untuk kamu..

awak..
ingat tak lagi masa dahulu..
kita selalu bersama..
kita sangat rapat kan..
sehinggakan..
makan sepinggan..
tidur sebantal..
duit kau duit aku..
duit aku duit kau..
rahsia kau rahsia aku..
rahsia aku rahsia kau..
dan kita saling lindung melindungi..

tapi kini..

aku sangat merasakan jurang antara kita..
tapi kenapa??
apakah aku yang bersalah..
atau kau yang sengaja menjauhkan dari aku..
tiada lagi kemesran yang kau pamerkan..
aku merasakan semuanya begitu berbeza..
kau seperti orang lain..
sedangkan kita mempunyai pertalian darah..

dan aku terpaksa akui juga..
kau sebenarnya dah berubah..
bukan 1 darjah tetapi 360 darjah..
dan aku cuba menegurnya..
tapi..
kau mengatakan bukan masanya lagi..
tapi, sampai bila?

aku terlalu menyayangimu..
kerana itulah aku mengharapkan perubahan dari kau..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..