soalan "spot"

seperti kita sedia maklum.. sekarang neh musim peperiksaan.. calon-calon SPM dan juga semestinya pelajar-pelajar di universiti sedang berperang dengan peperiksaan masing-masing.. bila peperiksaan saja, mula tanya apa soalan "spot"..

jikalau di universiti, bukan sahaja soalan "spot".. malahan soalan "bocor".. tapi, tak juga-juga boleh jawab.. hehehe~

berbeza pula nak dibandingkan bagi calon-calon SPM.. apabila mendapat soalan "spot", mula lah pulun nak mati soalan "spot" tersebut.. sekali tak masuk.. ngangalah jawabnya.. kalau masuk, Alhamdulillah.. aku sendiri pernah percaya 100% dengan soalan "spot".. mungkin masa PMR, untuk peperiksaan PMR.. aku hanya pulun untuk bab yang tersenarai sahaja.. sekali dalam dewan peperiksaan, aku hanya mampu termenung.. soalannya semua "OUT!!" sabar jelah hati.. dan selepas itu, aku kurang mempercayai untuk peperiksaan awam.. pernah saja untuk paper bahasa arab, "spot" karangan yang akan masuk.. aku neh dah lah lembab gila bab menghafal.. jadi, aku memang tak hafal lah.. buat terer gila.. sekali tengok masa peperiksaan, memang tak masuk.. aku sangat bersimpati dengan mereka yang dah hafal macam nak mati.. hehehe~

soalan 'spot' ini kadangkala membantu.. kadangkala menghancurkan.. tak salah untuk mempercayai. tapi tak perlulah kot sampai yan lain pun dipinggirkan.. kadang-kadang kita pulun sekali pun untuk soalan 'spot', dan soalan-soalan tersebut keluar, tapi jika tidak diizinkan dengan Allah untuk mengingati apa yang telah kita pulun, tak guna juga.. jadi, untuk berjaya pastikan ada D-U-I-T(doa, usaha, istiqamah dan tawakal)

insya-Allah.. Dia pasti akan membantu..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..