berhati-hati dengan apa yang ingin dikatakan..

rasanya semua sedia tahu bukan, lidah umpama pedang..
setiap apa yang kita perkatakan perlulah difikirkan terlebih dahulu..
kerana tidak semua boleh menerima apa yang kita perkatakan..
mungkin niat kita cuma untuk bergurau senda..
tetapi mungkin juga dia terasa dengan gurauan senda kita itu..
itu dari satu sudut..

dan aku ingin pula bawa dari satu sudut yang lain..
percaya  tak..
setiap apa yang kita perkatakan akan diuji..
lebih2 lagi apabila melibatkan hati dan perasaan..

contohnya..
beria2 kita mengatakan kita bencikan dia..
dan jangan terkejut pula suatu hari nanti apabila kita mula sayangkan dia..

sebelum berkata tentang sesuatu..
fikirlah menggunakan akal dan bukan menggunakan emosi..
kalau tidak, kata2 yang kita perkatakan itu akan memakan diri kita..

kalau benda2 yang simple tak menjadi masalah..
pasti suatu perkara yang serius apabila melibatkan hati dan perasaan..
lagi parah lagi apabila melibatkan hati dan perasaan orang lain..

kita kadang2 tak sedar apabila berada dalam keadaan emosi..
pelbagai akan diperkatakan..
tak pernahkah kita terfikir apa kesannya pada orang lain..

luka di jari boleh nampak.. tapi luka dihati tak siapa tahu


terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata.......


mungkin bagi sesetengah orang apa yang terlepas dikatakan..
boleh ditarik sesuka hati..
ooo.. anda silap sebenarnya..
mungkin bagi sesetengah iya..
tapi bagaimana pula dengan sesetengah yang lain..
berpeganglah dengan apa yang dikatakan..
kerana apa yang kita katakan keluarnya dari mulut kita..
bukannya dipaksa oleh orang lain..

jadi...
mula lah berfikir sebelum berkata lebih2 lagi apabila melibatkan hati dan perasaan..
iyaa.. peringatan untuk aku sendiri juga..
beberapa kali juga aku telah tewas dengan apa yang aku katakan..
dan harapnya tidak menjadi bisa kepada mereka yang telah aku katakan..
dan MAAF juga dipinta sekiranya ada yang menjadi bisa dihati..
dan TOLONGLAH berpegang dengan apa yang dikatakan..
ia sangat menyakitkan apabila anda tidak berpegang dengan apa yang dikatakan..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..