16 September.. terima kasih Malaysia

Assalammualaikum..

hari ini 16 September..
cuti umum bagi Malaysia..
sempena penubuhan Malaysia..

pada tahun ini..
genap 50 tahun Sabah dan Sarawak dalam Malaysia..

sabah bertemakan sabah maju jaya..
manakala sarawak bertemakan sarawak harmoni kemakmuran dinikmati..





bersempena dengan perayaan ini..
saya berpeluang menyertai beberapa program yang telah dianjurkan di peringkat daerah Kudat..

yang pertama larian sihat cergas
sekolah telah menghantar penyertaan sebanyak 150 peserta..
dan paling gempak bila pengetua turun padang sekali..
cayalah!!
and acara kemuncak ialah..
pertandingan kawad..
sekolah telah menghantar 3 kontigen..
kontigen pertama bagi kategori NGO disertai barisan kelab staf..
kontigen kedua bagi kategori unit beruniform disertai pengakap..

gimik pertandingan
dan kontigen bagi kategori sekolah disertai pelajar tingkatan enam..
dan alhamdulillah..
kemenangan berpihak kepada sekolah kami..
apabila ketiga2 kontigen berjaya membawa pulang hadiah..
barisan kelab staf menduduki naib johan dan membawa pulang RM 1500..
pengakap dan pelajar tingkatan enam berjaya menjadi johan dan masing2 membawa pulang RM 2000..
dan paling manis apabila SMK Kudat II diumumkan memenangi anugerah kategori khas dan membawa pulang RM 1000..

uniform pengakap.. johan kategori unit uniform

pelajar tingkatan enam.. johan kategori sekolah


barisan staf SMK Kudat II.. naib johan kategori NGO

dan sememangnya ini adalah satu kejayaan yang sangat besar bagi SMK Kudat II..
semoga dengan ini lebih banyak kejayaan yang dapat dirangkul oleh sekolah..
aminnnnn...


Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..