kuda dan intan..

"seseorang hanya boleh membawa kuda ke kolam.. TETAPI dia tidak boleh untuk memaksa kuda tersebut minum air kolam itu"

"arang batu tidak akan menjadi intan kalau tidak kerana tekanan"

dua2 proverb tuh diberikan oleh cikgu aku.. yang mula2 sekali diberikan oleh pensyarah aku di UTM.. dan satu lagi oleh cikgu biologi aku di sekolah menengah.. 

dua2 membawa maksud tersendiri.. bahkan terlihat seolah2 sangat bercanggah antara satu sama lain..

bagi pandangan aku proverb yang pertama itu jelas menunjukkan bahawa sesuatu itu tidak boleh dipaksa oleh orang lain.. hanya diri sendiri yang boleh menentukannya.. kalau diri sendiri tak berhendakkan melakukan sesuatu, masakan dia boleh peroleh sesuatu itu.. 

proverb kedua pula.. kalau tidak ada tekanan, sesuatu yang bernilai tidak mungkin beroleh.. yaa, ada betulnya bukan.. cuba kalau kuda yang diatas itu tadi dipaksa minum.. rasa-rasanya kuda tu minum tak?? walaupun tak semua, pasti akan terminum sedikit.. 

renung2kan.. 

sama ada kita melakukan sesuatu dengan rela ataupun melakukan sesuatu dalam keadaan tekanan.. kedua2nya pasti beroleh sesuatu.. tapi mungkin apa yang dikecapi adalah berbeza..
okay.. itu hanya pandangan aku..
:)

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..