Skip to main content

kisah kek belang aku..

sudah lama agaknya aku tak buat kek belang ini.. kali terakhir.. entahlah.. sudah mengubah selera ke kek coklat.. tetapi jumaat yang lepas, aku dikerahkan tenaga untuk buat kek.. atas permintaan.. hoho..

inilah keknya..
kalau dulu masa zaman sekolah, kek ini sangat digilai oleh kawan2 aku.. entahlah.. nak kata sedap gila, aku rasa biasa jek.. tapi tak tahulah kenapa mereka ni suka sangat.. kadang2 atas permintaan mereka, aku akan membuatnya untuk mereka.. selama 5tahun persekolahan, selama itulah aku menyajikan kek ini kepada mereka.. mereka tak pernah jemu.. 

aku masih ingat lagi masa tingkatan 2, setibanya aku disekolah, aku terpaksa bagi kat kawan aku untuk simpankan dulu.. kawan aku ni kelas lain.. kalau aku bawa masuk kelas, sah2 aku diserbu.. dek kerana nak bagi kawan kelas aku yang lain rasa juga, aku suruh kawan aku simpankan.. dan aku bagi keutamaan pada kawan2 aku di kelas lain.. kelas cempaka, melati dan melur.. tapi tak adalah ramai pon.. bila dah bagi pada mereka, barulah aku bagi kat kelas aku, kelas mawar.. jangan cakap ah.. memang aku diserbu ah.. aku hanya mampu buka bekas kek dan melarikan diri..

dan percubaan pertama aku buat kek ini tanpa bantuan mak aku ialah bila permintaan mereka untuk jamuan kelas.. sebetulnya mak aku tak ada masa tu.. mak aku 'outstation'.. aku pon dengan beraninya buat kek ini.. salunya mak aku akan jaga bila nak masak.. entah mana silapnya, kek ini terlebih masak atau dalam bahasa yang lebih mudah, HANGUS.. hehe.. tapi tak adalah teruk sangat.. tapi, aku still bawa untuk mereka..

kali ini, aku dah bersara yek.. hehe.. mungkin pada masa akan datang, aku akan buat lagi untuk mereka-mereka.. ;)


Comments

  1. haha. aku ingat lagi kek ni. kek ni memang best pun la, weh.

    ReplyDelete
  2. haha.. ya eh.. ok2..
    bila lg nk wat eh.. hehe~

    ReplyDelete
  3. mase kt umah sewa tak buat punnnn. =(

    weyh fb aku dah deactivate taW!!

    ReplyDelete
  4. haha.. nak aku bakar atas pa?? ish3..

    aikk.. apsal dah deactivate?? hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku selama 3 bulan menjadi guru praktikal.. aku nak berkongsi tentang kelas relief.. tahu kan, kelas relief ini, guru-guru dikehendaki untuk masuk ke kelas yang kelas tidak ada guru.. sama ada guru tersebut berkursus, cuti atau ada hal-hal tertentu..

masa dulu sekolah, cukup seronok kan kalau cikgu tak datang.. dan kita boleh buat suka hati.. kalau ada cikgu yang jaga masuk pun, kebiasannya akan disuruh buat kerja sendiri.. betul tak?? hehhee~


setelah menjadi guru praktikal.. aku merasakan cukup FOBIA dengan kelas relief.. malas betul nak masuk kelas dan menjaga kelas tersebut supaya tidak bising.. iyelah, aku pun pernah merasai masa mereka pada dahulu kala.. sekiranya guru mereka ada meninggalkan kerja, senanglah sikit nak menjaga pelajar-pelajarnya.. kalau tidak, jenuhlah.. tuntutan disekolah yang aku praktikal mengkehendaki guru-guru mengadakan aktiviti bersama pelajar.. aku sering saja menyuruh mereka membuat kerja masing-masing.. hahahaha!! k…

perbezaan PRU 13 dan PRU 12 mengikut parti (parlimen)

Assalammualaikum..
nampak gayanya masing2 sudah mengetahui keputusan PRU 13.. tahniah kepada yang telah menang.. dan yang kalah jangan putus asa.. cuba lagi PRU 14.. heeee..
okay.. di sini saya hanya hendak membuat perbandingan parti yang menang.. dan sila analisis sendiri.. hehehe...

klik SINI untuk peringkat DUN
PRU 12PRU 13P1PADANG BESARBNBNP2KANGARBNBNP3ARAUBNBNP4LANGKAWIBNBNP5JERLUNBNBNP6KUBANG PASUBNBNP7PADANG TERAPPASBNP8POKOK SENAPASPASP9ALOR SETARBNPKRP10KUALA KEDAHPKRPKRP11PENDANGPASBNP12JERAIPASBNP13SIKPASBNP14MERBOKPKRBNP15SG PETANIPKRPKRP16BALINGPASBNP17PADANG SERAIBEBASPKRP18KULIMBEBASBNP19TUMPATPASPASP20PENGKALAN CHEPAPASPASP21KOTA BHARUPASPASP22PASIR MASBEBASPASP23RANTAU PANJANGPASPASP24KUBANG KERIANPASPAS

tips untuk praktikal latihan mengajar..

entry ini khas untuk mereka2 yang akan ke praktikal latihan mengajar..  setahu aku yang akan ke LM ialah budak2 UPSI.. so.. ini untuk kamu yek.. dan sahabat ku di UPSI.. ain fathihah dan amirah..
nak aku kongsi tips.. tak adalah aku hebat sangat masa praktikal dulu.. cuma aku sudah melalui zaman praktikal itu pada semester lepas.. dan hanya berkongsi pengalaman apa yang telah aku lalui.. mungkin kamu yang akan pergi praktikal akan dapat mempraktikkan beberapa tips..  hehehe~
mula2 sekali.. bagi aku apa yang penting sekali.. persediaan mental.. yeahhh.. itu sangat penting.. setakat baju, name tag, ABM dan ilmu itu penting juga.. tapi tak sepenting mental.. yeahh.. kalau mental tak ready.. jenuhlah nak menghadap pelajar.. belum lagi diuji dengan pelajar.. so.. bersedialah dari segi mental.. nanti tak adalah  yang menangis lepas kelas yang pertama.. heeeee~
dan yang lain2 yang aku rasa ialah.. hubungan antara guru pebimbing dan pensyarah pebimbing.. kerana merekalah yang akan bagi markah anda.. ketahuilah apa ya…