perjalanan umrah 1

Assalammualaikum...

entry dah berbasi..
baru rajin nak meng'up' kan.. huhu..

Alhamdulillah cuti sekolah Mac yang lepas..
saya telah menjalani ibadat umrah bersama ibu bapa saya..
terima kasih mak kerana sudi bawa saya.. T_T

kami pergi bersama TH travel..
dibawah Tabung Haji..

22 Mac hingga 2 April 2013..
tempoh ibadat umrah..

22  Mac.. juga bersamaan hari Jumaat..
jam 4.30 petang..
kami berlepas ke Madinah daripada Pulau Pinang dengan menggunakan penerbangan Saudi Arabia..


Saudi Arabia Airline
 kapalnya besar sekali..
biasalah tak pernah naik kapal terbang besar..
selalunya Air Asia ja..

perjalanan ke Madinah mengambil masa 8 jam 30 minit..
dan di dalam penerbangan..
kami disajikan sebanyak 2 kali makan..
dan disajikan juga dengan stewardess yang comey2.. opssss..

bagasi....

8 jam 30 minit..
sebenarnya satu perjalanan yang sangat lama..
penat sebenarnya duduk lama2..

dan setelah menempuh 8 jam 30 minit..
kami telah mendarat dengan selamatnya di Madinah..
waktu Malaysia : 1.00 pagi
waktu tempatan di Madinah : 8.00 malam

waktu di sana lewat 5 jam dari tanah air..
saya mengambil sedikit waktu untuk menyesuaikan diri dengan masa di sana..

setelah tibanya di lapangan terbang..
kami dibawa ke hotel Movenpick..

dan setelah selesai urusan..
masa untuk tidur lagi..

kedudukan hotel Movenpick benar2 berdekatan dengan Masjid Nabawi..

dan bermulalah episod perjalanan umrah saya dan keluarga..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..