terbang di angkasa~

menuntut ilmu di johor neh membuka peluang aku untuk menaiki kapal terbang.. tak adalah sekerap mana.. kebiasaannya aku akan pulang ke penang dengan menaiki kapal terbang.. kalau tak dengan kapal terbang.. dengan baslah..

kebiasaannya tambang kalau ada promotion, lebih kurang RM60 daripada johor ke penang.. tambah cukai tuh, cukai neh.. so total up lebih kurang RM100.. perjalanan hanya dalam SATU jam.. berbanding kalau naik bas.. almost SEMBILAN jam.. so, bayangkanlah.. hehehe..

baru2 neh, aku balik ke penang juga melalui udara.. apa yang menarik kali ini, lapangan terbang Senai sudah berwajah baru.. waaaaa.. sebelum ni dalam pembinaan.. dan kali ini sudah siap sepenuhnya.. ada KFC, Secret recipe, MPH.. so, rasanya tak adalah lain kali aku termangu2 nak makan apa.. hehe.. tapi yang pasti aku tak boleh lah bandingkan dengan Lapangan Terbang kat Penang.. hehe.. yang sangat sibuk kalau nak dibandingkan dengan kat Senai..

dan kebisannya seat aku mesti ditengah2 kapal terbang.. dan kali ni, aku berperluang duduk di tepi tingkap dan kedudukan dekat dengan sayap.. biasalah sebelum kapal terbang berlepas, para flight attendance akan menunjukkan keselamatan yang perlu dipatuhi.. setelah berlepas, aku hanya menumpukan mata aku ke bawah.. memandangkan malam, apa yang aku nampak hanyalah lampu2 di bawah sana.. dan 2 perkara yang aku paling tak suka ialah bila kapal terbang berlanggar dengan awan tebal.. bergoyang2 beb.. aku kadang2 tuh rasa mabuk dah.. dan 1 lagi ialah seat Airasia tak berapa best.. keras.. sakit belakang aku.. nasib baiklah untuk 1 jam.. hehehehe.. tapi apa pun setakat ni, Air Asia punctual.. 

dan apa yang aku nak share ialah sepanjang aku berada dalam kapal terbang, aku nampak sayap tuh berfungsi... rasa cam menarik jek.. bila dia pusing sikit, akan ada kepingan yang naik.. dan ada yang akan bergerak.. kalau nak mendarat pon sama.. dan yang paling menarik ialah apabila dah mendarat, salah satu kepingan sayap tuh akan naik ke atas seolah2 brek bagi kapal terbang tersebut.. iyelahkan dengan kelajuan berapa ratus kilometer sejam tuh kan..

dan harapnya ada peluang lagi naik kapal terbang.. hehehehe.. 

boarding pass tuk Air Asia

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..