idea.. idea.. reka cipta...

IDEA.. Malaysian Inventors' Challenge..
ada sesiapa tak yang tengok program IDEA ini.. kat tv3.. pukul 7.00 malam.. setiap hari sabtu??
ada tak????
hurmm.. tak ada kot.. tak apelah..

program IDEA ini adalah program realiti yang mencari inovasi yang terbaik di kalangan rakyat Malaysia.. untuk maklumat lanju, sila layari ini.. http://www.1idea.com.my/ semalam, episod terakhir yang menunjukkan siapakah pemenang untuk IDEA ini.. pemenang tempat pertama telah dimenangi dengan ciptaannya "hanger dryer".. sejenis dry cleaning.. kita just sangkut baju kita, dan dry cleaning akan dimulakan.. menarikkk~

melihatkan program itu, teringat pula masa pada zaman sekolah menengah.. pada tingkatan 4, aku dapat mewakili sekolah menyertai program ala-ala reka cipta juga.. sekolah aku terpilih untuk mewakili pulau pinang.. macam mana sekolah aku terpilih, aku pun tak tahu.. aku bersama pasukan aku.. 8 orang.. kejap, aku nak recall balik siapa pasukan aku.. ermm.. kalsom, nazira, fatin jahiza, noor farahain, siti khadijah, syazana dan zaheeda.. yeahh.. ingat pun.. pertandingan yang dijalankan selama 6bulan.. dari bulan Mac hingga September.. pertandingan yang kami sertai ialah Toyota Eco Youth.. mungkin tak ramai yang pernah dengar kan.. pertandingan ini berkhusus untuk pemuliharaan semula alam sekitar.. kami dikehendaki didatangkan dengan satu sistem atau alat yang dapat memelihara alam sekitar..



kami dengan jayanya telah muncul dengan satu ciptaan.. kami menyahut cabaran untuk menghasilkan baja urea daripada sisa makanan dalam masa seminggu.. kebiasaannya penghasilan baja urea ini mengambil masa yang lama.. dan kami cuba memendekkan tempohnya kepada seminggu.. pelbagai cara dan eksperimen dilakukan untuk memastikan penghasilannya..

kunjungan pihak Toyota di sekolah..

kemuncak bagi segala-galanya adalah apabila kami dikehendaki mempersembahkannya di Kuala Lumpur.. selama 3 hari kami berkampung, persembahan multimedia serta booth.. menyakinkan para juri bahawa kami berjaya menghasilkan prototaip tersebut untuk menghasilkan baja urea.. hakikatnya, kami sebenarnya gagal dalam projek itu.. kami gagal menghasilkan baja urea tersebut.. namun, kami persembahkan dengan beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan..

booth yang siap untuk kunjungan ramai..

walaupun gagal, tetapi kami bangga kerana telah berusaha dan kami berjaya menghadapi pelbagai masalah.. dengan pelbagai cabaran, rintangan dan pengorbanan.. kenangan manis dan pahit.. semuanya terpahat di memori dan menjadi sebagai pengalaman yang mematangkan lagi kehidupan..

berdebar menantikan giliran..

itulah kisah aku yang terlibat dengan reka cipta ini.. dan sesungguhnya aku berasa sangat berterima kasih dengan pihak sekolah yang menyokong projek kami 100%..

bersama barisan pihak TEY

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..