aura sukan..

bersempena dengan sukan Asia yang tengah berlangsung di Gangzhou neh.. aku mengambil kesempatan untuk melihat kemampuan atlet-atlet negara kita beraksi.. setakat pada hari ini, Malaysia telah berjaya mencapai sasaran 9 pingat emas.. tahniahlah diucapkan kepada skuad Malaysia.. teruskan usaha untuk sukan Olimpik pula pada 2012 nanti..

bila tengok televisyen acara-acara yang dipertandingkan.. terasa pula rindunya nak main sukan yang dah lama ditinggalkan.. tiba-tiba terasa bersemangat pula nak bersukan.. hahaha!!

antara sukan yang dah lama aku tinggalkan ialah bola jaring.. dulu masa sekolah rendah, aku main bahagian WA (Wing Attack).. bila dah naik sekolah menengah, main posisi GK (Goal Keeper).. kadang-kadang semua aku main kecuali C (Center), GS (Goal Shooter).. [mana taknya, asal PJ jek main bola jaring.. hahaha!!] dan masa aku PLKN.. aku main bahagian defend juga.. tapi yang pasti, sekarang aku rasa aku tak tahu sama ada boleh main lagi ka tak.. hehehe.. segala rules dia bukannya aku ingat sangat pun.. hehe..

aku pernah juga cuba main bola baling.. percubaan pertama kalinya main masa sekolah rendah.. haha.. lepas tuh tak main dah.. main sekadar suka-suka..

masa PLKN, aku didedahkan juga dengan sukan bola tampar.. bolehlah sekadar biasa-biasa sahaja.. tapi, aku tak reti serve lagi.. serve aku tak lepas net.. huhu.. bila ntah nak men lagi.. hehe..

bila masuk matrikulasi, aku didedahkan pula dengan sukan petanque.. boleh tahanlah sukan neh.. sukan ni tak adalah havoc mana pun.. tak ramai yang didedahkan dengan sukan ini.. aku meneruskan sehingga ke universiti.. aku pernah mewakili SUKAM pada tahun 2008.. tahun 2009, aku terpilih menjadi pengurus SUKAM untuk KTF.. (ini cerita masa aku jadi pengurus)..tetapi, aku tidak meneruskan ke tahap yang lebih tinggi lagi.. rindunya nak main.. huhu..

kat rumah pula, aku diajar main pingpong.. disebabkan rumah aku ada meja pingpong.. semua keluarga aku reti jek main pingpong.. cuma sekarang, tak ada siapa nak main dengan aku.. adik aku manalah nak layan aku.. main ganas.. aku baru jek amatur.. smash pon tak masuk.. hahahha!!

aku tak adalah aktif sukan pun.. hanya biasa saja.. badminton.. lagi lah.. mesti semua orang reti main kan.. dan ternyata sukan paling senang ialah jogging.. tetapi, aku cukup malas.. ikut suka kepala aku ja bila nak jogging.. haha.. tak boleh harap langsung.. tak apalah, nanti cari semangat baru nak jogging balik.. hehe..

marilah bersukan untuk sihatkan badan.. hehehe..

Comments

  1. dah lame tak bersukan....reput dah kot tulang2 neh ha..haha

    ReplyDelete
  2. hehe.. biasalah bila dah lama tak bersukan kan.. jomlah kita mula bersukan.. hehe~

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..