kisah kek belang aku..

sudah lama agaknya aku tak buat kek belang ini.. kali terakhir.. entahlah.. sudah mengubah selera ke kek coklat.. tetapi jumaat yang lepas, aku dikerahkan tenaga untuk buat kek.. atas permintaan.. hoho..

inilah keknya..
kalau dulu masa zaman sekolah, kek ini sangat digilai oleh kawan2 aku.. entahlah.. nak kata sedap gila, aku rasa biasa jek.. tapi tak tahulah kenapa mereka ni suka sangat.. kadang2 atas permintaan mereka, aku akan membuatnya untuk mereka.. selama 5tahun persekolahan, selama itulah aku menyajikan kek ini kepada mereka.. mereka tak pernah jemu.. 

aku masih ingat lagi masa tingkatan 2, setibanya aku disekolah, aku terpaksa bagi kat kawan aku untuk simpankan dulu.. kawan aku ni kelas lain.. kalau aku bawa masuk kelas, sah2 aku diserbu.. dek kerana nak bagi kawan kelas aku yang lain rasa juga, aku suruh kawan aku simpankan.. dan aku bagi keutamaan pada kawan2 aku di kelas lain.. kelas cempaka, melati dan melur.. tapi tak adalah ramai pon.. bila dah bagi pada mereka, barulah aku bagi kat kelas aku, kelas mawar.. jangan cakap ah.. memang aku diserbu ah.. aku hanya mampu buka bekas kek dan melarikan diri..

dan percubaan pertama aku buat kek ini tanpa bantuan mak aku ialah bila permintaan mereka untuk jamuan kelas.. sebetulnya mak aku tak ada masa tu.. mak aku 'outstation'.. aku pon dengan beraninya buat kek ini.. salunya mak aku akan jaga bila nak masak.. entah mana silapnya, kek ini terlebih masak atau dalam bahasa yang lebih mudah, HANGUS.. hehe.. tapi tak adalah teruk sangat.. tapi, aku still bawa untuk mereka..

kali ini, aku dah bersara yek.. hehe.. mungkin pada masa akan datang, aku akan buat lagi untuk mereka-mereka.. ;)


Comments

  1. haha. aku ingat lagi kek ni. kek ni memang best pun la, weh.

    ReplyDelete
  2. haha.. ya eh.. ok2..
    bila lg nk wat eh.. hehe~

    ReplyDelete
  3. mase kt umah sewa tak buat punnnn. =(

    weyh fb aku dah deactivate taW!!

    ReplyDelete
  4. haha.. nak aku bakar atas pa?? ish3..

    aikk.. apsal dah deactivate?? hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..