melihat dunia luar

Assalammualaikum..

dah lama rasanya tidak mencatat apa2 disini..

kini sudah hampir 3 bulan aku di bumi Sabah..
yang pasti banyak perkara baru yang aku temui..

antaranya pecahan kaum yang berlainan..
kalau di semenanjung..
kebanyakkan adalah melayu, india dan cina..
tapi disini lebih banyak pecahan kaum yang ada..
dan pecahan kaum ini dipengaruhi oleh penempatan mereka..

contohnya di pekan Kudat..
kebanyakkan mereka adalah kaum pesisir pantai iaitu Ubian..
dan terdapat jugak kaum minoriti yang lain di pekan Kudat..
Suluk.. Dusun..

dan mereka mempunyai budaya mereka yang tersendiri..
aku juga telah merasa beberapa makanan tradisional mereka..
ada yang boleh ditelan.. dan ada yang hanya di lidah sahaja..

selain itu pecahan agama juga memang amat nyata..
walaupun mereka menganut agama Islam..
tapi ternyata Islam bukan cara hidup mereka..
sangat kasihan rasanya melihat asas mereka yang sangat goyah..

selain Islam..
agama yang ramai dianuti ialah Kristian..
di bumi Sabah ini juga lah..
baru aku tahu Kristian mempunyai pecahan lagi seperti SDA (Seven Day Adventist), roman catholic dan beberapa lagi pecahan..
bahkan aku sendiri rapat dengan seorang guru anutan Kristian..
sedikit sebanyak aku belajar tentang agama mereka..

kesimpulannya ini semua membuka mata aku..
yang tidak selama ini aku ketahui..
berada dalam kelompok sendiri dan dalam comfort zone..

sungguh.. banyak yang aku belajar di sini..
untuk terus menetap di sini..
mungkin tidak..
tapi rezeki Allah itu aku sendiri tidak dapat menjangka..
sekiranya Allah telah menetapkan rezeki ku disini..
aku terima sahaja..

aku cuma harap..
aku menjadi lebih kuat..
kerana cabaran aku disini sangat lah tinggi..
berjauhan dengan yang tersayang..
yang hanya dipisahkan dengan laut..
dan hanya dihubungkan dengan kapal terbang..
perjalanan Kudat ke Penang..
yang mengambil masa lebih kurang 6 jam..
ternyata sangat menguji fizikal..
apatah lagi emosi..

insyaAllah.. doakan saya.. :D

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..