tuisyen.. tuisyen..

kita dapat lihat pada ketika ini, dimana-mana sahaja ada pusat tuisyen.. kerancakkannya seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. tuisyen dilihat dapat membantu pelajar-pelajar yang inginkan kecemerlangan.. 

tidak cukupkah dengan pengajaran di sekolah?? di sekolah, guru perlu mengambil kira pelbagai tahap mentaliti pelajar.. guru tidak dapat untuk memberikan perhatian yang khusus..ditambah pula dengan gangguan-gangguan yang terdapat di dalam kelas.. sesetengah pelajar tidak dapat memberikan perhatian yang khusus.. inilah pengalaman aku.. kasihan sesetengah pelajar yang ingin belajar tetapi dibantutkan oleh rakan mereka yang membuat pelbagai masalah di dalam kelas.. jadi, pengajaran akan menjadi sedikit terbantut.. hanya dapat memberikan perhatian yang khusus apabila mereka sendiri bertanyakan soalan..

pusat tuisyen dilihat dapat membantu para pelajar.. sekurang-kurangnya mereka mendapat pendekatan yang berbeza.. dan pengulangan yang berlaku akan membantu mereka mengingat pelajaran mereka.. disamping, dikelilingi dengan rakan-rakan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk belajar dan berjaya..



aku melihat.. situasi adik aku.. apabila semakin hampirnya dengan peperiksaan SPMnya.. tuisyennya kadangkala mencecah hampi 4, 5jam straight.. aku yang tengok pun dah rasa mabuk-mabuk.. macam manalah dia boleh tahan.. sedangkan jam paling maksima untuk belajar ialah satu jam setengah.. entahlah.. pulun gila tuh.. mungkin pusat tuisyen tersebut ada stratergi-stratergi tetentu.. tak apelah, kita tengok pula keputusannya nanti..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..