book review :: Anthem by Hlovate

Assalammualaikum..

cuti lepas sempat saya mengkhatamkan ANTHEM..
karya HLOVATE yang terbaru..

seperti buku2 nya yang terdahulu.. 
ANTHEM berkonsepkan seperti VERSUS dan CONTENGAN JALANAN..
mengisarkan tentang titik perubahan..

well.. nice penceritaannya..
tapi macam ada kurang sedikit..
tak seperti VERSUS dan CONTENGAN JALANAN..
seperti macam ceritanya dipotong.. 

apa2 pon ANTHEM memberikan pengalaman terhebat..
apabila menceritakan tentang kehidupan seorang nomad.. 
yang sering berpindah randah mengikut bapanya..
dan telah hilang jati dirinya..
kerana telah mengikut acuan di luar..

Dash.. tidak menyangka bahawa tindakan ibu bapanya menghantarnya pulang ke Malaysia..
telah menerbitkan rasa ketidak senangannya dengan persekitaran sekeliling..
apabila manusia di sekelilingnya lebih gemar men'judge' dirinya dari cara perwatakannya..
Dash menghadapi waktu2 sukar apabila sering di 'torture' oleh Lee ketika menyertai pasukan pancaragam..

dan suatu kebebasan apabila beliau akhirnya berjaya menamatkan SPM..
dan pulang ke India untuk bersama keluarganya..
namun, perbualannya bersama seorang rakannya membuka minda tentang sesuatu..
lantas beliau telah menghadiri summer camp di Malaysia..
dan disitulah bermulanya titik perubahannya..

titik perubahannya yang dilakukan dengan penuh rahsia..
kerana tidak mahu tanggapan negatif dari keluarganya..

nak tau lebih lanjut..
sila baca.. hoho..






Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..