangat BEST!! pukul 12.00 kami keluar dari air terjun ini.. mencari tempat untuk makan pula.. akhirnya, kami makan di Singgah Selalu di bandar Kota Tinggi.. setelah itu, perjalanan diteruskan ke Des

cara SMS yang aku tak suka!

Image
bagi aku SMS sangat penting.. dan memandangkan kos yang diperlukan adalah sangat sedikit.. maka, kerap kali SMS menjadi penghubung.. iyelah.. kalau nak buat panggilan.. sejam dah RM10.. kopaklah jugak dibuatnya.. jadi SMS lah cara yang paling jimat kos.. aku kerap kali juga berSMS dengan kawan2 aku yang lain.. cuba merapatkan ukhuwah lah konononnya.. haha.. dalam2 ketika berSMS.. ada juga cara SMS yang aku tak suka.. 1. sebelum hantar SMS, tolong pastikan titik nokhtah dan koma berada di tempat yang sepatutnya.. pernah aku berSMS dengan seseorang ini.. sangat tunggang langgang titik nokhtahnya.. sangat sakit hati aku membacanya.. macam tak pergi sekolah.. adakalanya, tak ada titik langsung.. satu hal pula aku nak menganalisis SMS yang dihantar.. 2. SMS yang dihantar hanya sepatah dua.. aku cukup pantang kalau SMS aku dan direply hanya dengan sepatah dua.. ayat aku punya panjang berjela.. yang kau satu dua perkataan saja.. aduhaiii.. kalau nak SMS buatlah cara nak SMS.. orang2 ya

dalam kegelapan..

Image
baru sahaja seminggu aku menetap di KRP.. dah macam2 malapetaka yang ada.. huhu.. sabar lah hati.. mula2 sekali.. masalah AIR.. nasiblah hanya satu hari sahaja.. kemudian.. masalah yang terbaru.. BLACKOUT!! hampir tiap2 hari kot.. huhuhu.. gi-la ka apa.. berpanasan dalam bilik.. mandi dalam gelap.. bila masalah neh nak settle?? penat sudah.. tetapi yang pasti.. lebih menghargai elektrik.. balik2 kuliah terus iron baju untuk esok.. wahh mantap.. dan sudah pasti assignment2 terpaksa dilakukan pada siang hari.. (bajet macam buat pula..) okaylah.. kepada pihak pengurusan KRP.. silalah ambil tindakan susulan.. sebelum aku berangkat pindah kolej..

BLOGGER GEGARKAN 'U'

Image
okay.. nampak header itu?? maknanya.. aku nak join segmen abang ben.. dah lama aku tak join segmen beliau.. semenjak kembali ke universiti neh.. susah nampaknya nak mencari line yang laju.. kali ini segemen "blogger gegarkan U" khas untuk penuntut U.. okay.. jom2.. soklan yang perlu dilengkapkan.. belajar mana? jurusan? tahun? seorang pelajar yang menuntut di UTM Skudai.. dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) dalam tahun tiga, semester 6 dan insya-Allah akan grad pada 2012.. asal mana? umur? asal dari pulau pinang, bayan baru.. umur baru 22 tahun.. ahaks.. kenapa ambil jurusan itu? aha.. sebab inilah cita2 aku.. disebabkan mintak maktab tak dapat.. inilah alternatif aku untuk mencapai cita2 aku.. dan alhamdulillah aku semakin hampir dengannya.. dan juga atas dorongan ibubapa aku untuk ambil jurusan ini.. hehe.. cita-cita.. of courselah CIKGU!! dari dulu hingga sekarang.. :) okay.. nak join jugak?? mohlah ke SINI ..

fresh look~

ehem2.. first of all.. setelah sekian lama aku nak tukar layout.. baru hari ini tercapai.. dan secara rasminya aku menggunakan header yang pertama yang aku buat.. selama ini aku pakai template.. jadi, tak pakai header.. dan setelah penat bertungkus lumus.. akhirnya siap juga header pertama aku.. SIMPLE ja.. itu pun setelah aku mengikuti segala tutorial yang anda semua post.. hehe.. harapnya dengan wajah baru ini.. aku akan lebih bersemangat untuk update blog.. itu pon kalau line tak slow.. dan juga wajah baru ini dapat memuaskan hati anda semua.. kalau tak suka.. tak apelah.. ini saja yang mampu dibuat.. sila nikmati wajah baru ini.. :)

saya pelajar UTM..

Image
kali ini aku nak join sahabat blogger kategori pelajar universiti awam.. yang dianjurkan oleh BPM .. aku sangat berbangga kerana menjadi salah seorang warga UTM.. yeahh.. UTM sanjungan bangsa.. hehe.. di sini.. aku mengambil jurusan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) pelajar ambilan Julai 2008.. dan insya-Allah akan menamatkan pengajian pada tahun 2012.. dibawah ini adalah gambar rakan kelas aku.. tak ramai pun.. hanya 24 orang sahaja.. hehe.. dan kami terbahagi kepada 2 minor.. ada yang amik minor kimia dan fizik.. muka2 suci ketika tahun satu.. :) pengalaman semasa pengajian yang tak dapat dilupakan sudah semestinya semasa menjalani latihan mengajar.. didedahkan dengan dunia sebenar pendidikan.. dikritik dan ditegur supaya tidak melakukan kesilapan apabila akan melangkah dunia pendidikan yang sebenar.. dan tak lupa juga tidak tidur malam menyiapkan assignment.. huhu.. serik untuk buat assignment last minit.. (tapi, macam masih buat lagi.. hehe) ok.. sekiranya a

apabila penakut tengok cerita horror..

Image
baru2 ini aku tengok cerita Bloody camp.. cerita korea.. genre horror.. aku terpaksa akui aku sangat2 penakut untuk tengok cerita horror.. seboleh2nya aku akan mengelak untuk tengok cerita genre sebegitu.. tapi, macam mana pula aku boleh tertengok cerita bloody camp neh ek.. disebabkan ketidakrancangan untuk melihat movie.. dan keterjahan yang berlaku.. hanya cerita ni saja yang valid untuk tengok masa tuh.. dicekalkan hati.. ditabahkan hati.. dan paksaan kawan2.. aku pon gagahlah tengok.. harap maklum.. cerita korea yang bergenre horror.. sangat menakutkan.. tapi..... aku terpaksa akui aku TAK TENGOK pon bila part2 horror.. hehe.. tak sanggup aku.. bila background sound sudah bertukar ke arah yang menyeramkan.. aku akan paling ke tempat lain.. dan belek2 handphone.. (bajet macam ada orang nak text pula.. hehe) jadi, aku terselamat dari tengok benda2 yang menakutkan.. dengar sound pon dah cukup menyeramkan.. tak sanggup aihhh aku nak tengok.. jadi, jangan tanya aku sama ada ceri

tamatnya seminggu yang pertama..

Image
hari ini hari Jumaat.. bermakna, tamatlah satu minggu yang pertama.. waaahh.. setelah hampir 3bulan bercuti di rumah.. dan kemudian kembali beraksi menghadap buku.. memang menguji jiwa.. enjin yang tidak dipanaskan pada awalnya.. ternyata mengalami kejutan.. apabila pensyarah memecut dengan lajunya.. huhu.. secara kesimpulannya.. semester 6 ini sangat menguji.. dan sangat mencabar.. setelah satu semester meninggalkan alam pembelajaran.. ternyata memberi cabaran apabila hendak menyambung kembali.. berbekalkan 17 kredit.. dengan 4 subjek 3 kredit.. ohh tidak.. perlu skor sekurang-kurangnya B+ di dalam subjek tersebut.. insya-Allah boleh.. hanya perlukan USAHA yang lebih.. nak tengok subjek apa yang aku ambil?? 1. Kimia Analisis Asas (3 jam kredit) 2. Analisis Nyata (3 jam kredit) 3. Sejarah & Falsafah Matematik (3 jam kredit) 4. Teori Set dan Mantik (3 jam kredit) 5. Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan (2 jam kredit) 6. Telekomunikasi dan Rangkaian (2 jam kredit) 7. Amali Kim

elearning UTM..

Image
semasa kuliah Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan tadi.. pensyarah ada menyebut untuk mengambil nota kuliahnya di e-learning.. terpinga2 sekejap aku.. e-learning???? apa itu.. huhu.. mentang2 lah satu semester meninggalkan dunia UTM untuk melaksanakan praktikal.. habis semuanya dilupakan.. ooo.. barulah aku ingat.. e-learning.. hampir2 saja aku melupakan kewujudannya.. hehe.. inilah dia e-learningnya.. bagi kebanyakkan universiti.. masing2 menyediakan laman web yang menjadi penghubung antara pelajar dan pensyarah.. begitu juga dengan UTM.. laman web e-learning dimanfaatkan sebaiknya.. sama ada pensyarah atau pun pelajar.. pensyarah akan menguploadkan nota kuliah disini.. tidak kurang juga untuk mengupdate dengan subjek yang diajar.. pelajar akan mengambil nota disini.. menghantar assigment sekiranya diperlukan.. dan melaksanakan apa yang diamanahkan oleh pensyarah.. lepas neh nak rajin2 menjenguk di e-learning.. walaupun tak tahu apa yang menarik disitu..  hehe..

untungnya mereka ada biasiswa..

mood: jeles.. yaa.. sungguh jeles sangat2 dengan mereka yang dapat biasiswa.. huhu.. tidak perlu membebankan sesiapa.. tidak perlu meresahkan sesiapa.. hanya milik mereka.. untung juga bila ada kawan yang ada biasiswa.. sekali sekala mereka belanja makan.. seperti makan malam tadi.. ditaja khas oleh kawan aku.. biasiswa sudah masuk.. bolehlah nak belanja kawan2 kan.. TERIMA KASIH!!!  untuk pizza hut itu.. hehe mungkin yang pada yang tak dapat macam aku.. mungkin ada hikmahnya.. hehe.. masih lagi nak fikir possitive tuh.. itu mesti.. hehe.. ohh ya.. berkata tentang biasiswa.. kepada pelajar2 pendidikan IPTA.. biasiswa KPM sudah dibuka.. boleh memohon di web kementerian pelajaran.. sungguh terkilan kerana tidak melepasi syaratnya.. huhu.. tak apa.. tak ada rezeki.. mungkin rezeki aku ada di tempat lain.. aisehh..

menjadi seorang yang pendiam..

Image
waah.. hari ini aku berjaya menjadi seorang yang pendiam di kelas.. perubahan yang sangat memberangsangkan.. hahaha!! aku telah berjaya menimbulkan keresahan dan kerisauan dikalangan rakan2.. yes! yes! hehe.. jangan risau ya kawan2.. itu azam pada semester baru.. hehe.. sila jangan risau yaaa.. maaf.. ketidakstabilan hormon.. menyebabkan ketidakstabilan emosi.. tiada mana2 pihak yang terlibat.. berikan aku masa untuk atasi semua ini.. terima kasih pada kamu kerana sudi meminjam telinga dan bahu.. dan lebih indah jika dapat pelukan..

selamat hari jadi.. putri hafizatul..

Image
hari ini 4 Januari 2011.. yang juga merupakan seorang kawan baik aku.. Putri Hafizatul Farez.. dengar eh aku nak nyanyi.. happy birthday to you.. happy birthday to you. happy birthday to putri.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. (best tak aku nyanyi? ok.. sudah perasan sendiri) inilah beliau.. doa aku:  semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. jangan tension2 belajar.. aku tau kau BOLEH! hehe.. beliau merupakan kawan yang baik.. sepraktikum dengan aku semasa di KMPP.. dan kami masih lagi contact sehingga ke hari ini.. dan berkongsi2 masalah.. rindu kamu.. sayang kamu.. harapnya dapat jumpa suatu hari nanti.. insya-Allah..

bermulanya semester baru..

pada hari ini, bermulalah semester baru.. jadual kelas yang agak pack..  tetapi, bahagia cukup ku rasakan.. sebab.. kelas petang tak ada.. cuma hari Khamis saja.. harapnya dengan semester baru ini.. segalanya akan bermula dengan semangat baru.. hehe.. cuma apa yang aku kesalkan.. line wifi dengan line broadband tidak begitu laju di bilik aku.. huhu.. sedih yang teramat-amat.. tidak dapat nak blogwalking sepuas-puasnya.. dan update ikut sesuka hati.. huhu.. maaflah kiranya blog ini jarang diupdate.. dan aku jarang melawati rakan bloggers ku.. tapi, aku akan cuba sedaya mungkin.. ermm.. aku sedang mencari satu software yang memudahkan untuk menulis blog.. ada aku baca di blog siapa ntah.. dan masalahnya.. aku sudah lupa software apakah itu.. huhu.. ada sesiapa tahu tak?? sudilah kiranya untuk berkongsi yaa.. hehe..

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

Image
ok.. tahun baru.. semangat pun baru.. hehe.. jom2.. nak join giveaway.. pendrive tuh.. dahlah pendrive hilang.. huhu.. mungkin ada rezeki.. siapa tahu kan.. hehe.. ok.. sekarang.. saya mahu tag 4 orang seperti yang dinyatakan dalam syarat2.. wawa abc farha kimchisu selesai.. berminat??  sila ke SINI.. mana tahu ada nasib.. boleh dapat pendrive baru.. hehe..

happy new year~

waahh.. macam dah terlambat ja nak wish.. tapi, aku tak kira jugak.. nak wish jugak.. HAPPY NEW YEAR.. semoga tahun ini akan menjadi lebih bermakna.. dan tahun sebelum ini dijadikan sebagai pedoman.. marik kita usahakan supaya tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.. insya-Allah.. agak lama aku tidak update blog ini.. padahal baru sehari.. sudah terasa RINDU pada bloggers sekalian.. hehe.. maaflah yek.. kesibukan yang melampau untuk kembali ke alam yang nyata.. hehe.. dan sekarang segalanya sudah selesai.. dan boleh melepaskan rindu pada blog anda..  hehe..