mereka berkata apabila melihat..

adalah sesuatu perkara yang lumrah bagi masyrakat untuk berkata tentang sesuatu apabila melihatkan sesuatu..
sudah menjadi lumrah dunia..
adakalanya menjadi umpatan..
dan adakalanya boleh berlaku fitnah..
sungguh hebat bukan penangan mulut..

yaa.. apa gunanya ada mulut kalau bukan untuk berkata..
tapi ada kalanya perlu untuk berfikir dahulu sebelum berkata tentang sesuatu apabila melihatkan sesuatu..

dan telah menjadi lumrah apabila kesimpulan yang mudah diambil apabila melihatkan sesuatu..
tanpa memeriksa dan bertanyakan hal yang sebenar..
dan ini boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan..

contohnya pasangan suami isteri..
si isteri ternampak si suaminya keluar berdua dengan seorang perempuan..
dan terus menyimpulkan bahawa suaminya telah curang..
dan secara tidak langsung telah mencetuskan pergaduhan..
mungkin hakikat sebenarnya suaminya keluar site visiting..
itulah yang berlaku sekiranya terus membuat andaian apabila terlihat sesuatu..
sepatutnya dapatkan penjelasan terlebih dahulu..

tetapi..
masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin bukan..
kita juga kena berhati2 apabila melakukan sesuatu supaya tidak diperkatakan orang..
mungkin kita boleh mengurangkan apa yang kita lakukan..

penat kot asyik nk dengar apa yang diperkatakan orang..
kalau benda yang betul tak apelah juga..
ini kalau benda yang tak betul..
haru lah juga..
apa2 pun..
mencegah lebih baik dari merawat..

kalau rasa apa yang kita lakukan bakal membuat orang lain menimbulkan spekulasi..
maka tak perlulah nak lakukan perkara tersebut..

itu hak mereka untuk berkata..
kerana itu mulut mereka..
dan kita tiada hak untuk menutup mulut mereka..
tetapi apa yang boleh dilakukan..
elakkan melakukan perkara yang boleh membuka mulut mereka..
ataupun buat tak kisah ja bila mereka berkata?
siapa boleh tahan..

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..