Skip to main content

bandong - indonesia eps 2

Assalammualaikum...

perjalanan aku ke bandong agak leceh dan renyah..
sebab perlu transit di KL..
penang >> KL >> Bandong
(masas book dulu tak ada direct penang >> Bandong)

penang ke KL.. 1 jam..
KL ke bandong.. 2 jam..

oihhh.. penat saja dalam flight..
tu belum kira masa tunggu untuk transit..
dan pertama kali juga aku jejak kaki di LCCT..
sedikit kagum bila tengok LCCT..

setibanya aku di bandong pada 21hb.. awal pagi2 buta..
iyalah bertolaknya pon malam..
supirnya sudah sedia menunggu..
dan terus ke hotel..

pada pagi nya, setelah siap breakfast..
kami memulakan perjalanan..
ohh ya perjalanan kami dibantu oleh supir yang telah diupah..

tempat pertama yang dilawati ialah tangkuban perahu..
apa yang menarik di sini adalah kawah tangkuban perahu..
tangkuban perahu ni adalah gunung berapi yang tak atif..
dan menjadi sumber pengeluaran belerang..
sakit hidung aku bau belerang ni.
dan ada kisah juga di sebalik tangkuban perahu ni..
kalau aku cerita, mau panjang berjela entri ni..
mungkin di entri lain yek..
dalam perjalanan ke sini, kami dipesan oleh supir supaya tak melayani penjual2..
sebab.... harga yang diletak adalah berkali2 ganda..

kawah di Tangkuban Perahu

di mercu tanda Tangkuban Perahu


kemudian, kami ke kebun strawberi..
(bajet macam kat malaysia tak ada)
petik sendiri dan boleh makan..
di sebabkan tempatnya adalah tanah tingggi..
sebab tu lah adanya strawberi ni..

then.. kami makan tengahari makanan padang..
okay.. kami dihidangkan dengan bermacam2 lauk..
rulesnya.. makan apa yang nak makan saja..
kalau tak nak, jangan diusik lauk tu..
kalau tak, dia akan kira..
jadi bayangkan penuh meja dengan lauk2..
and.. nice one lah juga makanan padang ni..

ini hasil strawberi yang telah dipetik

ini lah tempat yg dituju.


okay.. kita berhenti seketika dan jumpa lagi dalam episod seterusnya..
gambarnya tunggu bila aku rajin.. muahaha..

Pre Episode
Episode 1
Episode 3
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Final Episode

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku selama 3 bulan menjadi guru praktikal.. aku nak berkongsi tentang kelas relief.. tahu kan, kelas relief ini, guru-guru dikehendaki untuk masuk ke kelas yang kelas tidak ada guru.. sama ada guru tersebut berkursus, cuti atau ada hal-hal tertentu..

masa dulu sekolah, cukup seronok kan kalau cikgu tak datang.. dan kita boleh buat suka hati.. kalau ada cikgu yang jaga masuk pun, kebiasannya akan disuruh buat kerja sendiri.. betul tak?? hehhee~


setelah menjadi guru praktikal.. aku merasakan cukup FOBIA dengan kelas relief.. malas betul nak masuk kelas dan menjaga kelas tersebut supaya tidak bising.. iyelah, aku pun pernah merasai masa mereka pada dahulu kala.. sekiranya guru mereka ada meninggalkan kerja, senanglah sikit nak menjaga pelajar-pelajarnya.. kalau tidak, jenuhlah.. tuntutan disekolah yang aku praktikal mengkehendaki guru-guru mengadakan aktiviti bersama pelajar.. aku sering saja menyuruh mereka membuat kerja masing-masing.. hahahaha!! k…

perbezaan PRU 13 dan PRU 12 mengikut parti (parlimen)

Assalammualaikum..
nampak gayanya masing2 sudah mengetahui keputusan PRU 13.. tahniah kepada yang telah menang.. dan yang kalah jangan putus asa.. cuba lagi PRU 14.. heeee..
okay.. di sini saya hanya hendak membuat perbandingan parti yang menang.. dan sila analisis sendiri.. hehehe...

klik SINI untuk peringkat DUN
PRU 12PRU 13P1PADANG BESARBNBNP2KANGARBNBNP3ARAUBNBNP4LANGKAWIBNBNP5JERLUNBNBNP6KUBANG PASUBNBNP7PADANG TERAPPASBNP8POKOK SENAPASPASP9ALOR SETARBNPKRP10KUALA KEDAHPKRPKRP11PENDANGPASBNP12JERAIPASBNP13SIKPASBNP14MERBOKPKRBNP15SG PETANIPKRPKRP16BALINGPASBNP17PADANG SERAIBEBASPKRP18KULIMBEBASBNP19TUMPATPASPASP20PENGKALAN CHEPAPASPASP21KOTA BHARUPASPASP22PASIR MASBEBASPASP23RANTAU PANJANGPASPASP24KUBANG KERIANPASPAS

senarai tampal??

ehem.. budak2 UTM sekarang neh tengah kecoh dengan SENARAI TAMPAL.. yeah.. senarai tampal.. gerun.. gerun.. gerun..
apa2 pun senarai tampal.. kau keluar ka tak.. aku tak kisah langsung.. huhu..
aku tak nak tengok kau lagi.. even result yang sebenar pon aku tak nak tengok.. huhu.. sendiri tau resultnya akan teruk.. sendiri juga tak nak terima hakikat.. aishhhhh~ parah2..
yang pasti sila JANGAN tanya aku apa RESULT aku. itu sahaja yang aku nak bagitau.. thank you~