nilai sebuah MAAF..

3MAAF.. SORRY..
suatu perkataan..
tetapi impaknya sangat besar..

seringkali digunakan apabila telah melakukan kesalahan..
dan ungkapan MAAF digunakan untuk mengakui kesalahan yang dilakukan..

MAAF..
walaupun hanya sekadar 4 huruf..
kuasa yang ada cukup besar..
hati manusia bisa menjadi lembut apabila menerima ungkapan MAAF..
kesalahan yang dilakukan juga dilupakan..

tetapi..
bukan dengan semua kesalahan yang dilakukan..
MAAF boleh menjadi penyembuh..
tetapi, kesakitan hati yang dirasa masih lagi ada..


berhati-hatilah dengan penggunaan MAAF..
jangan direndahkan nilai MAAF itu dengan sering membuat kesalahan..
dan tanpa segan2 menyatakan MAAF..

seseorang itu tidak akan mudah menerima MAAF apabila sering diucapkan..
dan apabila MAAF diucapkan tetapi masih lagi mengulang kesalahan yang sama..
kerana MAAF yang diungkapkan itu sudah tiada nilai lagi..
sesungguhnya MAAF itu mempunyai nilai yang sangat tinggi..

gunakanlah perkataan MAAF pada waktu yang memerlukan..
insya-Allah MAAF itu akan diterima..
kerana kita manusia yang sering melakukan kesilapan..
dan memerlukan MAAF untuk menebus kesilapan yang dilakukan..

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..