hati dan perasaan..

hati dan perasaan..
dua perkara yang sangat berkait..

dan semua orang memilikinya..
iyaa.. SEMUA orang..
tak kira jantina, umur dan kecacatan..

cuma apa yang membezakan adalah cara menjaganya..
ada yang kurang menjaganya..
ada yang terlalu menjaganya..
ada pula yang tak ambil peduli pun..

penting sangat bagi kita menjaga hati dan perasaan..
dan selalunya, kita sangat sangat menjaga hati dan perasaan orang tersayang..
sehinggakan kita terlupa bahawa kita jua ada hati dan perasaan..

pernah seorang kawan baik aku berpesan..
"dalam menjaga hati dan perasaan orang lain, jangan lupa hati dan perasaan sendiri"

macam mana nak jaga hati dan perasaan orang lain sedangkan hati dan perasaan sendiri bercelaru..

kita seringkali nampak hati dan perasaan orang yang tersayang..
kita berusaha menjaganya..
tapi, bagaimana pula dengan hati dan perasaan sendiri?
tak perlu kot rasanya untuk mengorban hati dan perasaan sendiri untuk orang lain..
sedangkan mungkin kita boleh peroleh kehidupan yang lebih baik..

luka di hati.. tak siapa yang tahu bukan..
siapa lagi yang nak ubati kalau bukan diri sendiri..
jadi.....
jagalah lupa hati dan perasaan sendiri..
sayangilah diri anda..
kerana anda berhak mendapat kehidupan yang lebih baik..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..