hari guru....

16 mei..
pasti semua orang tahu bukan hari apa..

HARI GURU..

kepada guru-guru diluar sana..
SELAMAT HARI GURU..
(agak terlewat pula entry ini.. hehe)

pasti guru-guru berasa gembira apabila diraikan..
iyelah.. setimpal bukan dengan apa yang telah mereka lakukan..
nak mendidik anak orang..
bukan satu perkara yang senang..
kalau tersalah didik pula..
guru pula disalahkan..
bahkan guru bukan sahaja penting dalam pencapaian akademik anak muridnya..
bahkan didikan sosial.. adab.. soft skill..
semuanya terarah kepada tugas guru..

jadi.. tugas guru bukannya senang..
siapa kata senang hah??
aku berpengalaman 3bulan sahaja sebagai guru praktikal..
itu sudah cukup berat bagi aku..
hanya memegang 2 kelas.. seramai 80 orang..
dengan masa mengajar hanya 10 jam seminggu..
wooohh.. perit2 sungguh..
jauh sekali nak dibandingkan dengan guru yang sebenar..

ditambah pula dengan perangai pelajar yang bermacam2..
kalau dapat sekolah yang agak baik..
maka eloklah pelajarnya..
kalau dapat sekolah yang %&*(..
maka @#$%^&* pelajarnya..

erkk.. apa yang aku nak cakap neh ehh..
guru tak seharusnya dihargai masa hari guru sahaja..
bahkan hari-hari..
sehinggakan hari ini apabila aku bersembang dengan bekas pelajar aku..
mereka ternyata sangat menghargai aku semasa mengajar mereka..
walaupun kadang2 cara pengajaran aku agak kasar..
yeahh.. nak deal dengan pelajar nakal bukan senang..

dahlah.. aku rasa macam aku dah merepek..

guru2.. 
teruskanlah berbakti kepada anak anak bangsamu..
ikhlaskan lah hatimu dalam mendidik mereka..
pasti mereka akan menghargai anda..
kerana andalah mereka berjaya..

dan pelajar2 pula..
janganlah asyik menyesakkan guru2 anda..
senangkanlah mereka..
pasti mereka akan menyenangkan anda..

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..