kota kinabalu, sabah - eps 4

Assalammualaikum...

hari ketiga di kota kinabalu, sabah..

bangun pagi2.. fikir nak kemana..
sama ada nak ke beaufort ataupun kudat..
memikirkan apa yang menarik..

dan lastly..
ke kudat..
nak tengok tip of borneo..
titik penghujung borneo..

tu pon fikir.. nak pergi dengan apa..

option pertama.. amik tour.. tapi agak dah lewat sebab dah pukul 8.00++.. dan mungkin makan kos yang tinggi untuk seorang..

option kedua.. naik bas.. tapi masalahnya kat kudat..
kat sana tak ada bas yang terus sampai ke tip of borneo..

option ketiga.. sewa kereta..

setelah difikirkan..
dengan perjalanan mengambil masa hampir 3 jam untuk pergi saja..
keputusan dicapai..
SEWA KERETA..
myvi.. 110/hari..
hentam ja laaa.. huhu..

inilah keretanya..

tapi mula2 sekali kena pergi ambil kereta dulu..
kalau dia hantarkan.. caj tambahan sampai 20 ringgit..
tak apalah.. kami pergi sendiri..

setelah urusan penyewaan selesai....
mula lah perjalanan kami..
mula2 sekali yang mana pkai handphone canggih2 setup GPS dulu..
just untuk tau jalan..
kemudian kami meneruskan perjalanan..

dan... apa yang sangat menyakitkan hati ialah..
suka2 ja GPS ni tunjuk jalan yang ntah pape..
fine!
ikut signboard ja lepas lalu jalan yang ntah pape..
huhu..

dan jalan nak ke sana pula.
adoyai.. penuh dugaan..
sebab ada jalan yang tak siap..
so, lalu atas batu2..
arghh!!
sabar jalah dengan jalannya..
thanks driver kerana sangat berhemah
at last...
sampai juga kami walaupun ada sesat2..

dan kat sana..
kami spent time selama yang mungkin..
tak adalah lama mana pon..
sebab nak balik tu..
jauhh...
dah sampai pon..
penghujung Bornea..

pantainya yang cantik..

angin kat sini KUAT gilaa...
kalau sapa yang keding sangat tuh..
konfirm boleh melayang..
hahaha..
see.. hbs tudung2 berterbangan..
hampir satu jam kat sini..
dan driver pon dah hilang penat..
drivernya sorang saja..
kesian... maaf! tak boleh nak tolong apa dah..
kami meneruskan perjalanan pulang..

pada mulanya nak sewa kereta satu hari saja..
tapi memandangkan ada masalah sedikit dengan plan yang dah diaturkan untuk keesokan..
then.. kami sewa untuk 2 hari..

jadi.. sampainya kat kota kinabalu..
kami makan di tanjung aru..
bajetlah ada kereta.. boleh makan jauh2.. haha..

and what to say..
makanan kat sini memang mahai gilaaaaaaaaa...

lepas makan2.. 
memandangkan driver dah kepenatan sangat.. sangat..
then.. kami hanya balik ke hotel saja..

tamatlah hari ketiga dengan begitu saja..

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..