cara SMS yang aku tak suka!

bagi aku SMS sangat penting..
dan memandangkan kos yang diperlukan adalah sangat sedikit..
maka, kerap kali SMS menjadi penghubung..

iyelah.. kalau nak buat panggilan..
sejam dah RM10..
kopaklah jugak dibuatnya..

jadi SMS lah cara yang paling jimat kos..
aku kerap kali juga berSMS dengan kawan2 aku yang lain..
cuba merapatkan ukhuwah lah konononnya..
haha..

dalam2 ketika berSMS..
ada juga cara SMS yang aku tak suka..


1. sebelum hantar SMS, tolong pastikan titik nokhtah dan koma berada di tempat yang sepatutnya..
pernah aku berSMS dengan seseorang ini.. sangat tunggang langgang titik nokhtahnya.. sangat sakit hati aku membacanya.. macam tak pergi sekolah.. adakalanya, tak ada titik langsung.. satu hal pula aku nak menganalisis SMS yang dihantar..

2. SMS yang dihantar hanya sepatah dua..
aku cukup pantang kalau SMS aku dan direply hanya dengan sepatah dua.. ayat aku punya panjang berjela.. yang kau satu dua perkataan saja.. aduhaiii.. kalau nak SMS buatlah cara nak SMS.. orang2 yang sebegini, hanya ada 3 kemungkinan saja.. satu, ada masalah dunia.. (walaupun kau ada masalah dunia, boleh tak jangan reply SMS aku dengan sependek mungkin) kedua.. sibuk.. kalau sibuk, cakap sibuk.. tak adalah aku kacau.. ketiga.. tak ada mood.. 

3. penggunaan huruf besar yang suka hati..
aha.. sila taip guna huruf kecil kecuali nak menekankan sesuatu yang penting.. barulah kau dibenarkan menggunakan huruf besar.. 

4. sila reply SMS aku sepantas yang boleh pada keadaan aku memerlukan..
agak demanding bukan.. haha.. nasiblah.. lebih2 lagi kalau aku dalam keadaan excited terlebih, atau perlukan seseorang untuk mengadu.. itu boleh menjejaskan mood aku.. daripada elok2 aku nak share.. tapi bila kau reply lambat.. aku sudah out of mood.. dan bila aku nak mengadu, kau reply lambat.. aku pon out of mood.. dan sudahnya.. aku tak nak share pon apa yang aku nak sampaikan itu.. 


okay.. itu adalah antara cara SMS yang paling aku tak suka.. 
dari elok mood aku tengah elok.. kau pula tiba2 hilangkan mood aku..
tahniahlah kerana telah berjaya menghilangkan mood aku..

mereka yang rapat dan kerap SMS dengan aku lebih mengetahui..
dan aku juga sebenarnya tak suka bila orang tertidur apabila berSMS dengan aku.. hahaha!!
kalau ada.. pasti esok harinya akan mendapat reply SMS "sorry, tertido"
aha.. sila amalkan selalu..

okay.. itu sahaja yang aku nak share kan..
jadi, jangan SMS aku menggunakan apa yang aku cakap eh..


Comments

  1. em...btul2...yg aku paling x suke kalo langsung x balas....aku xkan mesej kalo x brape penting sgt....so kalo ak mesej tuh mesti laa penting....so dah kalo x reply???....0_o....-_-

    ReplyDelete
  2. cehh. mst ko marahkan aku tak reply msg ko pg td. aku tidoooo.. waaaaa

    sebab tu ko kol aku terus. =)

    ReplyDelete
  3. @NS

    haha.. itu bukan marah..
    tuh buat aku tertanya2..

    ReplyDelete
  4. ko nak ckp aku la tu msg xde noktah....aku malas nak tekan noktah.hahahaha

    ReplyDelete
  5. hehehe.. sy slalu jwb msj .. 'k' jer..

    ReplyDelete
  6. @aizuemi

    hehe.. kalau 'k' ja tuh dah besa dah.. dah common..

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

book review :: relasi mencari sahabat sejati